Wednesday, 6 June 2012

Penantian Satu Penyeksaan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-NYA masih lagi jasad ini bernafas di bumi-MU ini..

Alhamdulillah setelah dua hari seminar; semalam dan harini..akhirnya penantian selama 2 tahun akhirnya tamat..selangkah lagi ke hadapan..semakin mendekati ke penghujungnya..semoga dipermudahkan untuk mengarang tesis dan proses VIVA nanti..Alhamdulillah seminar akhir yang berlangsung pada 5 & 6 Jun 2012..telah pun berakhir..dan saya merupakan antara salah seorang 'presenter' pada sesi-1..Alamdulillah semuanya berjalan lancar..setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah yang mempermudahkan segala urusan hamba-NYA. Terima kasih kepada keluarga dan sahabat2 yang mendoakan saya..terutama kepada maksu, opah and ayahngah yang mendoakan saya di tanah suci Makkah & Madinah..berkat doa kalian Alhamdulillah semuanya dipermudahkan..dan setinggi2 penghargaan kepada keluarga tercinta..sokongan dan bantuan kalian sangat2 dihargai..tanpa anda semua semuanya tidak sesempurna ini..Alhamdulillah Ya Allah kerana mengurniakan insan2 ini disampingku..Sesungguhnya hanya Engkau yang dapat membalas jasa mereka..

Wah2!! rasa sebak pulak..he3..so ini bukan penamat tetapi permulaan kepada satu perjalanan mengejar segulung ijazah..bahagian yang paling sukar dalam belajar..iaitu menyiapkan tesis..sebelum tu kena siapkan paper sebagai prasyarat untuk graduasi..semoga semuanya dipermudahkan..masih ada sisa2 baki eksperimen yang masih belum siap..mengharapkan semuanya siap sebelum bulan Julai..

Okla..tak larat nak tulis panjang2..dah beberapa minggu tak dapat rehat yang secukupnya..fizikal dan mental berada pada tahap kritikal dan tak memuaskan..kene regenerate energy dan semangat balik..Doakan kejayaan saya...Semoga Allah mempermudahkan segala urusan sahabat2..

Sebelum tu nak ucapkan tahniah & Selamat Bertunang kepada 2 orang sahabat saya..Ahya dan Syu.. yang telah selangkah ke gerbang perkahwinan..Semoga cepat2 naik pelamin..

Ni nak kongsi sikit- 8 amalan  penambahan rezeki..(sumber:Ustaz Don)..nak tambah satu lagi..murahkan senyuman..sebab senyum itu sedekah..


No comments:

Post a Comment