Wednesday, 2 November 2011

HuJan YaNg MemBasahi BuMi....

Alhamdulillah setinggi2 syukur ke hadrat Ilahi yg masih mengurniakan diri ini untuk bernafas di bumi-MU...
Hari ini bumi UPM dibasahi  dengan titisan2 hujan dipetang hari dan sebatang pokok kapas telah tumbang di parking lot Kolej Serumpun..Ini bukan kali pertama perkara ini berlaku, tetapi setiap kali hujan ada saja kereta yang di-parking di bawah pokok tersebut akan menjadi mangsa..maklumlah..pokok tersebut kemungkinan telah berusia berpuluh2 tahun..

Bulan November juga telah mula menjejakkan kakinya..tetapi projek saya masih tertangguh dek menunggu pokok terung yg masih berusaha untuk membesar dengan pelbagai serangan daripada perosak dan kekurangan air kerana kemalasan saya untuk pergi menyiram..hurm..Whitefly masih terbang bebas di ladang dan saya masih tidak men-rearing "mereka" di dalam sangkar kerana tidak tahu dimana tempat untuk mencari "mereka". Kita hanya merancang Allah yang menentukan tetapi tanpa usaha semuanya sia2..

Esok saya akan ke glasshouse untuk membina semula sebuah sangkar yang telah diberi oleh seorang sahabat untuk kegunaan projek saya..semakin hari terasa semakin sukar untuk menempuh kehidupan sebagai seorang student master..bulan oktober yang lepas dilalui tanpa apa2 progress dan hanya berulang alik ke lab dan bilik tanpa sebarang result..terasa sangat rugi masa yang telah disia2kan..hanya tinggal 2 bulan lagi untuk saya menyiapkan kerja2 yang masih tertangguh sebelum berangkat ke Korea..jika kerja tidak diselesaikan sebelum bercuti semestinya saya menghadapi masalah untuk meminta cuti daripada Prof..Belajar bukanlah perkara main2, tanpa kecekalan dan sokongan keluarga mungkin diri ini telah lama berputus asa..

"YA ALLAH KUATKANLAH DIRI INI MENGHADAPI SETIAP DUGAAN & CUBAAN MU..TABAHKAN HATI INI & IKHLASKAN HATI INI UNTUK MENIMBA ILMU2 MU.."

Quotes for today:
"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya & carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi.(Hadis Riwayat Ibnu Asahin)"




No comments:

Post a Comment