Sunday, 27 January 2013

26th Years Of LiviNG..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana masih meminjamkan nyawa ini dan memberi kesempatan kepada diri ini untuk menghirup udara serta menikmati keindahan ciptaan-MU Ya Rabb..semoga umur yang Engkau pinjamkan ini dapat ku manfaatkan dengan sebaik2nya..

Alhamdulillah..2 hari lepas adalah ulangtahun kelahiran saya iaitu pada 25th Januari 2013..maka bertambahlah umur serta makin dekatlah diri ini dengan kematian..Masya-Allah jika difkir-fikirkan berapa banyak bekalan dah disediakan untuk bekalan ke negeri-akhirat..masih sedikit T_T..


Semoga dengan peningkatan umur ini, dapat saya baiki segala kekurangan yang ada. Berubah menjadi lebih baik dan sentiasa melakukan sesuatu dengan terbaik..Terima kasih kepada sahabat2 yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kepada saya..Juga kepada keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan yang penuh dengan liku-liku kehidupan..Semoga saya menjadi hamba yang taat pada-MU Ya Allah..dan semoga diri ini sentiasa berada di landasan-MU walaupun kadangkala sering tergelincir..a'amin..

Sanah helwah saya ucapkan kepada sahabat2 yang menyambut ulangtahun kelahiran..semoga Allah murahkan rezeki serta mepermudahkan segala urusan sahabat2..saya tujukan lagu di bawah kepada sahabat2 yang menyambut ulangtahun kelahiran..







Thursday, 24 January 2013

CiNTa RASULULLAH S.A.W. Di HaTi INi..SaLaM MauLiduRRaSUL..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah diri ini masih bernafas diatas bumi-MU Ya Rabb..moga diri ini sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur..Insya-Allah..Apa khabar sahabat2 semua..semoga kalian sentiasa berada di dalam lindungan & rahmat-NYA..mudah-mudahan..Alhamdulillah harini berkesempatan mengikuti ceramah yang disampaikan oleh tetamu jemputan, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Alhamdulillah first time dapat jumpa live. Before this, I've read all his book..really inspired me!!

So, tajuk yang dibincangkan adalah seperti tajuk thread di atas "Cinta Rasulullah S.A.W Di Hati Ini..
Sedar atau tidak, sekarang kita berada di bulan Rabi'ul awwal..iaitu bulan kelahiran & kewafatan Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W..12 Rabi'ul awwal. Dengan ini saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul..semoga kita banyak berselawat kepada junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. dan menghayati sirah-sirah yang penuh dengan pengorbanan baginda dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh pelosok dunia seperti yang kita dapat lihat pada hari..

Jom sama2 hayati lagu dari Hafiz Hamidun..Kasih Padamu (Ya Rasulullah S.A.W)..





Friday, 11 January 2013

FARID SANAULLAH..DON'T FORGET ALLAH.. =)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Just nak share lagu ni..semalam nak upload tenet slow..Alhamdulillah harini dapat upload..jom sama2 hayati mesej yang disampaikan dalam lagu ni.. =)



Thursday, 10 January 2013

DoN't FoRgET ALLAH...


Dengan Nama Allah Yang MAha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan adik-adik..Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih meminjamkan nyawa dan seluruh isi bumi kepada kita yang bergelar HAMBA..Setinggi-tinggi kesyukuran juga kepada Allah kerana masih mengurniakan nikmat iman, Islam dan kesihatan kepada kita..Apa khabar sahabat-sahabat semua?..

Alhamdulillah tup..tup..dah 10 hari dah masa berlalu untuk bulan pertama di tahun baru ini..Hurm tak lama lagi umur diri akan semakin meningkat dan ini bermakna diri ini makin dekat dengan kematian.. Allahuakbar.. betapa banyak amalan yang sudah dikumpul untuk bekalan ke negeri akhirat..masih sedikit dan perlu ditambah lagi.. kena selalu muhasabah diri..kadang2 langkah ini terpesong terkeluar dari landasan kemudian kembali ke landasannya semula dan begitulah seterusnya..Iman ini sentiasa ada naik dan turunnya..semoga diri ini istiqamah dalam melakukan perkara kebaikan..


Alhamdulillah, syukur sangat sebab sekarang dah settle 2 phase untuk master, walaupun untuk tapisan pertama..Firstly, dah hantar thesis kat prof, dan harap2 prof akan betulkan secepat mungkin so boleh submit kat GSO before 13 Februari 2013..tak lama dah..risau jugak..tapi semoga Allah mempermudahkan..aamin.. Secondly, dah submit patent form..Walaupun mengambil 2-3 hari untuk nak settlekan borang tu, Alhamdulillah harini dah submit.. dan lepas ni nak kena prepare slide presentation..Cuma tinggal last target untuk submit paper..ape-ape pun kena tunggu patent lepas dulu..moga masa selama 1 sem ni sempat nak settlekan semua termasuk...VIVA..huk3.. doakan saya ye..Insya-Allah moga dipermudahkan untuk graduate tahun ni..

Hurm..tajuk post harini..Don't Forget Allah..Ye..kadang2 kita sering melupakn Allah terutama di saat senang dan kaya..sikit sekali orang yang bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan-NYA..termasuk la diri ini..bila dah susah baru nak cari Allah dan masa tula nak menangis..hurm..moga diri ini tidak alpa dan lalai dengan kehidupan dunia yang sementara ini..Jom sama2 muhasabah diri dan sentiasa menjadi HAMBA yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan-NYA tidak kira dalam bentuk wang ataupun dalam bentuk yang kita sendiri tak nampak seperti nikmat kesihatan, ketenangan jiwa, rezeki, keselamatan dan banyak lagi..tak terkira kalau nak kira pun kan..


Okla, semoga sahabat2 semua sentiasa di dalam lindungan-NYA..dan saya doakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan sahabat2 dan diri ini juga..Jika  terdapat seberang kekurangan harap dimaafkan dan tegurla diri ini kerana sesungguhnya diri ini tidak sempurna..Wallahualam..




Tuesday, 1 January 2013

Happy New YeaR 2013 @<>@

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum  & salam sejahtera..Alhamdulillah harini dah masuk 1 Januari 2013..Tahun Baru Masihi bagi tahun 2013...Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran kepada Ilahi kerana masih meminjamkan nyawa ini sehingga ke saat ini..


So, nak tanya kat sahabat2..camne korang sambut tahun baru 2013..adakah dengan benda yang lagha atau sebaliknya? Kadang2 saya pelik jugak kenapa perlu nak sambut malam tahun baru dengan konsert2 yang lagha dengan percampuran antara lelaki dan perempuan, terlompat2, dengan lagu yang melalaikan..hurm entahlah..pe pendapat anda?

Setahu saya, semalam banyak alternatif lain yang telah diadakan seperti Konsert Mahabbah yang dianjurkan oleh IKIM di Masjid As-Syakirin, KLCC dan di Dataran Shah Alam..Saya mengharapkan ramai pemuda pemudi banyak ke dua tempat di atas daripada ke dataran merdeka dengan sambutan yang sangat melalaikan disamping banyak aktiviti lagha dan maksiat..mudah2an..

Okla, main point harini nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 @ Hepi New Year 2013...mudah2an tahun ini dapat dimanfaatkan sebaik2nya..Tingkatkan amal ibadah danbekalan ke negeri akhirat kerana kita tak tahu adakah kita masih berpeluang melihat mentari esok hari..Renung-renungkanlah...Wallahualam..