Monday, 31 December 2012

ThE EnD oF Year 2012...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum & apa khabar semua..Alhamdulillah harini diberi sedikit ruang masa untuk meng'update' blog..wah3 dah lama tak update..rindu sangat nak update blog tapi kerana kekangan masa so terpaksa la pasrah..Alhamdulillah & setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana masih meminjamkan nyawa & kehidupan dunia yang hanya sementara ini kepada insan yang lemah ini..

Okla, as we all know (ceh3..), today is the last day for this year of 2012..31 Dec 2012. Sekejap je kan masa berjalan..tup2..dah nak masuk tahun baru dah..Alhamdulillah a lot of good and sad things were happened along this year. Alhamdulillah saya dapat menempuh tahun ini dengan baik berkat kekuatan yang diberikan oleh Ilahi serta sokongan dari keluarga & sahabat handai. Menyingkap peristiwa sepanjang 2012:


  • Jan-Feb: Celebrating my 25th birthday and the meaningful present was went to Korea..Mengembara ke bumi Korea Selatan. Melawat ke Jeju Island dan sekitar Seoul.
  • Mac     : Opah diserang minor strok..Pemergian ibu prof dzol...boleh dikatakan bulan Mac ni adalah bulan kedukaan..T.T ,Kembali meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar master..(rearing whiteflies, siram pokok & tanam pokok adalah rutin harian saya..he3). 
  • April    : Bercuti bersama keluarga ke pantai timur (T'ganu & Kelantan), Run adult bioassay for 6 treatment formulations and manage to finish it at the end of the month..Alhamdulillah =)
  • Mei     : Struggling to finish all the analysis and submit abstract for final presentation in June. Maksu, opah, ayahngah berangkat ke Makkah..
  • Jun      : At last, presenting final presentation for my master ..Alhamdulillah dapat buat yang terbaik berkat doa mereka di Makkah..
  • Julai-Ogos: Start planting the brinjal and rearing the whiteflies for last experiment; nymph bioassay and spreading coefficient.
  • Sept-Okt : Along E-Day, Finished my nymph bioassay..masa yang paling tegang sebab dah kekurangan masa.
  • November: Writing thesis..thanks to Dr.Mahbub for checking my thesis before sent it to prof..hu3
  • Disember : International Seminar on Insects 2012 (ISoI) and won consolation prize for poster awards (Alhamdulillah..so happy)..Sent complete thesis to prof..hope that there is not much correction that i've to do..he3


Wah..kalau ikutkan rasa cam sekejap je masa berjalan..but there's so many things happened within this year...so azam & planning tahun depan pe plak ye..hu3..

InsyaAllah azam tahun depan, 


1. Menjadi hamba, anak, pelajar yang solehah, bertaqwa dan istiqamah dalam melakukan sesuatu.
2. nak buat yang terbaik kalau dapat further study
3. Baiki diri, apa2 yang kurang pada diri..semoga amal ibadah meningkat seiring peningkatan usia..
4. Mencari pemilik tulang rusuk kiri..(ha3..InsyaAllah..moga2 dipertemukan jodoh yang soleh yang dapat memimpin diri ini menjadi hamba yang solehah =)..)
5.InsyaAllah jika tiada aral melintang, meneruskan pengembaraan ke bumi Korea sekali lagi..
6. Buat yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi..

Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Akhir Tahun 2012 & Selamat Tahun Baru 2013 Masihi..seelok2nya kita dah berazam masa Awal Tahun Hijrah 1434H..Saya doakan sahabat2 & adik2 semua berjaya dalam apa jua yang bidang yang diceburi serta semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua..InsyaAllah..Selain itu, jangan kita lupakan saudara2 kita di Palestin, Syria dan saudara2 islam yang lain yang ditindas..semoga umat Islam bersatu padu..Allahuakbar!



Wednesday, 5 December 2012

International Symposium On Insects (ISoI)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk bernafas & menghirup udara dibumi-Mu Tuhan..Alhamdulillah diberi kesempatan masa untuk update blog..hu3 dah lama tak berpeluang nak update, cuma dapat baca je..harini ada sedikit masa sebelum tidur..nak share story sikit pasal seminar yang baru berakhir semalam..

