Monday, 20 February 2012

Korea 2012-Day 4

Bismillahirrahmannirrahim...

Day 4

Destinasi:
#Jeju Airport, Gimpo Airport, Nami Island, Chuncheon Myeondong, Alpensia Ski-resort

Pagi2 lagi dah bangun before morning call..harini dah nak balik Seoul..sedihnya nak tinggalkan Jeju..Semua kena tunggu kat lobi hotel pukul 7am & gi breakfast..harini mood x berapa baik sebab tertinggal kad kat dalam bilik hotel masa kelam-kabut keluar bilik.aish..so pagi tu sarapan just makan roti raisin and jus oren je..pastu terus turun bawah tunggu kat lobi..

 Me
Aidah& Maksu
 OSJH's Hotel Lobby

Lepas semua dah siap sarapan, kami masukkan beg dalam bas..Goodbye Jeju..Welcome Seoul..Kami terus menuju ke Jeju Airport.Dari OSJH ke Jeju Airport dekat je dalam 15minit..Sampai airport JC & Jefri beli tiket flight dan kami tunggu je..


Jeju International Airport
Masukkan barang2 dalam beg so senang nak cek imigresen nanti..
 Menunggu JC beli tiket flight
 Opah!! smile..he3

Flight ke Seoul jam 9.05am..so kami terus check-in barang dan tunggu kat dalam..pastu try cari e-mart kot2 ada jual apa2 yang boleh dimakan..tapi malangnya xde pe2 pun..was2 la plak..so terus tunggu kat waiting area, nampak k.shireen n abg reza tengah duduk ..member2 trip lain ntah hilang ke mana..cari makanan kot..
Tepat jam 9am, pintu pelepasan dibuka, so kami bertiga terus naik flight..ingatkan nak tidur tapi xleh tidur so bersembang dengan k.izah..

Alhamdulillah jam 10.15am kami sampai di Gimpo Airport. Lepas ambil barang JC bagi masa untuk gi toilet sebab perjalanan ke Nami Island mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sana..Then kami terus ke bas & bertolak ke Nami Island..

 Gimpo Airport

Rainbow..

Selepas 2 jam, kami sampai di Nami Island..Kemudian semua member trip diberi masa ke toilet..maklum la cuaca sangat sejuk..so memang kerap ke toilet..Kemudian kami berkumpul di entrance Naminara imigresen dan naik feri untuk ke Nami Island..Nami Island juga dikenali sebagai Naminara Republic..bendera dia pun lebih kurang macam bendera Malaysia sebab ada bulan & bintang..

 Ke jeti untuk naik feri


 Can u see ice-water behind me..
dah macam ais ketul dalam gelas je..he3

Sampai2 je kat sana, terasa sangat hampa sebab ingatkan kt Nami dah turun snow rupa2nya habuk & debu je yang ada..hu3.Jefri take turn tunjukkan kami sekitar kawasan Nami & JC pergi ke kedai makan untuk uruskan lunch..Besar juga pulau ni..kalu ikutkan perlu 1 hari untuk pusing habis kawasan ni..perkhidmatan basikal & segway juga disediakan kepada pengunjung..Ni diantara gambar2 sekitar Nami sebelum kami lunch..










Sampai kat kedai makan tu kami ambik seat masing2..Ini satu2nya kedai yang halal di Nami Island..antara makanan yang terkenal disini adalah "Nasi Goncang"..kenapa ia dipanggil "Nasi Goncang"???jom kta tengok sebabnya..

 Lunchbox sebelum digoncang..
 Sarung tangan disediakan untuk menggoncang lunchbox..Jom kita goncang!!
 Selepas digoncang..inilah hasilnya..he3
 Jom makan..pe ye rasanya??
 Gambar2 scene cite Winter Sonata dalam kedai makan..

Sebenarnya ada kisah disebalik "Nasi Goncang" ni...Pada masa dahulu, seorang ibu membekalkan anaknya dengan lunchbox..didalamnya terdapat nasi, telur dan kimchi..anaknya ke sekolah mengayuh basikal.Apabila anaknya mengayuh basikal..nasi di dalam begnya telah tergoncang..akhirnya apabila sampai masa makan anaknya membuka bekalnya dan mendapati nasi dan lauknya telah bercampur..akhirnya mereka mendapat ilham untuk membuat hidangan ini..Nasi ini juga dipanggil Nasi Goreng Kimchi...rasanya boleh tahan..nasi ini dimakan dengan sup fishcake..Kalau ke Nami Island bolehla try makan disini...

Selesai makan, kami terus ke bilik solat..Pihak Naminara Republic telah menyediakan surau untuk muslim..Surau tersebut terletak di bangunan berhadapan dengan kedai makan tadi..

 Tempat wudu'
 Prayer room

Selepas solat, kami diberi free-time untuk berjalan2 di sekitar Nami..kami perlu berkumpul di pintu masuk pada pukul 3pm..so gunakanlah masa dengan sebaik2nya..


















 Frozen fountain..
 One big happy family..he3

 Malaysian flags



 Titanic..he3

Frozen lake

Selepas sampai di jeti, kami pun terus naik bas dan bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Chuncheon Myeongdong street, satu lagi tempat pengambaran Winter Sonata..kami diberi free-time untuk shopping disini..so hasilnya saya & adik membeli earmurf dengan harga 5000W setelah tawar menawar..kamsahamnida ahjushi..masa ni cuaca sangat sejuk..dah la lupa pakai gloves & mafla..so tangan sentiasa tersorok dalam poket..he3..




In front of Baskin Robbins

Pas habis shopping kat sini, kami teruskan perjalanan ke tempat yang guaranty ada salji iaitu Alpensia ski-resort..perjalanan memakan masa 2 jam..so harini most of the time dalam bas..harini juga Hari Tidur Sedunia..ha3..paling puas tidur..JC pun x banyak cakap..so pe lagi..semua membuta dalam bas...Lebih kurang jam 7pm kami sampai di Alpensia Holiday Inn..before check in kami singgah di kedai peralatan Ski untuk menyewa baju dan peralatan ski..kami bertiga hanya menyewa set pakaian dan but sahaja..Kos menyewa satu set lengkap ialah 35000W seorang tetapi disebabkan kami secara berkumpulan so dapat 25000W sahaja..then terus check-in hotel untuk letak barang..kemudian turun ke lobi semula untuk Dinner-time..walaupun jam dah agak lewat..

Hotel lobby..nice view..
 Our Room


Dinner malam ni adalah tofu+pollock steamboat..Pollock adalah sejenis ikan..yang specialnya ianya adalah Winter Dried Pollock..ikan ni dikeringkan dengan angin musim sejuk..so macam ikan kering la..rasanya x masin pun..


 Tofu+mushroom+pollock fish

Jom makan!!

Pas kenyang perut, aktiviti bebas..so kami bertiga berjalan2 sekitar resort..jakun sikit mula2 tengok snow merata2..ha3..satu lagi pengalaman yang x dapat dilupakan..hari 1st kat resort dah jatuh terlentang kat atas salji sebab jalan licin..ha3..nasib baju agak tebal..tapi actually sakit juga la..ni antara gambar waktu malam sekitar resort..cantik kan..






comel x earmurf kami..beli kat Chuncheon Myeongdong





Then, lepas puas tangkap gambar kami bertiga balik hotel dan tidur..esok merupakan hari yang tentunya menyeronokkan coz dapat pijak & main salji..

No comments:

Post a Comment