Thursday, 29 March 2012

Bulan Mac yang Penuh Dengan Ceritera..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk meneruskan hidup di muka bumi-MU Ya ALLAH..semoga nikmat iman & islam serta nyawa yang Engkau berikan ini tidak melalaikan daku dengan keseronokan dunia..

28 Mac 2012, mencatatkan pelbagai kisah dan cerita. Dalam satu hari yang sama pelbagai perkara berlaku..

1. Pemergian ibu tersayang Prof. Dzolkhifli Omar
2. Ulangtahun kelahiran adikku, aidah yang ke-21
3. Berakhirnya bioassay untuk stage adults

Seperti biasa, pagi2 lagi saya dah bergerak ke glasshouse untuk melakukan rutin harian..perancangan pada hari itu adalah untuk marathon menyiapkan baki treatment yang tinggal iaitu 5 treatment..so that day i 've to collect 500 whiteflies..semput..sigh~~

Pagi tu cuaca mendung & hujan renyai2..nak xnak kena redah gak..dalam hati mohon semoga Allah permudahkan urusan & C70 x semput tengah jalan..Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar..disebabkan hujan & still awal pagi lagi so xde sangat orang kat kawasan glasshouse..hanya lagu dari handphone je menemani..so proses menyedut whiteflies pun bermula..dah sedut dalam 400 cam2 (sebab dalam 1 vile ada lebih kurang 20..so dah menyedut lebih kurang 21 vile) berhenti rehat jap sebab dah sakit dada..hu3~~so g siram pokok dulu..then continue back..lebih kurang tinggal 2 vile..tiba2 handphone bunyi..kak ayu call rupanya..suaranya agak cemas & kelam kabut..so saya tanya kenapa..then kak ayu bagitau Ibu Prof meninggal..and semua staf lab & pejabat dah gi..so kak ayu ajak saya gi sekali..terkejut sangat..patut la pagi tu cuaca mendung & hujan renyai2..

Sementara menunggu kak ayu sampai saya cepat2 habiskan untuk sedut lagi 2 vile yang berbaki..Alhamdulillah sempat collect & settle siram pokok..bila kak ayu sampai je kitaorg terus gerak ke rumah prof..dah la kami berdua pakai t-shirt & seluar je..nak balik x sempat dah..so redah jela..hu3..

Sampai2 je..orang dah ramai dah..kami  berdua paling last sampai kot..kami terus masuk & cari orang2 pejabat..nasib nampak dorg kat dalam..rupa-rupanya..jenazah dah dimandikan..cuma tunggu nak disolatkan je..then beberapa minit kemudian jenazah diangkat ke surau berdekatan untuk disolatkan..sebelum jenazah diangkat prof mewakili keluarganya memohon maaf bagi pihak arwah ibunya..kedengaran sebab dalam nada Prof..~Semoga Arwah ditempatkan bersama2 dengan orang2 yang beriman & soleh..amin..~

Then kami x ikut g solat sebab banyak keje lagi menanti kat lab..tapi perut terasa lapar..so saya pun ajak kak ayu singgah MFC (Muzdalfa Fried Chicken, Bangi)..x senonoh kan, balik ziarah orang meninggal terus singgah makan..tapi memikirkan keje yang banyak menunggu so kena isi perut gak..

MFC cawangan bangi

My menu..Combo Meal 1+ Zee Burger

Pas perut dah kenyang, kami terus balik ke UPM..sampai ke glasshouse dah kul 12.30pm, terus kemas barang & bertolak ke Agribio..hujan masih turun renyai2..moga2 C70 x buat hal..sampai je lab dah kul 1.15pm..so gi solat dulu then baru start keje..last2 start eksperimen kul 2.15pm..disebabkan treatment berganda..so eksperimen memakan masa selama 3-4jam..sebab nak tunggu daun kering..

Alhamdulillah, semua keje siap jam 5.15pm..so balik bilik terus flat~~penat..hu3..so tamatlah satu objective projek..toxicity to adults..pasni proceed untuk nymph bioassay plak..long way to go..bulan mei dah kena complete semua sebab bulan jun dah kena present final..hu3 takutnya..doakan saya dapat buat yang terbaik..amin..

So malam tu baru la teringat that day was my sis birthday..so just wish by sms..Sanah helwah to my sis..semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki..serta menggunakan umur yang Allah kurniakan dengan menperbanyakkan ibadat kepada-NYA..sebab dah x larat ingat nak tido awal tapi malam tu ada movie best plak..last2 tido kul 12am..satu hari yang sangat panjang~~

Ha3..banyak plak berleter..pe pun satu peringatan buat diri ini & sahabat2..sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati..cuma kena bersiap sedia dengan amalan2 yang akan menemani kita di kubur nanti..ada 3 benda yang akan menghantar kita ke kubur iaitu harta, amalan & keluarga dan yang hanya akan kekal bersama dengan kita adalah amalan serta doa anak2 yang soleh..Jadi banyakkan amalan dan yang penting jangan tinggal solat & membaca Al-Quran..peringatan untuk diri sendiri jugak..