Saya baru je habis mengikuti seminar "International Symposium on Insects: Insect, Human & Environment yang berlangsung pada 3-5 Dec 2012 di Mines Wellness Hotel, KL, Malaysia.. Alhamdulillah banyak ilmu yang dapat sepanjang seminar yang berlangsung selama 2 hari..Peserta yang mengikuti seminar ini terdiri daripada pelbagai negara antaranya US, UK, Korea, Brazil, India, Bangladesh, Filipina dan banyak lagi. Walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara, kami datang dengan satu tujuan & matlamat: because of 'SERANGGA' or INECTS and we are entomologists..

International Symposium on Insects 2012

Kali ini saya menyertai seminar ini sebagai seorang "Poster Presenter" dengan membentangkan tajuk projek master saya. Sebelum ni, saya gunakan projek degree tapi kali ni guna projek master, so bersemangat sikit..he3. So pagi tu dah bangun seawal 6pg dah terus  gerak ke hotel pada jam 7.00am sebab dalam tentatif tulis pendaftaran kul 7.30am. Tapi sampai2 takleh daftar lagi.perut dah lapar so kami bertiga gi sarapan dulu. 

Opening ceremony membuka tirai seminar dan kemudian bermulalah seminar..Alhamdulillah banyak info dan ilmu baru yang dapat..so ada idea sikit nak top-up dalam thesis..he3..pagi tu ahya terlibat dalam oral presentation..so kami yang just present poster bagi support jela..hu3

 3 of us before the opening ceremony..

 Ahya presenting her oral presentation..

2nd day seminar, before lunch saya dapat tau yang poster saya dapat 'Consolation Prize'..hanya 5 best poster akan terpilih pada seminar kali ini untuk mendapat anugerah..and one of my friend, Dee (in the pic) won the 1st prize or in other words 'the Best Poster Awards'..congratulation to her. Alhamdulillah, semua ni rezeki dari Allah..memang tak aspect pun nak menang sebab seminar ni international level..pe pun saya bersyukur at least dapat banggakan prof and my parents..

my poster =)

took pic with 'the best poster awards'..=) and the owner of the poster

So masa high-tea and closing ceremony, ada penyampaian hadiah untuk 5 Best Poster..Alhamdulillah merasa jugak naik pentas..he3..ingatkan dah tua2 ni takde dapat naik pentas dah.=) 

 Consolation prize-from Maznah from UPM (fac of forestry)

  Consolation prize-'me'-from UPM (fac. of agriculture)

 3rd best poster - Bruno from Brazil
2nd best poster- Jena from Philiphines

 1st best poster awards-Dee from UPM (fac. of forestry)

 These are the certificate and prize I got from the Consolation Prize of Poster Awards..

Ha3..takde pe sangat nak cite pun..saja je nak share..1st time in my postgraduate time experience to get such awards..pe pun sangat2 bersyukur..

Kla, before nak tutup tirai jom sama2 kita panjatkan doa untuk keselamatan saudara2 kita di bumi Palestin, Syria & Mesir. Moga Allah memberi kemenangan kepada para mujahidin di sana. Semoga Allah satukan hati2 pemimpin2 Islam di dunia membantu saudara2 kita dan menentang kekejaman Israel & sekutunya. Dan semoga Allah membalas kejahatan Yahudi Laknatullah, rejim zionis serta sekutu2nya..aamin..

Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk bernafas hingga saat & detik ini..Alhamdulillah kita baru menjejak ke tahun baru Hijrah bersamaan 1 Muharram 1434H. Semoga dengan bermulanya tahun baru ini, kita sama-sama berazam untuk menjadi insan & hamba yang lebih taat & patuh pada perintah-Nya..apa yang terkurang ditambah lagi, apa yang tidak baik diperbaiki lagi.. aamin.. mudah-mudahan..

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434H..semoga kita dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dengan diisi amalan-amalan yang baik, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tahun serta bertambah keimanan kita kepada-Nya..Alhamdulillah saya pun baru baik dari demam setelah 4 hari dalam keadaan yang tidak sihat..semoga Allah memberi kesembuhan kepada sahabat-sahabat yang diuji dengan sakit...

Jom sama-sama baca doa akhir & awal tahun..

























Saya nak share hidangan special untuk harini.=)..jeng3..





ha3..boleh tak tiba-tiba teringin nak makan bulgogi..hilang kempunan..hu3..selamat menjamu selera =P





Thursday, 1 November 2012

SeOuL GaRdEN @ IOI MaLL..=)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah harini diberi sedikit kesempatan untuk meng'update' blog..hu3..busy sangat minggu ni dok analisis data..setiap hari bangun jer tido pas mandi dok depan laptop kira nymph whiteflies..nak muntah dah rasa..hu3..=(. Harap-harap dapat siapkan harini, sok dah leh gi jumpa Prof. Malu nak jumpa Prof kalau takde result nak tunjuk..

Okla, leteran tadi bukan tajuk utama kita harini..he3..just nak share satu lagi experience makan kat Korean Food Restaurant...iaitu Seoul Garden di IOI Mall..Hurm sebenarnya dah lama dengar pasal tempat ni tapi terpaksa tangguhkan buat sementara waktu disebabkan masalah kewangan..hahaha..

So last week, after gaji dah masuk, pe lagi terus ajak my two sisters gi makan kat sini..sambil-sambil tu boleh singgah kedai DAISO..pernah dengar tak pasal kedai ni..kalau yang taktau meh nak habaq mai..he3..kedai ni kalau tak silap la jual barang-barang dari company Jepun. Semua harga barang kat sini harga dia RM5 je. Boleh kata semua jenis barang keperluan rumah ada kat sini termasuklah winter socks & gloves (hu3..kalau tau dulu, beli kat sini je masa nak gi Korea dulu..=(, jimat duit ). Kalau nak cari barang-barang made from Japan boleh cari kat sini tapi ada jugak made in China tapi under Daiso, Japan company.

Okla, setelah puas pusing satu kedai DAISO, perut pun dah lapar. So kami terjah Seoul Garden. Disebabkan kami datang weekends, so harga mahal la takde la dapat harga student. Kat bawah ni boleh la sapa-sapa nak rujuk harga:

(source: http://www.seoulgarden.com.my/pricing02.php)

Makan kat sini kita kena bayar dulu baru boleh makan. Then after dah bayar, kita akan pilih sup apa..kami pilih 'Super Tom Yam' sebab nak pedas punya pasal..memang pedaslah..ha3..tapi ada lebih kurang 5 jenis sup..tapi tak ingat la pe dia sebab masa tu perut dah lapar.=P..

So after dah ambil tempat maka bermulalah sesi pilih memilih makanan..untuk pengetahuan anda, kalau makan kat sini takleh membazir sebabnya kalau ada makanan lebih yang tak dimakan kita akan kena denda bayar makanan yang tak habis..bagus sebenarnya tactic ni sebab most yang makan kat situ takde pun yang membazir..good job =)..

Ni beberapa gambar yang sempat diambil masa makan kat sini:

Side dishes @ bachan and a lot of dip sauce choices..

 Yummy!!

Korean style..grilled and steamboat kat tengah.. 

 Alhamdulillah dah kenyang..licin kan..xde membazir pun.=)

 Ada 6 jenis aiskrim..tapi seketul ni je tinggal..lupa nak snap awal2..he3

Dekat buffet set ada pilihan pelbagai jenis perapan ayam, daging dan ada juga seafood yang lain termasuklah ikan, udang, scalob, kepah dll..so disebabkan saya alergik kat seafood ni so takde la ambik..Yang special kat sini adalah "coffee chicken & meat" memang cepat je habis..tapi bagi saya yang tak biasa minum kopi, pas makan pening sikit la..he3..pe pun memang terbaiklah..sangat berpuas hati makanan kat sini..

Untuk air pula, mostly air coffee like mocha, capuchino, lemon tea and air gas..'sky-juice tak jumpa plak..tapi lain kali datang nak bawak sendiri jela 'sky-juice'..he3..Okla rasanya tu je nak tulis harini..

Hope sape-sape yang ada duit lebih sikit boleh la bawak satu family makan kat sini lagi best..InsyaAllah ada rezeki next month nak bawak mak & abah datang makan kat sini..

Okla, doakan yang terbaik untuk saya..dan saya juga doakan yang terbaik untuk anda semua..semoga Allah permudahkan segala urusan kita..amin..


Thursday, 25 October 2012

Salam Eid ul-Adha..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi-MU Ya Allah..Harini sudah masuk 10 Zulhijjah 1433H bersamaan dengan Hari Raya Eidul Adha..Dengan ini saya ingin mengambil kesemptan untuk mengucapkan Salam Eidul Adha kepada semua muslimin & muslimat tidak kira dimana saja di setiap pelosok dunia..sama2 kita mengagungkan kebesaran-NYA..Allahuakbar..Allahuakbar..Doa juga saya panjatkan kepada semua muslimin & muslimat yang menunaikan ibadah Haji pada tahun ini..semoga mendapat Haji yang mabrur dan penuh barakah..amin..

Di malam raya ini, banyakkan berzikir dan bertakbir mengagungkan kebesaran-NYA.Selamat melakukan ibadah korban & semoga ibadah korban kita diterima..nak kongsikan sedikit ilmu yang dipetik dari rancangan motivasi pagi di radio pagi tadi.."ibadah korban kita tidak diukur berdasarkan berapa wang yang kita keluarkan untuk melakukan ibadah korban tetapi diukur sejauh mana keikhlasan & kesungguhan kita untuk melakukan ibadah korban..tak semestinya orang yang berkorban satu ekor lembu lebih baik daripada orang yang berkorban satu bahagian..semuanya bergantung pada niat kita..jom sama2 kita betulkan niat kita semuanya semata-mata untuk mendapat keredhaan-NYA..insyaAllah.

Okla, salam Eidul Adha..jom sama2 bertakbir mengagungkan kebesaran-NYA..

الله أكبَرُ الله أكبَرُ الله أكبَرُ، لا إله إلا الله الله أكبَرُ الله أكبَرُ الله أكبَرُ، ولله الحمد



Tuesday, 2 October 2012

Dubu-Dubu Seoul Food =)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang mengurniakan nikmat iman & islam serta nyawa yang Engkau pinjamkan untuk sementara waktu ini..

Apa khabar sahabat-sahabat semua..moga kalian dilimpahkan rahmah dan sentiasa dibawah lindungan-NYA..amin..

Okla..harini nak share sikit dengan anda pengalaman saya menjamu selera di sebuah restoran korea yang terletak di Underground floor di Midvalley..hu3..masa mula-mula terbaca pasal restoran ni teringat kenangan masa kat Korea..so pe lagi..terus call maksu & kitaorg ambil peluang ni nak celebrate birthday maksu..So pada hari Sabtu kami pun bertolak dari umah..pada awalnya ingat nak naik komuter je tapi disebabkan fikir mesti ramai orang kitaorg pun tukar plan bawak kete..Alhamdulillah masa perjalanan ke sana jalan tak busy sangat cuma banyak kete je la..Dalam kul 11am kitaorg sampai & kami parking kete kat Megamall sebab taknak sesak sangat bila nak keluar nanti..

So before kitaorg plan nak gi makan, malam tu dah survey2 dah menu dia..tapi banyak jugak tengok komen2 yang negatif..disebabkan terlalu rindu nak makan makanan korea ni kitorg just endahkan je..So sampai je kat MidV..saya call maksu..kebetulan maksu pun dah sampai..Maksu bertolak dari Shah Alam & kami bertolak dari Bangi..Alhamdulillah kami sampai serentak..so xde tunggu lama sangat..

Sampai je MidV kami terus gerak cari kedai tu..Alhamdulillah tak susah nak cari sebab dekat dengan MPH..
Masa kami sampai orang tak ramai lagi makan kat situ..so kami pilih meja dekat dengan TV..he3..masa tu dorg tengah tayang konsert SUJU (Super Junior..hu3..kalau orang minat Kpop tau la..). So kami pun order..
Ni antara menu2 yang ada:

Bulgogi: set RM20.90
Cheese Toppokki:  RM14.90(ala carte), set (rm15.90)
 Citron Dubu : not sure for this price
 Dol Sot Bibimbap: set-RM16.90 (chicken), RM17.90 (beef). ala carte-RM15.90 (chicken), RM16.90 (beef). 

