Sunday, 18 March 2012

Sakit itu Ujian Allah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada-NYA kerana masih memberi peluang untuk saya bernafas di atas muka bumi-MU Ya Allah..Alhamdulillah juga kerana diberi nikmat iman & islam..

Agak lama saya tidak update blog. Ini kerana opah (panggilan untuk nenek) saya dimasukkan ke hospital disebabkan serangan jantung..kini sudah hampir seminggu opah di hospital. Pada hari isnin lepas, saya mendapat panggilan telefon dari makcik mengatakan bahawa opah dimasukkan ke wad kecemasan kerana diserang strok..malam tu jugak my parents & I went to PPUM..sampai2 je kat hospital semua dah ada..saya sempat melawat opah malam tu..keadaanya sangat lemah sehingga saya menitiskan air mata..hanya doa yang dapat saya panjatkan untuk opah..Alhamdulillah hari ini genap seminggu opah kat hospital, banyak perubahan berlaku..tiub air dan tiub air kencing dah ditanggalkan serta selera opah dah semakin baik..cuma disebabkan sudah lama x berjalan..otot2 kaki dah lemah..so InsyaAllah esok pihak hospital akan membuat fisioterapi kat opah..esok jugak opah akan menjalani brain city scan untuk melihat darah beku di kepalanya..mudah-mudahan xde pe2 yang serius..Semoga opah cepat sembuh..amin..



Minggu ni jugak busy menyiapkan 2 last experiment untuk formulation from APG tapi terpaksa repeat balik sebab semua whiteflies mati..minggu ni sangat2 mencabar.."Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian-MU ini..".

Esok saya akan repeat semula eksperimen untuk F15, then continue with F16 untuk complete part 1 for formulation..hope everything going to be ok..

Doakan saya berjaya dan tabah menghadapi hari2 yang mendatang..Chaiyok Wani!!!

Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
1.SIHAT sebelum SAKIT
2.MUDA sebelum TUA
3.LAPANG sebelum SEMPIT
4.KAYA sebelum MISKIN
5.HIDUP sebelum MATI

Beramal & beribadahlah sementara nikmat sihat masih diberikan..peringatan untuk diri sendiri & sahabat2..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment