Thursday, 25 October 2012

Salam Eid ul-Adha..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi-MU Ya Allah..Harini sudah masuk 10 Zulhijjah 1433H bersamaan dengan Hari Raya Eidul Adha..Dengan ini saya ingin mengambil kesemptan untuk mengucapkan Salam Eidul Adha kepada semua muslimin & muslimat tidak kira dimana saja di setiap pelosok dunia..sama2 kita mengagungkan kebesaran-NYA..Allahuakbar..Allahuakbar..Doa juga saya panjatkan kepada semua muslimin & muslimat yang menunaikan ibadah Haji pada tahun ini..semoga mendapat Haji yang mabrur dan penuh barakah..amin..

Di malam raya ini, banyakkan berzikir dan bertakbir mengagungkan kebesaran-NYA.Selamat melakukan ibadah korban & semoga ibadah korban kita diterima..nak kongsikan sedikit ilmu yang dipetik dari rancangan motivasi pagi di radio pagi tadi.."ibadah korban kita tidak diukur berdasarkan berapa wang yang kita keluarkan untuk melakukan ibadah korban tetapi diukur sejauh mana keikhlasan & kesungguhan kita untuk melakukan ibadah korban..tak semestinya orang yang berkorban satu ekor lembu lebih baik daripada orang yang berkorban satu bahagian..semuanya bergantung pada niat kita..jom sama2 kita betulkan niat kita semuanya semata-mata untuk mendapat keredhaan-NYA..insyaAllah.

Okla, salam Eidul Adha..jom sama2 bertakbir mengagungkan kebesaran-NYA..

الله أكبَرُ الله أكبَرُ الله أكبَرُ، لا إله إلا الله الله أكبَرُ الله أكبَرُ الله أكبَرُ، ولله الحمد



Tuesday, 2 October 2012

Dubu-Dubu Seoul Food =)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang mengurniakan nikmat iman & islam serta nyawa yang Engkau pinjamkan untuk sementara waktu ini..

Apa khabar sahabat-sahabat semua..moga kalian dilimpahkan rahmah dan sentiasa dibawah lindungan-NYA..amin..

Okla..harini nak share sikit dengan anda pengalaman saya menjamu selera di sebuah restoran korea yang terletak di Underground floor di Midvalley..hu3..masa mula-mula terbaca pasal restoran ni teringat kenangan masa kat Korea..so pe lagi..terus call maksu & kitaorg ambil peluang ni nak celebrate birthday maksu..So pada hari Sabtu kami pun bertolak dari umah..pada awalnya ingat nak naik komuter je tapi disebabkan fikir mesti ramai orang kitaorg pun tukar plan bawak kete..Alhamdulillah masa perjalanan ke sana jalan tak busy sangat cuma banyak kete je la..Dalam kul 11am kitaorg sampai & kami parking kete kat Megamall sebab taknak sesak sangat bila nak keluar nanti..

So before kitaorg plan nak gi makan, malam tu dah survey2 dah menu dia..tapi banyak jugak tengok komen2 yang negatif..disebabkan terlalu rindu nak makan makanan korea ni kitorg just endahkan je..So sampai je kat MidV..saya call maksu..kebetulan maksu pun dah sampai..Maksu bertolak dari Shah Alam & kami bertolak dari Bangi..Alhamdulillah kami sampai serentak..so xde tunggu lama sangat..

Sampai je MidV kami terus gerak cari kedai tu..Alhamdulillah tak susah nak cari sebab dekat dengan MPH..
Masa kami sampai orang tak ramai lagi makan kat situ..so kami pilih meja dekat dengan TV..he3..masa tu dorg tengah tayang konsert SUJU (Super Junior..hu3..kalau orang minat Kpop tau la..). So kami pun order..
Ni antara menu2 yang ada:

Bulgogi: set RM20.90
Cheese Toppokki:  RM14.90(ala carte), set (rm15.90)
 Citron Dubu : not sure for this price
 Dol Sot Bibimbap: set-RM16.90 (chicken), RM17.90 (beef). ala carte-RM15.90 (chicken), RM16.90 (beef). 

Dubu-Dubu Bingsu: RM 7.90
Grilled Fish Ball: RM7.90, Kimchi: RM5, Pa-Jeon: RM 10.90(ala carte), RM11.50(set)
Soondubu Jigae:  RM 16.90(set); choice: seafood, chicken @ meat
BBQ Galbi:  RM28.90 (ala carte), RM30.90(set)
citron tea & peach tea: RM4.90

Kami just order Soondubu Jigae- chicken (set), Pa-Jeon, Bulgogi, Cheese Toppokki, Citron Tea & Peach Tea..so total proce untuk semua hidangan kami ialah RM 84.90..hurm okla..standard la makan kat restoran camni..cuma ada beberapa komen saya pada makanan kat sini:

1. Citron and Peach tea dia ok cuma citron tea tu agak pahit.
2. Soondubu jigae memang best tapi bagi yang x suka pedas maybe ada masalah ckit la sebab tersangat la pedas, tapi saya suka pedas so memang terbaikla.
3. Pa-Jeon-hurm okla..xleh lawan masa makan kat Korea..berkali2 best lagi..
4. Bulgogi- hurm..very dissappointed..harga mahal sangat sebab kuantiti sangat ckit..kalau nak compare makan kat korea sangatlah jauh beza..bagai langit & bumi..i think they should improve this menu..yang ada semata-mata daging & bawang tu pun bahagian yang ada lemak..as we know, korea is very famous with their korean beef..kalau mahal sangat pun boleh beli daging "harimau menangis" yang available kat Malaysia pun dah ok..
5. Cheese Toppokki-sedap tapi kuantiti yang sangatlah sedikit..tak berbaloi dengan harga..patutla saya ada baca kat komen2 orang, dorg kata harga macam rm3 je.(.ntahla that's their opinion, but actually I agreed with them..)
6. Dubu-dubu Binsu: rasa cam ais kacang tapi yang sletnya adalah ada nestum dalam tu..punah rasanya..dan aisnya keras macam aih ketui..orang kedah cakap

So kat sini just nak bagitau rasanya ni kali pertama & terakhir la saya makan kat sini..sayang sebab owner dia tak jaga quality..ish3..ini just komen saya sebagai seorang customer..mungkin bagi anda ok..bergantung pada diri masing2.




 SUJU tengah beraksi kat TV


So pas habis makan, kami bergambar depan restoran tu:


Pastu masa nak keluar dari MidV..baru perasaan rupanya ada pameran or boleh gak nak katakan pertandingan menghias karakter "Mickey Mouse"..so ambik satu gambar kenangan dengan The Winner Mickey Mouse:

comei tak??..he3..

Before balik teringat ada sorang member yang gi Korea sekali dia ada jumpa Banana Milk yang famous kat Korea..tapi puas cari kat Jusco tapi x jumpa..so masa on the way nak gi kat parking kete jumpa Cold Storage kat Megamall..so try la masuk kot2 jumpa..tup2..jumpa kot..Alhamdulillah..ni la susunya..tapi dalam kotak..x kisahla asalkan Banana Milk..harga pun sedap (RM 12.90-6 kotak)..



If you have chance to try this milk, try it..memang sedap..okla, thanks for reading my 'leteran' about Korean Food..pasni kalau ada peluang nak try makan kat Seoul Garden plak..ramai yang recommend untuk makan kat sini..nak kena tunggu gaji bulan depan masuk dulu..he3..