Wednesday, 21 March 2012

Alhamdulillah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran kepada Allah yang mengurniakan nikmat iman & islam..Alhamdulillah banyak perkara baik yang berlaku harini..pertama sekali, dapat call dari maksu cakap opah dah discharge from PPUM..Alhamdulillah moga2 opah cepat sembuh..Perkara kedua, dah complete bioassay for adults untuk APG treatment..InsyaAllah next week dah boleh start bioassay untuk OG treatment plak..mudah2an dipermudahkan..doakan saya ye sahabat2..

Disebabkan happy & terlebih rajin, saya pun baking muffin..InsyaAllah esok nak puasa..jom kita puasa sunat khamis esok..inilah hasil muffin saya petang tadi..yummy!! sambil2 buat keje malam ni makan muffin..urmm..sedap!!..nama muffin ni "chocolate chip-butterscotch vanilla coklat muffin"..ha3 panjang x nama muffin ni..made by Wani..he3..





X banyak nak update malam ni..just nak upload pic muffin ni..he3..ok all the best & semoga semua urusan kita semua dipermudahkan..amin..

Untuk kita sama2 muhasabah diri malam ni..LAPANG sebelum SEMPIT..gunakanlah masa yang ada sebaik2nya sebelum kita sibuk.. Apakah benda yang paling jauh dengan kita?..jawapannya MASA YANG TELAH BERLALU..

Sunday, 18 March 2012

Sakit itu Ujian Allah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada-NYA kerana masih memberi peluang untuk saya bernafas di atas muka bumi-MU Ya Allah..Alhamdulillah juga kerana diberi nikmat iman & islam..

Agak lama saya tidak update blog. Ini kerana opah (panggilan untuk nenek) saya dimasukkan ke hospital disebabkan serangan jantung..kini sudah hampir seminggu opah di hospital. Pada hari isnin lepas, saya mendapat panggilan telefon dari makcik mengatakan bahawa opah dimasukkan ke wad kecemasan kerana diserang strok..malam tu jugak my parents & I went to PPUM..sampai2 je kat hospital semua dah ada..saya sempat melawat opah malam tu..keadaanya sangat lemah sehingga saya menitiskan air mata..hanya doa yang dapat saya panjatkan untuk opah..Alhamdulillah hari ini genap seminggu opah kat hospital, banyak perubahan berlaku..tiub air dan tiub air kencing dah ditanggalkan serta selera opah dah semakin baik..cuma disebabkan sudah lama x berjalan..otot2 kaki dah lemah..so InsyaAllah esok pihak hospital akan membuat fisioterapi kat opah..esok jugak opah akan menjalani brain city scan untuk melihat darah beku di kepalanya..mudah-mudahan xde pe2 yang serius..Semoga opah cepat sembuh..amin..



Minggu ni jugak busy menyiapkan 2 last experiment untuk formulation from APG tapi terpaksa repeat balik sebab semua whiteflies mati..minggu ni sangat2 mencabar.."Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian-MU ini..".

Esok saya akan repeat semula eksperimen untuk F15, then continue with F16 untuk complete part 1 for formulation..hope everything going to be ok..

Doakan saya berjaya dan tabah menghadapi hari2 yang mendatang..Chaiyok Wani!!!

Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
1.SIHAT sebelum SAKIT
2.MUDA sebelum TUA
3.LAPANG sebelum SEMPIT
4.KAYA sebelum MISKIN
5.HIDUP sebelum MATI

Beramal & beribadahlah sementara nikmat sihat masih diberikan..peringatan untuk diri sendiri & sahabat2..InsyaAllah..

Thursday, 8 March 2012

Hujan vs C70..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi-MU Ya Rabb..Hujan membasahi bumi sejak semalam lagi..banyak kawasan sekitar KL banjir..hurm renung2kanlah hikmah disebalik kejadian ini..

Hu3 mesti pelik kan tengok tajuk post harini : "Hujan vs C70"..apakah???
Sebenarnya C70 adalah motor saya..walaupun usianya sudah tua tapi x pernah meragam atau susah nak start walaupun dah lama tinggal..tapi sesuai dengan usianya yang dah tua..ia akan kalah jika hari hujan..hu3, harini awal pagi2 dah bangun sebab nak gi kelas prof..tapi disebabkan hujan saya terpaksa membatalkan hasrat nak gi kelas tu..so tukar plan gi glasshouse untuk siram pokok & collect whiteflies je..masa nak gi glasshouse hujan still rintik2..so redah jela..masa nak keluar kolej nak melintas jalan tiba2 plak C70 ni semput..Alhamdulillah nasib xde kereta masa tu..huh! bahaya betul..on the way nak ke sana Alhamdulillah xdela C70 ni semput..so sampai je glasshouse terus je collect whiteflies & siram pokok..masa tengah siram pokok, cuaca kat luar bertukar gelap then hujan mula turun lebat balik..hurm ingatkan nak terus balik jela tapi baru sekerat jalan C70 dah semput balik..disebabkan pengalaman dulu, so saya pun U-turn balik ke insectary..so dok la kat situ sampai hujan surut ckit..