Dubu-Dubu Bingsu: RM 7.90
Grilled Fish Ball: RM7.90, Kimchi: RM5, Pa-Jeon: RM 10.90(ala carte), RM11.50(set)
Soondubu Jigae:  RM 16.90(set); choice: seafood, chicken @ meat
BBQ Galbi:  RM28.90 (ala carte), RM30.90(set)
citron tea & peach tea: RM4.90

Kami just order Soondubu Jigae- chicken (set), Pa-Jeon, Bulgogi, Cheese Toppokki, Citron Tea & Peach Tea..so total proce untuk semua hidangan kami ialah RM 84.90..hurm okla..standard la makan kat restoran camni..cuma ada beberapa komen saya pada makanan kat sini:

1. Citron and Peach tea dia ok cuma citron tea tu agak pahit.
2. Soondubu jigae memang best tapi bagi yang x suka pedas maybe ada masalah ckit la sebab tersangat la pedas, tapi saya suka pedas so memang terbaikla.
3. Pa-Jeon-hurm okla..xleh lawan masa makan kat Korea..berkali2 best lagi..
4. Bulgogi- hurm..very dissappointed..harga mahal sangat sebab kuantiti sangat ckit..kalau nak compare makan kat korea sangatlah jauh beza..bagai langit & bumi..i think they should improve this menu..yang ada semata-mata daging & bawang tu pun bahagian yang ada lemak..as we know, korea is very famous with their korean beef..kalau mahal sangat pun boleh beli daging "harimau menangis" yang available kat Malaysia pun dah ok..
5. Cheese Toppokki-sedap tapi kuantiti yang sangatlah sedikit..tak berbaloi dengan harga..patutla saya ada baca kat komen2 orang, dorg kata harga macam rm3 je.(.ntahla that's their opinion, but actually I agreed with them..)
6. Dubu-dubu Binsu: rasa cam ais kacang tapi yang sletnya adalah ada nestum dalam tu..punah rasanya..dan aisnya keras macam aih ketui..orang kedah cakap

So kat sini just nak bagitau rasanya ni kali pertama & terakhir la saya makan kat sini..sayang sebab owner dia tak jaga quality..ish3..ini just komen saya sebagai seorang customer..mungkin bagi anda ok..bergantung pada diri masing2.




 SUJU tengah beraksi kat TV


So pas habis makan, kami bergambar depan restoran tu:


Pastu masa nak keluar dari MidV..baru perasaan rupanya ada pameran or boleh gak nak katakan pertandingan menghias karakter "Mickey Mouse"..so ambik satu gambar kenangan dengan The Winner Mickey Mouse:

comei tak??..he3..

Before balik teringat ada sorang member yang gi Korea sekali dia ada jumpa Banana Milk yang famous kat Korea..tapi puas cari kat Jusco tapi x jumpa..so masa on the way nak gi kat parking kete jumpa Cold Storage kat Megamall..so try la masuk kot2 jumpa..tup2..jumpa kot..Alhamdulillah..ni la susunya..tapi dalam kotak..x kisahla asalkan Banana Milk..harga pun sedap (RM 12.90-6 kotak)..



If you have chance to try this milk, try it..memang sedap..okla, thanks for reading my 'leteran' about Korean Food..pasni kalau ada peluang nak try makan kat Seoul Garden plak..ramai yang recommend untuk makan kat sini..nak kena tunggu gaji bulan depan masuk dulu..he3..



Tuesday, 18 September 2012

RaYa OH RayA!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah harini ada sedikit kesempatan masa nak update blog..=)..harini dah masuk bulan Zulkaedah..Syawal dah pun berlalu..cepat sangat kan masa ni berjalan..ingat tak haritu saya dah janji nak cite satu kisah lucu di hari raya..tak sempat nak update..tup2..dah masuk bulan Zulkaedah dah..tapi xpe nak cite jugak..he3 =P..

