Wednesday, 21 December 2011

Doa Bertemu Jodoh..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Disini saya kongsikan Doa Bertemu Jodoh..moga2 kita dipertemukan dengan Zaujan yang soleh..Jom sama2 kita amalkan..

Just nak kongsikan sedikit pengalaman..Seorang sahabat saya menceritakan kepada saya bahawa lelaki xnk bakal isterinya belajar atau statusnya lebih tinggi daripadanya..Pastu saya pun tanya dia, macam mana saya? Saya sekarang sedang menyambung ke peringkat master dan jika diberi rezeki untuk sambung ke PHD insyaAllah saya akan teruskan..kalu macam tu x kawen la saya..he3..tapi sesungguhnya Jodoh & Pertemuan telah ditetapkan Allah..Carilah Ilmu Hingga ke Negeri Cina..menunjukkan betapa tingginya martabat ilmu sehingga kita disuruh untuk mencari ilmu walau ke negeri orang..Perbaikilah diri menjadi yang lebih baik supaya kita dikurniakan pasangan yang baik juga..wallahualam..


PerMUlaaN BaRu...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah hari ini masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi-MU Ya Allah..
Dah lama x update blog. Alhamdulillah bulan Disember ini ada peningkatan sedikit dari sudut perkembangan projek..pokok2 membesar dengan baik dan sekarang tengah run HPLC untuk quantify amount of azadirachtin  in neem oil and melia..walaupun x banyak at least ada perkembangan..

Bulan Disember ni juga banyak keje2 pembaik pulih dilakukan..Saya telah memproses semua cages di glasshouse. Bersihkan pasu2 yang x guna dan jemurkan cage yg penyebab utama whiteflies di luar serta alihkan cages dan pasu2 ke kawasan yang lebih banyak terdedah kepada cahaya matahari..sakit2 badan juga la pas habis kemas sebab angkat benda berat2..thanks to 2 person that help me cleaning the glasshouse, k.faezah and Fairus..Hanya Allah yang mampu membalasnya..Alhamdulillah setakat ni smuanya masih dalam kawalan..hope that everything will be ok..Selain tu, saya juga belajar how to sterilize the soil before use it..Bulan Disember ni banyak belajar benda baru..suka2..hu3..

InsyaAllah hujung minggu ni, my family akan pulang ke Kedah utk menghadiri kenduri kawen my parents daughter's friend. Dah lama x balik kot..hu3 rindu jugak kt childhood hometown..kat situlah kami adik beradik membesar..banyak kenangan manis n pahit dh kami sekeluarga lalui..ingat lagi masa mula2 nak pindah..sedihnya nk tinggalkan umah kat Jitra tu..tapi siapa tahu..kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan..Now my whole family lives in Bangi..jika tidak disebabkan banjir yang melanda 2x di kawasan rumah kami..mungkin kami masih tinggal di sana..apa2 pun saya bersyukur sebab pindah ke Bangi..at least I can go back everyweek..boleh hilangkan tension gak..Alhamdulillah..

Ha3..banyak plak berleter..yela dah lama x update..sebenarnya banyak lagi cerita yang nak ditulis tapi xpela setakat ni dulu..ada masa nnt saya update lagi..Please pray for my success in my project n my life..

Quotes for today:

Nabi SAW bersabda yang bermaksud "Allah SWT mencipta 100 Rahmat, satu rahmat dibahagikan kepada seluruh isi dunia ini, sedangkan 99 bahagian lagi dibahagikan di akhirat (iaitu di dalam syurga)." - Riwayat Muslim (Petikan dari Majalah Solusi isu terbaru (39) bertajuk Syurga Itu Benar - kolum isu ms 22 (Ustaz Pahrol Md Juoi))

Tuesday, 6 December 2011

My Sis B'Day..Sanah Helwah..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Today is my sis birthday..bersamaan dengan 10 Muharram 1431H..umat islam disunatkan berpuasa pada 9,10 & 11 Muharram. Today i'll be going back home to celebrate my sis b'day..yeay2!!(walaupun sok kena balik kolej balik kn..pe pn very happy coz i'll be going home..home sweet home..)..My wish for my sis is i hope Allah blessed her in whateva she  do and  will success in her career..

