Wednesday, 15 February 2012

Korea 2012-Day 3 (part 1)

Bismillahirahmanirrahim..

Day 3

Destinasi:
#Seopjikoji Hill, Seongsan Ilchubong Sunrise Peak, Orange Farm, Jeju Folk Village, Trick Art Museum, Mysterious Road, Teddy Bear Museum (Teseum)

Seawal 6am dah dapat morning call kat bilik..so I'm the 1st to wake up and have a bath..pas mandi gerak adik suh mandi and the last person to wake up was maksu..kalu ikut turutan tido plak..adik the 1st one tido, then me and the last person to sleep was maksu..he3..So semalam JC dah pesan suh turun breakfast jam 7.30am & dia dah bagi kupon makan setiap seorang..so pas mandi, solat & bersiap2 kami pun turun la gi breakfast..harini jadual sangat padat..nak gi daki 2 bukit..dah lama x berjalan so stamina x berapa nak kuat la..

 Me & my sis

Bergambar dengan pemandangan pagi di bilik b4 turun breakfast

Then kami bertiga turun ke lobi dan JC dah menunggu. Dia suh kami gi makan dulu..naik2 je atas tempat makan, En.Jefri dah tunggu. Dia bagitau yang mana makanan yang boleh makan dan yang mana xleh makan. So, untuk sarapan pagi tu saya ambik mee udong + cold potato salad + roti raisin (roti ni sangat sedap)..Sambil2 makan tu curi sikit maksu punya makaroni..he3

 These are our menu for breakfast

Pas makan, kami turun awal untuk menikmati udara pagi di Jeju sambil2 ambil gambar..Subhanallah sangatlah cantik pemandangan laut, angin bertiup kencang dan ombak laut menghempas tembok..tengah asyik2 ambik gambar tiba2 ombak kuat yang menghempas dinding naik sampai ke atas..ha3..pagi2 dah kena mandi sekali lagi..nasibla kena sikit je..dah la cuaca sejuk tahap beku..kena plak air laut..huh..



We with Jiha & kak Lina

In front of OSJH

Pas semua dah berkumpul, kami pun bertolak ke destinasi pertama kami..Seopjikoji Hill..tempat ni merupakan tempat pengambaran cite "All In"..tapi seriously x pernah tengok & dengar pun sebelum ni..he3..Tempat tu agak jauh jugak..memakan masa selama lebih kurang 30minit..sampai2 je terpesona kot..memang cantik pemandangan kat sini..Target kami nak sampai kat light house..iaitu the main point in Seopjikoji Hill..chaiyok!!


 Cantik kan rumah ni..









 Souvenir shop..x sempat nak singgah..
"All In" drama scene..
@ light house..angin kuat sangat..nampak x tudung pun dah terlipat..
 going down..run out of time..

View from light house..



 @ parking lot..still nice view of sea..

Selepas berjaya menjejaki Seopjikoji Hill, then kami teruskan perjalanan ke satu lagi destinasi mencabar..nak kena daki bukit lagi..Seongsan Ilchubong Sunrise Peak yang berketinggian 180m..JC cabar kami semua kalahkan masa dia 26 minit untuk sampai ke puncak..tapi saya just sahut cabaran dia untuk sampai ke puncak jela..buat pe nak kalut2..buat penat je..tapi dia bagi masa 1jam je..mana nak cukup..haish..so sampai2 je kami ambik gambar group trip dulu..ini 1st time ambik gambar ramai2..he3..


 Our trip members..opah is missing..

Pas ambik gambar, kami memulakan pendakian..semua xnak naik atas sebab dorg rasa x larat nak sampai..so just kami bertiga & syazwan from 7 familiy je yang cuba naik atas..yang lain bersiar2 kat bawah je..

Ni ahjumma tengah jual seafood kt orang ramai..ni la woman sea-diver..

Kami pulak teruskan perjalanan naik atas..mencabar kot..aidah surrender after 3/4 perjalanan..so saya & maksu je teruskan perjuangan untuk sampai ke puncak..Alhamdulillah samapai gak kat puncak..tapi once again x sempat nak menhayati pemandangan dah kena turun sebab masa x banyak..hu3..rugi2..

 View at 1st checkpoint..long way to go..




 Alhamdulillah berjaya sampai ke puncak Seongsan..180m..proud of myself..
 Inilah bekas kawah gunung berapi yang terhasil..


 Culik budak kecik ni kejap..nak ambik gambar ngan dia..

 View from the top of Seongsan Peak


 Going down..




Disebabkan kami je yang naik ke puncak..so kamilah orang yang paling lambat masuk bas..JC dah buat muka..lambat 5 minit je pun..ha3..bayar mahal2 kalau x menggunakan sebaiknya rugilah..So our next destination was Orange Farm..before gi Orange Farm kami berhenti lunch dulu kat korean restaurant..menu makan tengah hari kami rasa cam asam pedas..tapi memang pedas sangat2 la..

 Mackerel stew + seaweed soup + side dishes
 JC ajar makan balut dengan salad..



 Jom kta cuba balut & rasa..he3

 En.Jefri sangat berselera makan, teman opah makan kat meja..

Sebab makanan x habis, family with 7 members minta kat JC nak bungkus bawa balik sebab sayang banyak lagi x habis..so untuk dinner nanti ada lauk tambahan la..he3..After lunch, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Orange Farm..sepanjang perjalanan ke Orange Farm, kita dapat tengok pemandangan kawasan tanah yang ada hanya ditanam dengan lobak putih dan kobis sahaja..seluas mata memandang la boleh dikatakan..kalu kat Malaysia sawah padi atau kelapa sawit jela..

 Patung Harubang merata2 kat Jeju island ni..
 ada kisah di sebalik patung wanita angkat air ni..




 Shop to buy anything about oranges..chocolate and Hallabong..

Kat kedai ni boleh borong chocolate Jeju yang dipanggil Jeju Harubang Chocolate..so kami pun beli 3 packet and dapat free 1 kotak chocholate crispy rice..cukuplah untuk bagi kawan2 & family rasa..harga setiap pack coklat yang ada 4 jenis perasa adalah 10,000W sahaja..

Next destination adalah Trick Art Museum..dah x larat dah nak tulis..bila2 ada masa free nanti saya update la lagi untuk Day 3- part 2..ok..Hope x bosan la baca coretan pengalaman saya yang panjang lebar ni..dah boleh buat buku dah cmni..he3

No comments:

Post a Comment