Saturday, 9 June 2012

Singapore Trip (Part 1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran kepada Allah yang mengurniakan nikmat iman & islam..

Harini nak share pengalaman masa pergi trip ke Singapore..walaupun dah berkurun tapi at least boleh share experience dengan sahabat2 semua..So saya akan bahagi kepada 2 part. Here how the story goes...

Singapore (Part 1)

Destinasi:
-UKM (Panggung Seni)-depart
-Singapore Imigresen
-The Merlion Park
-Arab Street

Idea untuk pergi ke Singapore ni adalah sesuatu yang tidak dirancang. Selama ni tak pernah terfikir pun nak gi Singapore. Satu hari adik saya balik umah dan dia bagitau pihak UKM ada anjurkan trip ke Singapore selama 1 hari. Harga pada masa tu agak berpatutan hanya  RM199 je..so apa lagi just grab the opportunities. Trip ke Singapore dijadualkan pada 23 Julai 2011..so kami ada lebih kurang sebulan dari tarikh kami daftar. Disebabkan xde pengalaman travel ke negara orang sebelum ni so kami cadang nak ajak maksu sekali untuk gi sama..lepas bincang2 maksu pun setuju..so next step adalah..buat PASPORT!!..

Seminggu sebelum tarikh bertolak kami berdua gi buat pasport..nasib tak jauh dari rumah..kat stesen bas Kajang je..so tak risau sangat la..kami gi buat pagi, sejam lepas tu dah boleh ambik dah..teruja kot 1st time buat pasport..hu3..

Kami akan bertolak malam 22 Julai 2011 dan tiba di Singapore pada pagi 23 Julai 2011. Malam bertolak tu kami disuruh berkumpul di parking Panggung Seni UKM. Dalam jam 1 pagi bas bergerak..Perjalanan kami dimulakan dengan doa naik kenderaan..semoga semuanya selamat sampai ke destinasi..So dalam bas memang membuta jela..al-maklumla dah kul 1 pg kot..yang pergi trip dengan kami kebanyakan foreigner dari Iran dan belah2 timur tengah..so dorg ni tak reti nak tido awal..pastu buat bising..sakit ati gak la sebab nak tido xleh..sabar jela..Perjalanan ke Johor mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah..Kami tiba lebih kurang jam 5am di R&R Second Link untuk solat subuh dan breakfast. Lebih kurang jam 7am kami teruskan perjalanan ke Imigresen Malaysia. Kami sampai lebih kurang jam 7.30am. Selepas pemeriksaan dilakukan kami teruskan ke Singapore Imigresen pula. Kat Imigresen Singapore masa yang agak lama dihabiskan di situ disebabkan ada foreigner yang join untuk trip ini..So agak buang masa juga la..Lebih kurang jam 9am semuanya selesai..

Kami teruskan ke destinasi pertama kami iaitu Merlion Park..masa mula-mula masuk Singapore pemandangan cam biasa je..bila masuk bandar dia baru la rasa teruja..Walaupun negara dorg kecik tapi pembangunan yang sangat pesat..satu lagi bersih..sebab dorg ada undang2 ketat bab2 buang sampah ni..so memang bersih la..bila la Malaysia nak bersih gak..hurm??? Disebabkan ini 1st time masuk Singapore, so kami tau nilai duit dorg tinggi iaitu 1SGD lebih kurang RM2.50, so memang dah bawak bekal punya la banyak..tapi rupanya xla semahal yang disangka..still afford to pay for the food..so no need to bring your own food..buat berat beg je tau..ha3.

Our trip members
Singapore Eye

Mula-mula kami dibawa bersiar-siar. Sampai je kat Merlion Park tu pelancong2 luar memang dah ramai..so kitorg diberi masa selama 2 jam dan diminta untuk berkumpul di seberang jalan untuk ke destinasi seterusnya.. So apa lagi memang ambik gambar puas2..ni antara gambar yang diambil di sekitar Merlion Park..







 Merlion statue
 Esplanade..
 Dok berehat jap..
3 of us infront of river

Pastu shopping cari souvenir untuk family dan kawan2..agak mahal la..3 keychain=10SGD ..ingatkan dah murah la rupa-rupanya...=_=..hu3..faham2 jela..selain tu kami beli magnet fridge harga setiap satu 5SGD dan ada gak yang 10SGD..membazir betul duit..then kami terus bergerak ke tempat menunggu..sebab rasa dahaga maksu beli air tin=1SGD.





 Menara jam..cam kat Kuala Kangsar je..he3

Mula-mula semua sesat tak jumpa bas..rupa-rupanya bas tak sampai lagi..sigh~~ penat je ke hulu ke hilir cari bas..Pas semua dah naik bas kami bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Arab Street (Little India)..Kat sana nanti kami akan lunch and solat jama' taqdim Zohor dan Asar..Perut dah berkeroncong..lapar kot..so sampai2 je Arab Street kami cari makanan dulu..Alhamdulillah jumpa kedai makan melayu yang harga makana sangat berpatutan..disebabkan takut harga mahal saya just ambil lauk sayur, tauhu masak sambal dan kuah masak lemak manakala adik saya ambik sayur terung. Bila bayar harganya hanya 1.50 SGD manakala adik saya 1.30 SGD..kalau tau murah nak je kami tambah lauk tadi, maksu lain cite plak..maksu punya lauk sedap2 kot- udang sambal, ikan goreng dan sayur bayam..dan maksu belanja kami minum air limau ais..rasanya kedai ni famous limau ais sebab tengok gelas2 limau ais telah tersusun. Most kat situ memang order limau ais..tak dinafikan sebab memang sedap!!

 Mengiurkan maksu punya makanan..sedap..

Pas makan kami shopping kejap sementara tunggu masuk waktu..barang kat sini sangat murah ok! Rugi beli kat Merlion Park tadi..keychain 1 papan ada dalam 5KC baru 3SGD & paling murah 1.5SGD..beg jinjit baru 2SGD/unit..rambang mata tengok..tengah leka shopping tengok-tengok jam dah kul 1.30pm..kul 3pm dah kena kumpul..baru teringat azan tak dibenarkan dilaungkan di sini..sedih kan..once orang bukan islam dah pegang takuk pemerintahan, laungan azan x dibenarkan sebab dorg kata menganggu..Astaghfirullah..mudah-mudahan Malaysia dijauhkan daripada perkara ini..So kami terus solat kat masjid berdekatan namanya Masjid Sultan @ Sultan Mosque.. Subhanallah sangat cantik dan unik rekaan dalam masjid ni..

 Arab Street
 Banyaknya souvenir..murah plak tu..

 Behind is Sultan Mosque..
 Inside Sultan Mosque..
 Tempat solat perempuan tambahan untuk makcik2 yang x larat naik tangga..
 Tempat solat lelaki..

Pas selesai solat kami terus ke tempat dimana kami diturunkan tadi..kami diminta berkumpul di tempat yang sama..wah banyaknya shopping..especially maksu..ha3..pastu naik2 bas tengok ramai lagi tak naik..so kena la tunggu..agak lama jugak la lebih kurang kul 3.30pm baru kami gerak ke destinasi seterusnya iaitu Sentosa Island..ish3..dorg ni sangat la x panctual..i dont like..

Kla sambung destinasi seterusnya iatu Sentosa Island kat Singapore Part 2 plak..nanti panjang sangat plak..harap dapat membantu sedikit sebanyak kepada sapa2 yang nak bercuti ke Singapore..

No comments:

Post a Comment