Tuesday, 14 February 2012

Korea 2012-Day 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada yang Esa. Setelah sekian lama menyepi setelah hampir 2 minggu bercuti hari ini diberi sedikit masa untuk meng'update' blog. Alhamdulillah perjalanan ke Korea Selatan dipermudahkan..Saya akan cuba berkongsi sebanyak yang mungkin pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di sana..

Day 1


Tempat:
-KLIA

Jadual penerbangan ke Korea adalah pada pukul 11.30pm tetapi tour guide Applemuslim meminta kami untuk berkumpul pada pukul 8.30pm. Kami semua diminta berkumpul di Tingkat 5, Kaunter H, KLIA. Sehari sebelum bertolak, rumah saya dikunjungi ayahngah & keluarganya. Mereka bermalam di rumah kami kerana mempunyai urusan kerja di Putrajaya pada keesokan harinya. Persiapan dan 'check-up' terakhir masih belum dibuat. Tetapi tetamu harus didahulukan. Masa pada waktu pagi sangatlah padat dengan membantu mak di dapur untuk menyediakan sarapan. Kemudian kerja2 rumah berlanjutan sehingga ke tengah hari. Hati dah terasa resah kerana masih ada barang2 yang perlu dimasukkan lagi ke dalam beg. Pada tengah hari, ayahngah & keluarganya bersiap2 untuk ke Putrajaya..dan mereka akan terus balik ke rumah adik k.ati. Usai solat zohor, saya mengambil kesempatan untuk membuat 'last check-up'. Kemudian menyiapkan pakaian yang hendak dipakai untuk ke KLIA. Alhamdulillah semua barang telah siap dimasukkan ke dalam beg..Ubat2an juga tidak dilupakan..ini diantara barang2 penting yang perlu dibawa bersama jika anda ingin travel:

(vaseline: mulut & tangan, tiger-balm, plaster untuk sakit belakang, inhaler & sun-block)

Pada pukul 2.30pm, maksu, wirdas, maknyah & opah sampai ke rumah. Kami hanya pergi bertiga (saya, adik & maksu) mengikut Applemuslim package. Saya telah di'inform'kan oleh Apple Vacations, seramai 16 orang peserta akan mengikuti trip ke korea-jeju kali ini..Tepat jam 6pm, kami berangkat dari rumah. Mak & abah memesan kepada kami supaya berhati2 sepanjang berada di sana..Maknyah & Opah serta wirdas menghantar kami bertiga ke KLIA..sebelum melangkah kaki, hati ini berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga dipermudahkan perjalanan n selamat pergi & balik..serta kami ber-3 diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di sana..

Keadaan jalan yang tidak terlalu sibuk memudahkan perjalanan kami ke KLIA..kami tiba di KLIA pada jam 7pm..Sebelum maknyah dan wirdas meninggalkan kami di lapangan terbang, wirdas yang baru berumur 5 tahun berkata kepada kami bertiga "jangan gaduh2 tau kat sana"..saya tergelak mendengarkan pesanan dari anak kecil yang petah berkata2 seperti orang dewasa itu..Kemudian kami bergerak mencari surau untuk solat Maghrib..setelah solat Maghrib kami menunggu di kerusi dihadapan Kaunter H..

 Suasana di KLIA

saya & maksu

Jam menunjukkan pukul 8.30pm tetapi tidak kelihatan langsung kelibat bendera Applemuslim..saya & adik bergilir2 berjalan meninjau kalau2 ada team leader kami di Kaunter H..akhirnya setelah berkali2 meninjau kami mengambil keputusan untuk call team leader..kemudian beliau menyuruh kami berkumpul di kaunter 7H..kami cepat2 bergegas ke kaunter tersebut dan melihat telah ada beberapa family group yang telah berada disitu..agak janggal pada mulanya kerana kami semua tidak mengenali satu sama lain..kami diberi tag nama n ribbon untuk dipasang pada beg untuk mengelakkan tertukar beg dengan orang lain..Kemudian semua beg2 peserta di'check-in'..Setelah semua urusan selesai kami diberi tiket masing2 dan diberi 'free-time' sehingga jam 11pm, kemudian kami harus menunggu diruang menunggu C23.Untuk penerbangan ke Luar Negara, penumpang harus menaiki tren ke ruang menunggu bagi penerbangan ke luar. Sebelum menaiki tren ke sana, perut terasa lapar..masih banyak masa..so kami bertiga singgah di kopitiam untuk melapik perut..saya sempat mengambil gambar bersama teddy bear yang agak besar..comel..

Me & Mr.Bear

My sister

Setibanya di ruang legar menunggu di C23, kami duduk di dalam menanti pintu pelepasan dibuka..


Tepat jam 11.20pm, pintu pelepasan dibuka..asalnya saya ingat kami akan menaiki penerbangan MAS tapi rupa2nya kami menaiki penerbangan Korean Air..capacity kapal terbang yang kami naiki ini agak besar kerana mempunyai 2 level..ini pertama kali saya melihat kapal terbang yang mempunyai 2 level..saya ingatkan hanya bas ada 2 tingkat..rupa2nya kapal terbang pun sama..semua seat penuh dan saya dapat duduk di tepi tingkap..memang itu yang diharapkan tapi disebabkan kami bertolak malam hanya pemandangan gelap gelita sahaja dapat dilihat..


Kami di'provide' dengan bantal, selimut & earphone untuk mendengar music dan video..Perjalanan kami dijangka memakan masa selama 6 jam..selama 6 jam saya dan adik saya tidak dapat melelapkan mata..Maksu dengan mudah melelapkan mata..Pada jam 4am waktu Malaysia dan 5am waktu Korea, kami dihidangkan dengan 1st breakfast..sebelum flight berlepas pramugari yang bertugas telah bertanya kepada kami pilihan makanan yang kami mahu..Korean Air ada menyediakan 'Special Muslim Meal'..so anda x perlu risau jika menaiki penerbangan ini..InsyaAllah makanan dijamin HALAL..untuk menu sarapan kami, ini yang kami dapat:

 (sosej+ommelete+potato+beans+bun+juice)

(Chicken fried rice+spinach & bun+juice)

Selepas makan, saya dapat melelapkan mata sekejap sahaja..kemudian 'landing announcement' diumumkan..keadaan di luar agak cerah..jam menunjukkan pukul 4.30am dan waktu sebenar di Korea adalah jam 5.30am..saya melihat pemandangan di luar..kelihatan cahaya dari lampu2 di jalan dan pelabuhan..Kami selamat mendarat pada jam 5.10am waktu Malaysia walaupun pendaratan yang dilakukan tidak berapa baik kerana hentakan yang sangat kuat. Selepas ini saya akan menggunakan masa di Korea dalam post2 yang akan datang..perbezaan waktu Malaysia-Korea hanya 1 jam..Korea +1jam waktu Malaysia..

No comments:

Post a Comment