Hasrat di hati nak siapkan treatment bioassay seterusnya..tapi disebabkan hujan & keadaan C70 yang x berapa nak sihat ni..better la terus balik bilik je..Bila hujan dah surut sikit, saya terus balik ke kolej..sepanjang perjalanan ke kolej terasa sangat lama..ha3..xleh nak merempit macam selalu..bila pulas minyak banyak sikit terus semput C70 ni..On the way balik tu memang berzikir je..mudah2an selamat sampai..ada gak beberapa kali C70 ni semput..bila nak naik bukit je..dia semput balik..hurm cmne la nak gi Agribio..bukan takat semput takut stop terus je..hu3..dah la nun jauh di sana..nak kena naik bukit tinggi plak tu..hurm lupakan je la..sok ada amali kelas prof..silap2 sok kena naik bas la nampaknya..hu3

Apa2 pun, C70 u are the best even though u cannot stand the cold weather..saya tetap bersyukur..walaupun ianya motor lama at least I have my own transport..no need to wait for the bus to go where u want to go..

Hurm tu jela nak tulis pun..my project still running..Pleaz pray for my success..sem ni dah kena present result..hope that everything is going ok..Gambate wani!!!

Thursday, 1 March 2012

Bulgogi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah harini dah masuk bulan Mac. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi-MU Ya Rabb..cepatnya masa berjalan..projek x siap2 lagi..hu3..Semalam baru je update dan tamatkan story masa kat Korea..sebulan kot menulis nak cite pengalaman kat sana padahal dok 8 hari je..he3..

Harini just nak kongsi resepi Bulgogi. Kalau anda nak tau, bulgogi ni maksudnya daging..masa gi korea haritu kami ada makan bulgogi so bila balik Malaysia teringin nak makan bulgogi..so sape2 yang teringin boleh la cuba resepi ni..saya dah pun cuba..Alhamdulillah berjaya cuma disebabkan duduk kat kolej saya hanya menggunakan daging kisar Ramli so x berapa nak sedap..kalau guna daging fresh mesti lagi sedap..resepi ni saya ambik dari blog Maangchi..kat sini anda boleh dapat semua resepi2 dari korea..nanti boleh klik kat "My Favourite Blog" kalau berminat..he3..

BULGOGI

Bahan2:
  • 1kg daging
  • kicap, gula, madu, bawang putih, bawang besar, pear
  • minyak bijan & biji bijan (sesame oil & seeds)
  • cendawan, lobak merah, daun bawang
  • tofu, bawang besar, cili hijau
Cara2:

Sos Perapan daging:
  1. Campurkan 1/2 cawan kicap, 1/4 cawan gula, 12 ulas bawang putih, 1biji bawang besar, sebiji buah pear (buangkan kulit),  1/2 cawan air,& 1 tbs madu. (kalau nak senang guna blender je..he3)
  2. Pastu dah blender semua bahan2 tu, tuangkan dalam mangkuk dan kacau rata. Tambahkan serbuk lada hitam kalau nak sedap lagi.
  3. Daging tadi potong nipis2. Lepas dah siap potong gaul rata dalam bahan perapan tadi..
  4. Kemudian dah gaul rata, masukkan 1 or 2 tbs sesame oil & sedikit toasted sesame. Kemudian gaul rata dan simpan dalam fridge at least 3 jam.
  5. Lepas 3 jam, keluarkan dari peti sejuk. Anda boleh guna daging yang diperap tadi untuk bakar atas arang atau dalam oven atau grill atas kuali cam dalam cite korea selalu kita tengok tu atau boleh buat Bulgogi stew.

Bulgogi stew:

  1. Potong lobak merah, taufu, daun bawang serta sayur2 lain dan susun dalam kuali yang kita guna untuk steamboat tu & kalu xde masak dalam kuali biasa pun boleh. Kat  tengah2 letak daging yang dah diperap tadi..macam dalam gambar kat atas..
  2. Then masukkan beef broth kalau ada..kalau xde gantikan dengan 1tsp serbuk secukup rasa bancuh dalam 1 cawan air dan masukkan dalam bahan2 tadi. Then tambahkan 1 cawan air lagi untuk bagi daging tadi empuk.
  3. Hidupkan api & dan tutup kuali tadi. Tunggu sampai mendidih dan daging dah empuk.
  4. Bila dah mendidih & daging pun dah empuk bolehla dimakan dengan nasi..cubalah!!

So yang ni hasil yang saya buat..okla sesuai dengan status dok kat kolej..he3..tapi yang saya buat ni beza ckit sebab saya ada letakkan soon macam yang kami makan dekat Korea. Mengimbau memori di Korea masa makan hidangan ni..hu3..




Selamat Mencuba!!