Tuesday, 14 February 2012

Korea 2012-Day 2 (part 2)

Bismillahirahmanirrahim..

Day 2 (28 Jan 2012)
Tempat:
#Jeju-Islands -Yongduam Dragon's Head Rock, Sin-Jeju Underground Shopping, Ocean Suites Jeju Hotel

Alhamdulillah kami selamat sampai di Jeju jam 3.15pm..pendaratan yang sangat bagus sebab x terasa langsung. Berbeza dengan masa mula2 sampai..Turun je dari flight kami terus ambik beg & ikut JC naik bas kat tempat parking bas..wah mula2 kuar, terpesona dengan keindahan Pulau Jeju..Subhanallah, begitu indahnya ciptaan Allah..lagi jauh berjalan lagi luas pemandangan..

Destinasi pertama kami di Jeju adalah Yongduam Dragon's Head Rock yang terletak di north Jeju City.Ni sedikit sebanyak History or kisah terjadinya Dragon Head Rock ni:


"Situated to the north of Jeju City, Yongduam was created by strong winds and waves over thousands of years. However, there are plenty of other stories of how it came to be. One legend has it that a dragon stealing precious jade from Mt. Halla was shot down by an arrow from the mountain deity. When he fell down on Yongduam, his body immediately sank into the ocean and his head rapidly froze looking at the sky. Another legend has it that a white horse, who dreamed of being a dragon and ascending to the sky, came to be caught by a soldier and froze into the rock."


Kalau nak tau lebih lanjut pasal kisah disebalik Dragon Head Rock boleh la tanya Mr.Google..most of the place in Jeju were made from lava rock..what do you think..is it looklike a dragon head??


 JC explain about Harubang statue..
 Maksu & maksu (Onniee..)


 Me & Onniee
 3 of us

 Me & Harubang..


 Nice view with aeroplane on the sky


Our bus..Apple Vacation..

Destinasi seterusnya adalah Sin-Jeju Underground Shopping..JC said, "this is just the beginning of the shopping..but you are not recommend to buy souvenir here"..patutla JC cakap camtu sebab barang2 kat situ mahal2 belaka..seluar tido yang boleh dapat harga 5,000W kat Namdaemun, kat sini harga dia 12,800W..ha3 beza x..so I also not recommended anyone to shop here..TQ..

Maksu terpaksa beli kasut kat sini sebab kasut yang sedia ada tidak memberi keselesaan kepada kaki..so cari punya cari sepanjang kedai2 kat situ akhirnya jumpa jugak..harga kasut boots tu 39,000W. Tapi maksu kata berbaloi dengan harganya sebab kasut dia selesa..kat sini kami just beli seluar tido dan stokin..hu3 very3 cute stokin..harganya hanya 3,000W..stokin ni kat mana2 pun harga dia sama je..so x rugi beli..

Then pas habis shopping, kami check-in hotel...Ocean Jeju Suites Hotel..solat-mandi-then kumpul kat lobby hotel untuk gi dinner..jalan kaki je dari hotel..ni sedikit sebanyak gambar hotel yang kami menginap selama 2 hari di Jeju:

Ocean Jeju Suites Hotel (OSJH)

 bilik tambahan..Ondol style

 our bed..for triple

 panteri..small but just nice..

 TV plasma..bosan xde cite best pun

nice view from the room..

Tepat jam 8pm kami berkumpul di lobi hotel..then after semua dah sampai..kami berjalan menyelusuri jalan yang gelap dalam cuaca malam yang sangat sejuk..nasibla x jauh dari hotel, kalau x beku..Dinner malam ni makan seafood steamboat..hu3, nasibla badan..dah la alergik seafood kn pula makan seafood..ni la kedai makan kami:




Selepas habis makan adalah free time..kami bebas pergi kemana saja..di hadapan kedai makan tersebut ada sebuah shopping mall tapi disebabkan xde lelaki antara kami bertiga, so kami terpaksa batalkan hasrat untuk ke shopping mall. Kami hanya berjalan di sepanjang deretan kedai dan singgah di 7eleven..maksu membeli coffee pack untuk diminum di hotel..saya dan adik hanya meneliti harga barangan di dalam kedai. Selepas keluar dari 7eleven, kami singgah di kedai buah2an..baru saya teringat..Jeju terkenal dengan limaunya yang dikenali dengan Hallubong diambil sempena nama Mt.Halla..kami diberi sampel untuk merasa Hallubong tapi rasanya masam. Kemudian kami diberi cuba rasa buah limau tangerine..wah..rasanya sangat sedap dan manis..jauh lebih sedap dari Hallubong..isinya seperti limau barli..hu3..x pernah lagi saya merasa limau sesedap ini..tanpa ragu2 kami terus membeli limau tangerine..Harga bagi limau Harubang tangerine adalah 4biji=10,000W manakala Hallubong adalah 5biji=10,000W. Kemudian kami singgah di GS25 di lobi hotel kerana maksu hendak membeli mochachino dalam pek untuk dibawa balik ke Malaysia. Selepas itu kami terus balik ke hotel dan tidur.

Walaupun baru hari pertama, tetapi saya terasa seperti sudah seminggu kerana jadual yang sangat padat. Walaubagaimanapun, banyak pengalaman baru yang ditimba walaupun baru sehari di Korea..Keesokan hari kami akan dikejutkan dengan "Morning Call". 






No comments:

Post a Comment