Monday, 21 November 2011

PoKOk Oh Pokok!!!

Dengan NAma ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah harini 21 Nov 2011 saya masih lagi diberi nikmat untuk hidup &  menghirup udara di bumiMU Ya Allah..semoga aku tergolong dalam orang2 yang bersyukur...

Semalam seusai pulang ke rumah setelah cuti hujung minggu dihabiskan di kolej semata-mata untuk menjaga anak2 pokok ku, hati ini bagai dirobek apabila melihat pokok2 terung harapan saya yg ditanam di rumah turut diserang oleh 2 perosak iaitu "whiteflies" dan koya..Hampir keseluruhan pokok di dalam kedua2"cage" telah dikoloni oleh 2 makhluk perosak ini..Hanya tinggal 2 bulan lagi sebelum saya akan berangkat ke Korea untuk bercuti..Terngiang2 di telinga "apakah yang akan saya tunjukkan kepada prof sebelum meminta dilepaskan untuk ke Korea jika result pun xde? semestinya ada habuan telinga yang akan diterima."

Harini saya ke glasshouse untuk membaja pokok2 yang telah laparkan makanannya..NPK sumber nutrien untuk pokok supaya dapat tumbuh dengan sihat..Sebelum membaja hati ini tergerak untuk membelek disebalik daun..Rupa2nya anak2 pokok yang disemai di glasshouse juga turut diserang oleh koya..Terasa punah segala harapan..Lalu saya terfikir, adakah ini disebabkan kelalaian saya tidak memerhatikan anak2 pokok tersebut bebas daripada perosak sebelum disemai kedalam pasu..Terlalu banyak kesilapan yang telah saya lakukan sehingga banyak membuang masa..Selepas ini setiap hari sebelum menyiram saya harus memeriksa setiap pokok supaya perosak tidak akan berkoloni di pokok2 tersebut. Jika tidak jawabnya x siap la keje..hurm..kadang2 sedih apabila memikirkan semua benda x jadi..tapi yakinlah dari situlah kita akan belajar..setiap kesusahan akan disudahi dengan kejayaan (Anita,2011)..

Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita..jangan putus untuk berdoa..supaya diberi kekuatan n semangat untuk meneruskan perjuang.. There's a long way to go..i can't give up..Chaiyok Wani!!

Quotes:
Experience is a hard teacher because she gives the test first, the lesson afterwar - Vernon Law




** Hasan Basri ditanya : Apakah rahsia ZUHUD mu? 



Lalu dijawab : 

✿ Aku tahu REZEKIku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu TENANG.. 


✿ Aku tahu AMALku tidak akan dikerjakan orang lain, sebab itu aku SIBUK mengerjakannya..


✿ Aku tahu ALLAH selalu memerhatiku, sebab itu aku MALU jika ALLAH melihatku sedang dalam MAKSIAT...


✿ Dan aku tahu KEMATIAN sudah menungguku, sebab itu aku selalu menambah BEKAL untuk hari PERTEMUANku 



dengan ALLAH ‘Azza Wa Jalla..
wallahua'lam.. -iluvislam-

No comments:

Post a Comment