Sunday, 27 January 2013

26th Years Of LiviNG..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana masih meminjamkan nyawa ini dan memberi kesempatan kepada diri ini untuk menghirup udara serta menikmati keindahan ciptaan-MU Ya Rabb..semoga umur yang Engkau pinjamkan ini dapat ku manfaatkan dengan sebaik2nya..

Alhamdulillah..2 hari lepas adalah ulangtahun kelahiran saya iaitu pada 25th Januari 2013..maka bertambahlah umur serta makin dekatlah diri ini dengan kematian..Masya-Allah jika difkir-fikirkan berapa banyak bekalan dah disediakan untuk bekalan ke negeri-akhirat..masih sedikit T_T..


Semoga dengan peningkatan umur ini, dapat saya baiki segala kekurangan yang ada. Berubah menjadi lebih baik dan sentiasa melakukan sesuatu dengan terbaik..Terima kasih kepada sahabat2 yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kepada saya..Juga kepada keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan yang penuh dengan liku-liku kehidupan..Semoga saya menjadi hamba yang taat pada-MU Ya Allah..dan semoga diri ini sentiasa berada di landasan-MU walaupun kadangkala sering tergelincir..a'amin..

Sanah helwah saya ucapkan kepada sahabat2 yang menyambut ulangtahun kelahiran..semoga Allah murahkan rezeki serta mepermudahkan segala urusan sahabat2..saya tujukan lagu di bawah kepada sahabat2 yang menyambut ulangtahun kelahiran..

video






No comments:

Post a Comment