Tuesday, 18 September 2012

RaYa OH RayA!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah harini ada sedikit kesempatan masa nak update blog..=)..harini dah masuk bulan Zulkaedah..Syawal dah pun berlalu..cepat sangat kan masa ni berjalan..ingat tak haritu saya dah janji nak cite satu kisah lucu di hari raya..tak sempat nak update..tup2..dah masuk bulan Zulkaedah dah..tapi xpe nak cite jugak..he3 =P..

Begini al-kisahnya..Masa raya ke-3 sepatutnya kami sekeluarga akan balik ke kampung di Kuala Kangsar, Perak..tapi disebabkan pokok2 saya di glasshouse yang dah tak siram selama 3 hari, saya ambik keputusan tak jadi ikut mak & abah balik kampung. So mak, abah & along je yang balik kampung..So pagi raya ke-3 tu berkobar2 nak gi siram pokok..tapi..sampai2 je pintu pagar utama kunci..ADOI!! biar betul diorg ni..ingat semua glasshouse ada auto-sprinkler ke..demi pokok2 kesayangan-ku akan kucari jalan camne nak masuk jugak..akhirnya saya ambik keputusan untuk panjat pagar..untuk pengetahuan anda semua..pagar utama tu bukan cam pagar umah kita..tinggi kot..dah la xde palang pemijak..tiba2 dapat idea!! ambik plastik bag yang diisi daun kering yang ada kat tepi jalan & angkat kat tepi pagar..konon2 jadi tangga la..HADOI!!kalau orang nampak memang dah macam pencuri dah rupanya..he3..akhirnya setelah bertungkus lumus panjat akhirnya berjaya panjat masuk ke dalam..bila dah ada kat dalam baru terfikir camne nak keluar?? rupa2nya kat dalam lagi tinggi dari luar..xpe2!!rileks2..gi siram pokok dulu..seram kot masuk sorang2..dah la xde orang..hanya bunyi air dari auto-sprinkler je...hu3.. 

So pas siram pokok, otw nak jalan ke pintu pagar ternampak la satu kerusi kat sebelah office..so pe lagi rembat je pe yang ada..so angkut la kerusi kat tepi pagar..mula2 nak keluar ikut jalan masuk tadi tapi disebabkan keadaan tanah yang tak rata & tak selamat so terpaksa tukar plan B..hadoi dah lama tak main panjat2 pagar ni sejak waktu kecik2 dulu je..hu3..so masa nak panjat keluar ikut pintu pagar kecik, tiba2 ada sorang uncle India ni lalu..ingatkan dia ada kunci rupa2nya xde pun..huh kecewa =(..so lepas uncle tu dah pergi saya pun pe lagi cuba la panjat pagar tu..cubaan pertama gagal..dalam hati memang tawakal pada Allah je..kalau jatuh memang patah pinggang..akhirnya berjaya jugak panjat keluar dengan bantuan kakak & adik saya..pas selamat mendarat atas tanah..lega sangat..pastu kami tiga beradik gelak2 je..ha3..dah la pastu nak keluar gi Jusco..dengan badan berpeluh2..hurm redah jela..he3..

Hurm begitula gigihnya seorang pelajar master nak dapat segulung ijazah..ingat senang ke..terpaksa menempuh onak & duri..ha3..bermadah plak..kla tak larat dah..sebenarnya harini badan tak berapa nak sihat..DEMAM..hu3 dah lama tak demam..xpe2 kifarah dosa2..hu3..semua pakat demam pas habis majlis tunang along..demam urat la katakan..k for next post nanti nak share pengalaman & gambar2 sekitar majlis pertunangan along..bukan pertunangan saya..he3..nantikan ye..

Ni nak share sikit gambar2 masa raya haritu..

Raya Pertama: KPJ Shah Alam..
Jamuan Raya KPJ Selangor
Main menu: bihun sup, rendang, nasi impit, ketupat, lemang, kuih muih..
 Wirdas beraya di hospital..tak sempat pakai baju raya..
jamuan raya kat kafe KPJ 


 mak ambik air



Jamuan Raya Lab Toksikologi, JPT..
Main menu: bihun sup, muffin, puding roti, kek coklat, kuih  raya!!

 Kami student lab Toksikologi+ Kak Erni
 semua x pandang kiri kanan dah..he3
 Lecturer & staff JPT

 saya bersama en.Jas & en, Zaki..

Jamuan Raya Taman Universiti
Main menu: sate, mee/bihun soto + makanan yang dibawa oleh setiap rumah..sedap sangat!!




sedap sate, plng best roti jala =)

Setakat ni saja nak kongsi ngan anda semua..tak lama lagi nak sambut raya haji pulak..Selamat menunaikan ibadah haji kepada semua umat islam..semoga mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan balik..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment