Thursday, 1 March 2012

Bulgogi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah harini dah masuk bulan Mac. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi-MU Ya Rabb..cepatnya masa berjalan..projek x siap2 lagi..hu3..Semalam baru je update dan tamatkan story masa kat Korea..sebulan kot menulis nak cite pengalaman kat sana padahal dok 8 hari je..he3..

Harini just nak kongsi resepi Bulgogi. Kalau anda nak tau, bulgogi ni maksudnya daging..masa gi korea haritu kami ada makan bulgogi so bila balik Malaysia teringin nak makan bulgogi..so sape2 yang teringin boleh la cuba resepi ni..saya dah pun cuba..Alhamdulillah berjaya cuma disebabkan duduk kat kolej saya hanya menggunakan daging kisar Ramli so x berapa nak sedap..kalau guna daging fresh mesti lagi sedap..resepi ni saya ambik dari blog Maangchi..kat sini anda boleh dapat semua resepi2 dari korea..nanti boleh klik kat "My Favourite Blog" kalau berminat..he3..

BULGOGI

Bahan2:
  • 1kg daging
  • kicap, gula, madu, bawang putih, bawang besar, pear
  • minyak bijan & biji bijan (sesame oil & seeds)
  • cendawan, lobak merah, daun bawang
  • tofu, bawang besar, cili hijau
Cara2:

Sos Perapan daging:
  1. Campurkan 1/2 cawan kicap, 1/4 cawan gula, 12 ulas bawang putih, 1biji bawang besar, sebiji buah pear (buangkan kulit),  1/2 cawan air,& 1 tbs madu. (kalau nak senang guna blender je..he3)
  2. Pastu dah blender semua bahan2 tu, tuangkan dalam mangkuk dan kacau rata. Tambahkan serbuk lada hitam kalau nak sedap lagi.
  3. Daging tadi potong nipis2. Lepas dah siap potong gaul rata dalam bahan perapan tadi..
  4. Kemudian dah gaul rata, masukkan 1 or 2 tbs sesame oil & sedikit toasted sesame. Kemudian gaul rata dan simpan dalam fridge at least 3 jam.
  5. Lepas 3 jam, keluarkan dari peti sejuk. Anda boleh guna daging yang diperap tadi untuk bakar atas arang atau dalam oven atau grill atas kuali cam dalam cite korea selalu kita tengok tu atau boleh buat Bulgogi stew.

Bulgogi stew:

  1. Potong lobak merah, taufu, daun bawang serta sayur2 lain dan susun dalam kuali yang kita guna untuk steamboat tu & kalu xde masak dalam kuali biasa pun boleh. Kat  tengah2 letak daging yang dah diperap tadi..macam dalam gambar kat atas..
  2. Then masukkan beef broth kalau ada..kalau xde gantikan dengan 1tsp serbuk secukup rasa bancuh dalam 1 cawan air dan masukkan dalam bahan2 tadi. Then tambahkan 1 cawan air lagi untuk bagi daging tadi empuk.
  3. Hidupkan api & dan tutup kuali tadi. Tunggu sampai mendidih dan daging dah empuk.
  4. Bila dah mendidih & daging pun dah empuk bolehla dimakan dengan nasi..cubalah!!

So yang ni hasil yang saya buat..okla sesuai dengan status dok kat kolej..he3..tapi yang saya buat ni beza ckit sebab saya ada letakkan soon macam yang kami makan dekat Korea. Mengimbau memori di Korea masa makan hidangan ni..hu3..




Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment