Sunday, 26 February 2012

Korea 2012-Day 6

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Day 6

Destinasi:
#Lotte World, Gwanjang Market, Doota, Dongdaemun, Ginseng Chicken Soup

Alhamdulillah pagi ni kami akan ke Lotte World salah satu taman tema yang ada outdoor dan indoor games.lebih kurang cam Disneyland la...Sebelum ke Lotte World, kami bersarapan di Evergreen Cafe di Itaewon..




Lepas makan kami terus bertolak ke Lotte world..perjalanan hanya mengambil masa 15min dari tempat kami makan..Setibanya disana, kami diberi lunchbox Nasi beriyani & air untuk lunch di dalam nanti. Kami masuk dari South Gate Entrance..kat Lotte World ada 4 pintu utama..kami sampai awal sebelum jam 8am..so kami bergambar di luar dahulu sementara menanti pintu dibuka..salah satu tempat yang famous jugak disini adalah Star Avenue..kebetulan semasa kami datang, tempat tersebut dalam proses pembaikpulih so melepas la nak tengok barang2 peribadi artis terkenal Kpop..

 South Gate Entrance
Lotte World..

Tepat jam 8am, pintu dibuka dan kami masuk..JC menunjukkan kawasan sekitar Lotte World sebelum melepaskan kami. Kami diberi Special VIP Pass ticket untuk bermain di Lotte World..sememangnya Apple Muslim memberi yang terbaik kepada kami..he3 (promote ckit..he3). Kemudian selepas mendengar penerangan dari JC, kami diberi free-time sehingga jam 3pm..

 Di ruang tengah ke Indoor area..
 Magic Island..
 Jambatan yang menghubungkan Magic Island & Indoor area
 Comei x!!!

Nampak x gambar rain kat bawah tu..he3

Untuk mengelakkan kesesakan, kami terus ke 1st ride..1st ride kami adalah menaiki balloon ride..best, nampak semua kawasan indoor..sambil2 tu usha pe2 game indoor yang best untuk main pasni..so bagi yang gayat..fikir 2x kot nak naik..tapi x naik rugi..he3

 View from Balloon-ride
Me up in the air..

Lepas naik balloon ride kami singgah gi toilet jap..macam kat lobby hotel kot toilet dorg..he3..x caya?? jom tengok..


Antara game lain yang kami naik adalah "The Adventure of Sinbad" & "Revealation of Pharoah & Riding horses yang dalam cite "Stairway to Heaven"..lain2 masa gi jalan2 and tengok show kat stage dorg je..
Ni antara gambar2 yang sempat diambil kat dalam tu..

 Mini Trick art museum
 Tarik..tarikk...ingat main tarik tali ke..ooppss..
 Ala tumpah dah air laut tu..he3
 riding horses..cite Stairway to Heaven..
 budak2 tadika naik kuda..cute je..

 Live performance..take pic with the dancer..


 Ala comelnya adik ni..he3
 tingginya mamat nih..dah cm orang kerdil dah maksu..he3
With 2 beautiful ladies..he3

 call umah jap..he3


 with the mascot of  lotte world
 Music performance


Lebih kurang jam 12pm, dah x larat nak jalan dah..so kami bertiga duduk kat kerusi depan stage untuk lunch..then K.Lina & Abg Zam pun join kami lunch..beberapa minit kemudian tirai stage terbuka & rupa2nya ada performance dari character2 Lotte World..best2..sambil makan sambil tengok performance..xdela bosan..he3..

Bergambar depan stage..kosong lagi b4 performance mula..

 Lunch: briyani+ayam+fish fillet+air sprite




Pas makan kami menuju ke Magic Islands..disebabkan cuaca yang sangat sejuk iaitu -13C, kami hanya sempat ambik gambar dan cepat2 masuk ke dalam semula..ha3 dah rasa beku dah muka masa tu..Kebanyakan outdoor ride tutup kerana semalam snow so dorg terpaksa bersihkan snow dulu before run balik..





 Frozen river

 Umah pe ntah..tapi comel je..

 Magic Castle




Then lepas x tahan ambik gambar kat luar, kami masuk dalam untuk solat zohor..kat sini xde surau so kami solat kat kawasan locker..yang penting x kacau orang lain kan..Then pas solat, ada masa lagi..so kami pun gi naik Sinbad-ride..ha3..sempat gak kan..best..tapi xde gambar sebab gelap la dalam tu..hu3..lepas keluar, kebetulan ada performance kat luar tu, so pe lagi cepat2 naik atas sebab nak tengok..kat bawah memang confirm x nampak sebab ramai orang..hu3. Akhirnya dapat gak tengok..maksu record performance tu...memang best..ada kereta berhias dengan watak2 kat dalam Lotte World..

Lepas habis performance tu, kami pun turun & berkumpul kat tempat JC suruh kumpul..jam pun dah nak pukul 3pm..so kami just pusing kat kawasan berdekatan dengan pintu keluar je..tepat jam 3pm, kami bergerak ke bas..lepas semua naik bas, rupa2nya abg Reza hilang..so nasib kak Shireen ada dalam bas, so dia try call husband dia & rupa2nya abg Reza tersesat kat North Gate..so JC pun berlari mencari abg Reza dan nasib jumpa..hu3..

Next destination was Gwanjang Market..JC nak bawa kami ke kedai Silk/Sutera Korea..harga tentu2lah mahal kan...so sampai je sana, kami dijemput  oleh tauke kedai silk tu sebab JC x ingat jalan..dah la masa tu cuaca sejuk sangat2..kat luar kedai tu ada juga jual silk yang lambak banyak2 macam kat pasar malam..so kami pun beli yang kat luar jela untuk maknyah & dua orang maktih. So settle dah ole2 untuk dorg..

Kemudian, satu lagi aktiviti yang paling best adalah shopping souvenir kat Doota..Doota ni macam mall la..tapi besar sangat dan banyak barang2 especially trendy fashion & souvenir..murah pulak tu..rugi je beli kat Itaewon hari tu..mahal kot..tapi on the way nak ke Doota tu, kami just jalan kaki je dari Gwanjang Market..bayangkan dengan cuaca yang sangat2 sejuk kena berjalan..dah la jauh jugak..si JC ni pulak jalan laju..masa kitaorg lalu kat  Dongdaemun banyak sangat barang2 yang nak beli, tapi disebabkan JC ni jalan laju sangat, so window shopping jela..

Doota Shopping Mall

jam tangan, barang kemas etc
 5th floor, souvenir shop..kat sini sangat murah..
Tax-refund counter for tourist
Kat Doota, kami just borong souvenir je..tapi memang murah la..xyah nak susah2 tawar menawar..so kat sini gak cari ole2 untuk abah & mak..abah kami berdua belikan set sudu & chopstick korea seperti yang abah nak. Mak pulak belikan set sudu & garfu makan buah..kecik je tapi mahal..ha3..tapi xpe untuk mak & abah no hal la..then kat kedai souvenir tu gak belikan untuk kawan2 rapat je..nak beli semua x mampu la eden..he3.

Lepas shopping kat Doota, kami pun gi dinner. Harini menu special..makanan mahal iaitu Ginseng Chicken Soup..he3..dalam ayam tu ada nasi..untuk pengetahuan semua..sup ginseng ni direneh selama 3 hari ye..bukan sekejap..so semestinya berkhasiat sebab ada ginseng..

 Ginseng Chicken Soup


Sebab badan dah letih sangat, saya x dapat habiskan sup & ayam tersebut..rasa cam membazir je..so pas makan kami pun balik hotel & tido..selamat malam semua..

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam Wani, tersinggah blog u bila google2 tips2 holiday to Korea. Me & family plan nak gi Korea next month :-) Tengok sup ginseng tu macam menarik. Boleh tak bagi location/direction untuk ke kedai tu? And lagi satu, untuk tour guide to Korea u apply kat mana ye? TQ!

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam..dlynnaa, tempat sup ginseng tu kami pergi masa ikut travel agent..tapi sorry wani pun tak sure tempat dia kat mana sebab masa tu kami naik bas. tup..tup sampai je tempat makan tu..tapi kedai tu memang Korean Restaurant..nanti wani try cek balik ye..Untuk tour guide, dlynnaa prefer nak banyak jalan atau nak naik bas. Tapi wani suggest ambik student Malaysia as tour guide..senang nak jalan..Kalau ikut travel agent banyak buang masa atas bas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sebab sudi reply :-) kalau boleh memang nak cari tour guide je, lagi senang nak tentukan mana nak pergi and tak terikat dengan schedule sgt. Kalau wani ada contact, boleh la suggest.

      Delete
    2. ye betul3..he3..memang lagi puas bila ambik student as tour guide sebab kita yang plan untuk nak pergi mana..and tak rushing sangat nak kejar jadual macam yang travel agent dah sediakan..ok dlynnaa ada email..nanti wani emailkan beberapa nama and no contact dorang..^_^

      Delete
    3. My email: dlynnaa@gmail.com

      TQ!

      Delete
  4. Yang pergi masa ni ikut AppleMuslim..boleh check kat laman web ni..http://www.appleholiday.com/muslim/
    Kalau nak guna khidmat student sana saya boleh suggest...^_^

    ReplyDelete