Tuesday, 14 February 2012

Korea 2012-Day 2 (part 1)

Bismillahirahmanirrahim..

Day 2 (28 Jan 2012)
Tempat:
#Seoul -Incheon Airport, Blue House, Kimchi School, Gimpo Airport
#Jeju-Islands -Yongduam Dragon's Head Rock, Sin-Jeju Underground Shopping, Ocean Suites Jeju Hotel

#Seoul -Incheon Airport, Blue House, Kimchi School, Gimpo Airport


Alhamdulillah kami selamat sampai di Incheon Airport pada jam 6.10am..Ahli kumpulan kami kali ini terdiri daripada 5 keluarga; 3 daripadanya adalah couple, kami bertiga dan keluarga dengan 7 orang ahli. Selepas imegresen check-up & ambik barang kami keluar di Pintu Ketibaan. Pengalaman yang x dapat saya lupakan adalah masa di kaunter imegresen..Miss tu suruh saya letakan jari telunjuk di scanner tapi saya letak ibu jari..sebenarnya saya x faham apa miss tu cakap..muka dia dah agak bengang..dia cakap "2nd fingers"..aiyoo mana nak faham dengan sleng BI dia..ha3..pastu rupa2nya dah ada tulis kat screen depan saya, mana nak perasan, 1st time kot orang guna jari telunjuk..memang lain dari yang lain..pastu kena scan mata..huh..nasib lepas..he3

@ Incheon Airport

Selepas selesai ambik barang, tourguide dari Korea, JC Shin telah sedia menunggu kami di luar pintu ketibaan. Dia menyambut kami semua dengan senyuman..Team leader, En.Jefri memberi masa selama 20minit untuk kami mempersiapkan diri. Suhu diluar adalah -7'C..cukup sejuk untuk saya yang tidak pernah merasai musim winter..Sebelum bertolak ke Korea, saya telah memakai 4 lapis baju & 2 lapis seluar. Setibanya di Incheon Airport saya hanya memakai baju sejuk sahaja..Setelah bersiap, kami semua berkumpul dan JC membawa kami menaiki bas yang telah disediakan..Bila terbukanya pintu untuk keluar, terasa kesejukan menggigit hingga ke tulang..inilah kali pertama saya merasakan sejuk yang tiada di Malaysia..apabila bercakap & bernafas, asap keluar dari mulut..I feel so excited..hu3, orang sini kata 'jakun'..kami semua berjalan dengan pantas disebabkan cuaca yang sangat sejuk..kami bertiga mengambil tempat yang agak depan di dalam bas..dan antara yang mula2 naik bas..Dalam bas, JC dah mula bercakap dan dia ajar words yang perlu kami tahu eg. Annyonghaseyo (hello), Kamsahamnida (TQ) dan yang paling lucu..Oppa~~..kena ada intonasi manja ckit..geli perut saya..he3..

Our touguide, JC Shin

Destinasi pertama kami adalah Blue House. Blue House ni macam White House kat US tp kat Korea dorg panggil Blue House..sebabnya bumbung bangunan tu warna biru tapi sebenarnya cam warna turqoise je..Blue House ni adalah rumah & pejabat presiden Korea..so nak masuk kawasan tu pun agak susah & dikawal ketat oleh tentera..Ni antara gambar2 di kawasan Blue House:


 Banquet House 



 Sooooo COOOOOOOOLD!!!!!
Depan Galeri Blue House

Inside Blue House Gallery:







Selesai melawat Blue House, kami bergerak ke destinasi yang seterusnya iaitu 'Kimchi School'..yeay nak gi belajar buat kimchi plak..JC kata kat Korea ada lebih 26 jenis Kimchi dan setiap family mempunyai resepi Kimchi masing2...kalau sorg perempuan nak kahwin kena pandai buat Kimchi kalu x xleh kawen..hu3..inilah 1st time nak rasa and buat kimchi..selama ni just tengok dalam 2Days 1Night and drama2 korea je..meh sini kita belajar buat kimchi..

 tekun membuat kimchi..sapu je sos yang dia dh siap buat..

 3 of us with Kimchi..
Dah siap! tapi xleh makan sebab nak donate kat orang2 miskin..

 Taste the kimchi..the winner is radish kimchi..he3

 Our Kimchi..

Maksu's Kimchi..

Then, pas siap buat Kimchi, sape2 yang teringin nak pakai Hanbok (Korean Traditional Costumes) bolehla try kat sini secara percuma..Lets see how Maksu & I looklike..keh3..boleh jadi orang korea x:

 Me with My Hanbok Wearing..Comeii x!!!

Maksu with Hanbok costumes

Pas melaram dengan Hanbok dan buat kimchi..kami semua dibawa ke sebuah restoran untuk lunch..nak tahu menu istimewa kami..makanan pertama kami jamah di korea..

 Outside the restaurant..

 Our Lunch special menu..

Other members in our group..

Selesai je makan tengah hari, kami bertolak ke Gimpo Airport untuk penerbangan ke Jeju-do..yeah..seronok2..walaupun badan dah penat sangat sebab x tido seharian..Flight ke Jeju-do adalah pada pukul 2.05pm..dan kami sampai awal di Gimpo Airport sebab nak check-in barang2 dan pastu kami diberi free-time sampai jam 1.30pm..

Gimpo Airport

Tepat jam 2.05pm, pintu pelepasan dibuka dan kami masuk ke dalam dan mengambil tempat duduk masing2..keadaan didalam kapal terbang sangat lengang..semua ahli kumpulan kami mengambil kesempatan masa yang ada selama 1 jam penerbangan ke Jeju untuk tidur..ada lagi satu kisah lucu dalam flight ke Jeju..semasa penerbangan ke Jeju kami diberi minuman..disebabkan masalah komunikasi..pramugari tersebut telah memberi saya jus tomato..nak taknak saya kena habiskan..hu3..rasa jus tu macam sos tomato yang baru bawak keluar dari fridge..x sedap!! Semasa dalam penerbangan ke Jeju, saya duduk bersebelahan dengan kak Lina. Kami berbual dan rupa2nya dia ex-UPM..so ada chemistry la kami berdua..flight mendarat di Jeju pada jam 3.15pm..

No comments:

Post a Comment