Tuesday, 29 May 2012

Bulan Rejab..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah harini diberi sedikit kesempatan masa untuk update blog..MashaAllah..dah lama tak update..kekangan masa & kesibukan untuk persiapan "final seminar"..Alhamdulillah bulan Mei dah nak sampai ke penghujungnya..manakala bulan Rejab baru menjengah..ini menandakan bahawa bulan Ramadhan kian hampir..apakah persiapan yang kita telah lakukan untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini..sama2 kita muhasabah diri...

So kat sini nak share doa yang kita digalakkan untuk mengamalkannya apabila masuknya bulan Rejab..




























Pada malam 1 Rejab, Imam Syafie rahimahullah berkata, "ada 5 malam dalam setahun Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar..Jadi perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab..Semoga doa-doa kita dimakbulkan & dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah SWT..

Pada bulan Rejab ini juga, saya menerima berita pemergian ibu sahabat karib saya semasa belajar di Matrikulasi Perak..moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama para solehin..amin..dan semoga Allah memberi kekuatan kepada sahabat saya untuk menghadapi setiap ujian Allah dengan redha..

InsyaAllah minggu depan bersamaan 5 Jun 2012, saya akan membentangkan seminar akhir. Semoga semuanya dipermudahkan..Sememangnya terasa gementar dalam hati, InsyaAllah mudah-mudahan gementar itu hilang tika nama dipanggil untuk membentangkan seminar akhir nanti..Sahabat2 tolong doakan saya ye..

InsyaAllah juga pada 1 Jun 2012, maksu, opah, ayahngah, k.Ati dan lain2 akan tiba di Malaysia setelah 2 minggu mengerjakan umrah..moga mereka semua mendapat umrah yang mabrur..Moga2 diri ini diberi kesempatan untuk dijemput kesana..amin

Okla entah bila lagi diberi kesempatan masa untuk mengupdate blog..moga kita sama2 memperbaiki diri dan menjadi hamba yang patuh pada perintah-NYA..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan sahabat2 sekalian..amin..

Wassalam..














No comments:

Post a Comment