Kesempatan ini jug saya juga ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431H..walaupun dh lepas 10 hari..tapi dengan hadirnya tahun baru islam ni mari kita sama2 tetapkan azam baru & berdoa menjadi hamba, anak, pelajar, pekerja..n etc..yang taat kepada Allah and be a good muslim...Jom kita sama2 berhijrah kepada yang lebih baik..tinggalkan yg keruh n kejarlah yang jernih..he3 peribahasa baru..

Hari khamis ni, ada seminar under Plant Protection anjuran MAPPS. I'll be going to join this seminar that will be held in Palm Gardens Hotel..Semua best especially MAKAN..he3.Apa pun ambk peluang ni untuk timba ilmu sebanyak2nya..and tommorow prof will present k.ayu insecticticide pattern..hu3 bestnye tapi saya punya still x complete lagi..xpe2 InsyaAllah x lama lagi..Chaiyok2..

Last but not least, Be A Good Muslim and Berhijrahlah kepada yang lebih baik. Once again, for my sis hope u will always success in whatever u do and happy always..

Quotes for today:

Orang yang tidak pernah gagal adalah orang yang tidak pernah mencuba.






Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-


Mu, dan kecintaan terhadap amal yang mendekatkan diriku kepada-Mu. Keampunan-Mu ku 


pohon, andai ada selain-Mu yang lebih utama dalam hatiku.





Monday, 21 November 2011

PoKOk Oh Pokok!!!

Dengan NAma ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah harini 21 Nov 2011 saya masih lagi diberi nikmat untuk hidup &  menghirup udara di bumiMU Ya Allah..semoga aku tergolong dalam orang2 yang bersyukur...

Semalam seusai pulang ke rumah setelah cuti hujung minggu dihabiskan di kolej semata-mata untuk menjaga anak2 pokok ku, hati ini bagai dirobek apabila melihat pokok2 terung harapan saya yg ditanam di rumah turut diserang oleh 2 perosak iaitu "whiteflies" dan koya..Hampir keseluruhan pokok di dalam kedua2"cage" telah dikoloni oleh 2 makhluk perosak ini..Hanya tinggal 2 bulan lagi sebelum saya akan berangkat ke Korea untuk bercuti..Terngiang2 di telinga "apakah yang akan saya tunjukkan kepada prof sebelum meminta dilepaskan untuk ke Korea jika result pun xde? semestinya ada habuan telinga yang akan diterima."

Harini saya ke glasshouse untuk membaja pokok2 yang telah laparkan makanannya..NPK sumber nutrien untuk pokok supaya dapat tumbuh dengan sihat..Sebelum membaja hati ini tergerak untuk membelek disebalik daun..Rupa2nya anak2 pokok yang disemai di glasshouse juga turut diserang oleh koya..Terasa punah segala harapan..Lalu saya terfikir, adakah ini disebabkan kelalaian saya tidak memerhatikan anak2 pokok tersebut bebas daripada perosak sebelum disemai kedalam pasu..Terlalu banyak kesilapan yang telah saya lakukan sehingga banyak membuang masa..Selepas ini setiap hari sebelum menyiram saya harus memeriksa setiap pokok supaya perosak tidak akan berkoloni di pokok2 tersebut. Jika tidak jawabnya x siap la keje..hurm..kadang2 sedih apabila memikirkan semua benda x jadi..tapi yakinlah dari situlah kita akan belajar..setiap kesusahan akan disudahi dengan kejayaan (Anita,2011)..

Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita..jangan putus untuk berdoa..supaya diberi kekuatan n semangat untuk meneruskan perjuang.. There's a long way to go..i can't give up..Chaiyok Wani!!

Quotes:
Experience is a hard teacher because she gives the test first, the lesson afterwar - Vernon Law




** Hasan Basri ditanya : Apakah rahsia ZUHUD mu? 



Lalu dijawab : 

✿ Aku tahu REZEKIku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu TENANG.. 


✿ Aku tahu AMALku tidak akan dikerjakan orang lain, sebab itu aku SIBUK mengerjakannya..


✿ Aku tahu ALLAH selalu memerhatiku, sebab itu aku MALU jika ALLAH melihatku sedang dalam MAKSIAT...


✿ Dan aku tahu KEMATIAN sudah menungguku, sebab itu aku selalu menambah BEKAL untuk hari PERTEMUANku 



dengan ALLAH ‘Azza Wa Jalla..
wallahua'lam.. -iluvislam-

Wednesday, 2 November 2011

HuJan YaNg MemBasahi BuMi....

Alhamdulillah setinggi2 syukur ke hadrat Ilahi yg masih mengurniakan diri ini untuk bernafas di bumi-MU...
Hari ini bumi UPM dibasahi  dengan titisan2 hujan dipetang hari dan sebatang pokok kapas telah tumbang di parking lot Kolej Serumpun..Ini bukan kali pertama perkara ini berlaku, tetapi setiap kali hujan ada saja kereta yang di-parking di bawah pokok tersebut akan menjadi mangsa..maklumlah..pokok tersebut kemungkinan telah berusia berpuluh2 tahun..

Bulan November juga telah mula menjejakkan kakinya..tetapi projek saya masih tertangguh dek menunggu pokok terung yg masih berusaha untuk membesar dengan pelbagai serangan daripada perosak dan kekurangan air kerana kemalasan saya untuk pergi menyiram..hurm..Whitefly masih terbang bebas di ladang dan saya masih tidak men-rearing "mereka" di dalam sangkar kerana tidak tahu dimana tempat untuk mencari "mereka". Kita hanya merancang Allah yang menentukan tetapi tanpa usaha semuanya sia2..

Esok saya akan ke glasshouse untuk membina semula sebuah sangkar yang telah diberi oleh seorang sahabat untuk kegunaan projek saya..semakin hari terasa semakin sukar untuk menempuh kehidupan sebagai seorang student master..bulan oktober yang lepas dilalui tanpa apa2 progress dan hanya berulang alik ke lab dan bilik tanpa sebarang result..terasa sangat rugi masa yang telah disia2kan..hanya tinggal 2 bulan lagi untuk saya menyiapkan kerja2 yang masih tertangguh sebelum berangkat ke Korea..jika kerja tidak diselesaikan sebelum bercuti semestinya saya menghadapi masalah untuk meminta cuti daripada Prof..Belajar bukanlah perkara main2, tanpa kecekalan dan sokongan keluarga mungkin diri ini telah lama berputus asa..

"YA ALLAH KUATKANLAH DIRI INI MENGHADAPI SETIAP DUGAAN & CUBAAN MU..TABAHKAN HATI INI & IKHLASKAN HATI INI UNTUK MENIMBA ILMU2 MU.."

Quotes for today:
"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya & carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi.(Hadis Riwayat Ibnu Asahin)"




Thursday, 27 October 2011

Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)



Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.



Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:



1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”



Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.



Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)



Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:



دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”



Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:26



9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.





Wallahu’alam.



Rujukan:

طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام

Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

sumber Laman Soal Jawab

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah tepat jam 3.04pm, bertarikh 27.10.2011, hari Khamis bersamaan dengan 29 Dzulka'edah 1432 Hijrah blog ini akan bermula terisi dengan kisah2 hidup serta pengalaman suka dan duka perjalanan seorang manusia yang bernama hamba..

I will share a lot of things here about my journey of my life..

Quotes for today:
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.


Thats all for today...