Begini al-kisahnya..Masa raya ke-3 sepatutnya kami sekeluarga akan balik ke kampung di Kuala Kangsar, Perak..tapi disebabkan pokok2 saya di glasshouse yang dah tak siram selama 3 hari, saya ambik keputusan tak jadi ikut mak & abah balik kampung. So mak, abah & along je yang balik kampung..So pagi raya ke-3 tu berkobar2 nak gi siram pokok..tapi..sampai2 je pintu pagar utama kunci..ADOI!! biar betul diorg ni..ingat semua glasshouse ada auto-sprinkler ke..demi pokok2 kesayangan-ku akan kucari jalan camne nak masuk jugak..akhirnya saya ambik keputusan untuk panjat pagar..untuk pengetahuan anda semua..pagar utama tu bukan cam pagar umah kita..tinggi kot..dah la xde palang pemijak..tiba2 dapat idea!! ambik plastik bag yang diisi daun kering yang ada kat tepi jalan & angkat kat tepi pagar..konon2 jadi tangga la..HADOI!!kalau orang nampak memang dah macam pencuri dah rupanya..he3..akhirnya setelah bertungkus lumus panjat akhirnya berjaya panjat masuk ke dalam..bila dah ada kat dalam baru terfikir camne nak keluar?? rupa2nya kat dalam lagi tinggi dari luar..xpe2!!rileks2..gi siram pokok dulu..seram kot masuk sorang2..dah la xde orang..hanya bunyi air dari auto-sprinkler je...hu3.. 

So pas siram pokok, otw nak jalan ke pintu pagar ternampak la satu kerusi kat sebelah office..so pe lagi rembat je pe yang ada..so angkut la kerusi kat tepi pagar..mula2 nak keluar ikut jalan masuk tadi tapi disebabkan keadaan tanah yang tak rata & tak selamat so terpaksa tukar plan B..hadoi dah lama tak main panjat2 pagar ni sejak waktu kecik2 dulu je..hu3..so masa nak panjat keluar ikut pintu pagar kecik, tiba2 ada sorang uncle India ni lalu..ingatkan dia ada kunci rupa2nya xde pun..huh kecewa =(..so lepas uncle tu dah pergi saya pun pe lagi cuba la panjat pagar tu..cubaan pertama gagal..dalam hati memang tawakal pada Allah je..kalau jatuh memang patah pinggang..akhirnya berjaya jugak panjat keluar dengan bantuan kakak & adik saya..pas selamat mendarat atas tanah..lega sangat..pastu kami tiga beradik gelak2 je..ha3..dah la pastu nak keluar gi Jusco..dengan badan berpeluh2..hurm redah jela..he3..

Hurm begitula gigihnya seorang pelajar master nak dapat segulung ijazah..ingat senang ke..terpaksa menempuh onak & duri..ha3..bermadah plak..kla tak larat dah..sebenarnya harini badan tak berapa nak sihat..DEMAM..hu3 dah lama tak demam..xpe2 kifarah dosa2..hu3..semua pakat demam pas habis majlis tunang along..demam urat la katakan..k for next post nanti nak share pengalaman & gambar2 sekitar majlis pertunangan along..bukan pertunangan saya..he3..nantikan ye..

Ni nak share sikit gambar2 masa raya haritu..

Raya Pertama: KPJ Shah Alam..
Jamuan Raya KPJ Selangor
Main menu: bihun sup, rendang, nasi impit, ketupat, lemang, kuih muih..
 Wirdas beraya di hospital..tak sempat pakai baju raya..
jamuan raya kat kafe KPJ 


 mak ambik air



Jamuan Raya Lab Toksikologi, JPT..
Main menu: bihun sup, muffin, puding roti, kek coklat, kuih  raya!!

 Kami student lab Toksikologi+ Kak Erni
 semua x pandang kiri kanan dah..he3
 Lecturer & staff JPT

 saya bersama en.Jas & en, Zaki..

Jamuan Raya Taman Universiti
Main menu: sate, mee/bihun soto + makanan yang dibawa oleh setiap rumah..sedap sangat!!




sedap sate, plng best roti jala =)

Setakat ni saja nak kongsi ngan anda semua..tak lama lagi nak sambut raya haji pulak..Selamat menunaikan ibadah haji kepada semua umat islam..semoga mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan balik..

Wallahualam..