Thursday, 1 November 2012

SeOuL GaRdEN @ IOI MaLL..=)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah harini diberi sedikit kesempatan untuk meng'update' blog..hu3..busy sangat minggu ni dok analisis data..setiap hari bangun jer tido pas mandi dok depan laptop kira nymph whiteflies..nak muntah dah rasa..hu3..=(. Harap-harap dapat siapkan harini, sok dah leh gi jumpa Prof. Malu nak jumpa Prof kalau takde result nak tunjuk..

Okla, leteran tadi bukan tajuk utama kita harini..he3..just nak share satu lagi experience makan kat Korean Food Restaurant...iaitu Seoul Garden di IOI Mall..Hurm sebenarnya dah lama dengar pasal tempat ni tapi terpaksa tangguhkan buat sementara waktu disebabkan masalah kewangan..hahaha..

So last week, after gaji dah masuk, pe lagi terus ajak my two sisters gi makan kat sini..sambil-sambil tu boleh singgah kedai DAISO..pernah dengar tak pasal kedai ni..kalau yang taktau meh nak habaq mai..he3..kedai ni kalau tak silap la jual barang-barang dari company Jepun. Semua harga barang kat sini harga dia RM5 je. Boleh kata semua jenis barang keperluan rumah ada kat sini termasuklah winter socks & gloves (hu3..kalau tau dulu, beli kat sini je masa nak gi Korea dulu..=(, jimat duit ). Kalau nak cari barang-barang made from Japan boleh cari kat sini tapi ada jugak made in China tapi under Daiso, Japan company.

Okla, setelah puas pusing satu kedai DAISO, perut pun dah lapar. So kami terjah Seoul Garden. Disebabkan kami datang weekends, so harga mahal la takde la dapat harga student. Kat bawah ni boleh la sapa-sapa nak rujuk harga:

(source: http://www.seoulgarden.com.my/pricing02.php)

Makan kat sini kita kena bayar dulu baru boleh makan. Then after dah bayar, kita akan pilih sup apa..kami pilih 'Super Tom Yam' sebab nak pedas punya pasal..memang pedaslah..ha3..tapi ada lebih kurang 5 jenis sup..tapi tak ingat la pe dia sebab masa tu perut dah lapar.=P..

So after dah ambil tempat maka bermulalah sesi pilih memilih makanan..untuk pengetahuan anda, kalau makan kat sini takleh membazir sebabnya kalau ada makanan lebih yang tak dimakan kita akan kena denda bayar makanan yang tak habis..bagus sebenarnya tactic ni sebab most yang makan kat situ takde pun yang membazir..good job =)..

Ni beberapa gambar yang sempat diambil masa makan kat sini:

Side dishes @ bachan and a lot of dip sauce choices..

 Yummy!!

Korean style..grilled and steamboat kat tengah.. 

 Alhamdulillah dah kenyang..licin kan..xde membazir pun.=)

 Ada 6 jenis aiskrim..tapi seketul ni je tinggal..lupa nak snap awal2..he3

Dekat buffet set ada pilihan pelbagai jenis perapan ayam, daging dan ada juga seafood yang lain termasuklah ikan, udang, scalob, kepah dll..so disebabkan saya alergik kat seafood ni so takde la ambik..Yang special kat sini adalah "coffee chicken & meat" memang cepat je habis..tapi bagi saya yang tak biasa minum kopi, pas makan pening sikit la..he3..pe pun memang terbaiklah..sangat berpuas hati makanan kat sini..

Untuk air pula, mostly air coffee like mocha, capuchino, lemon tea and air gas..'sky-juice tak jumpa plak..tapi lain kali datang nak bawak sendiri jela 'sky-juice'..he3..Okla rasanya tu je nak tulis harini..

Hope sape-sape yang ada duit lebih sikit boleh la bawak satu family makan kat sini lagi best..InsyaAllah ada rezeki next month nak bawak mak & abah datang makan kat sini..

Okla, doakan yang terbaik untuk saya..dan saya juga doakan yang terbaik untuk anda semua..semoga Allah permudahkan segala urusan kita..amin..


No comments:

Post a Comment