Friday, 6 September 2013

Seoul Korea Summer 2013: Day 1: Part 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum w.b.t,
InshaAllah dalam post kali ni nak update pengalaman masa bercuti ke Seoul, Korea pada musim Summer 2013..InshaAllah akan cuba usaha untuk menulis walaupun penyakit malas asyik datang je kan..hu3..Semoga dapat membantu sedikit sebanyak untuk sahabat-sahabat yang nak gi ke sana..so ada la sikit gambaran apa yang perlu dibawa dan persediaan yang perlu dibuat..

......................................................................................................................................
Date: 22.August 2013, Thursday
Tourguide: Idham

Venue:

  • LCCT, Kuala Lumpur
  • Incheon International Airport, Seoul.
  • IFC Mall
  • Yoeido Park
  • Han River Cruise

Alhamdulillah, tanggal 21 ogos 2013 bersamaan 11 Syawal 1434H, Rabu; kami bersiap-siap untuk bergerak ke LCCT untuk menaiki penerbangan D7 506 ke Seoul Korea Selatan yang dijadualkan berlepas pada pukul 1am. Plan nak bertolak dari umah pukul 9pm tapi faham-faham jela kalau perempuan bersiap..hu3..Alhamdulillah tepat jam 9.30pm kami bergerak ke LCCT..untuk pengembaraan kali ini, saya ditemani kakak dan adik serta seorang labmate (terpaksa menggantikan seorang makcik yang terpaksa cancel kerana ada hal) akan mengembara di bumi Sonata selama 7D 6N. 

Alhamdulillah beberapa hari sebelum bertolak ke sana, saya telah contact tourguide kami di sana seperti yang diberi oleh agen "Jom Melancong". Plan untuk ke Korea ni adalah plan yang dirancang setahun lepas..sebenarnya xdela rancang sangat pun kebetulan masa survey tiket airasia dapat plak tiket murah so memang grab the chance la..ha3..so dalam tempoh setahun pakat dok menyimpan untuk bayar tambang, pakej dan duit belanja..Alhamdulillah dimurahkan rezeki dapat sambung jadi RA prof..he3..so duit belanja dapat bawak lebih sikit..Untuk kali ni saya menukar duit sebanyak lebih kurang RM1500 (=500,000 won) dan Alhamdulillah dapat rate yang agak rendah iaitu 1000won=RM2.85..saya tukar duit dekat My Money Master, Midvalley..saya cadangkan sape2 nak tukar duit boleh la ke sana..

Matawang korea selatan, won

Ok continue cite, Alhamdulillah kami sampai di LCCT jam 10.30pm dan dihantar oleh abang saya..jalan xde jem..so cepat je sampai..Sampai je kat LCCT, kami terus ke bahagian Pelepasan Antarabangsa..dan kaunter punsudah dibuka..tapi masa tu orang tak ramai lagi so kami terus je check-in sampai lupa nak gi wrapping bag..untuk pengetahuan anda, disebabkan kami x berapa sure berapa berat bag yang kami bawak so baggage yang kami ambik adalah 80kg pergi dan 150kg balik (ha3..over x macam orang nak pindah kat sana je..yang berat balik lagi x boleh tahan..macam la nak shopping banyak sangat..hadoi..nanges..=( ). Masa timbang bag kat kaunter check-in total 4 bag hanya 40kg..orang kat kaunter tu gelak je..huk3..xpela pengajaran pasni x buat dah..so anda yang nak gi sana tu untuk gi max untuk 4 orang lebih kurang 50kg cukupla..padahal kami dah bawak stok makanan untuk seminggu+baju untuk seminggu..tapi baru 40kg je..hu3..

Tempat menunggu sebelum dilepaskan untuk naik flight, Gate T16


Lebih kurang pukul 12.30am kami dibenarkan menaiki flight airasiaX D7 506, dan untuk pengetahuan anda kami jugak pilih seat dan saya telah pilih seat di bahagian "Quiet Zone". Di "Quiet Zone", kanak-kanak tidak dibenarkan duduk disini..kawasan ni lebih kepada orang yang suka keadaan senyap..memang senyap pun+lampu dia memang buat orang nak tido je..disebabkan bahagian ni kena bayar (RM35/seat), so x ramai pun yang ambik..so antara seat kami memang kosong..rezeki la..dapat tido selesa sikit..he3.
Ruang kaki yang agak selesa..x sempit sangat macam flight ke Sarawak


So saya pilih seat tepi tingkap dan mira sebelah saya. Kakak dan adik saya duduk di bahagian belakang kami..Before boarding the flight, kami dah ambik wuduk siap2 sebab kami kena solat subuh dalam flight..So saya dah tanya tourguide siap2 kul berapa masuk waktu..dan dia kata kul 4am dah boleh solat, sebab kalau kat Seoul masuk waktu kul 4.30am; tapi disebabkan kita lambat 1 jam so kul 4am dah boleh solat..So dalam tempoh kul 1-4am saya memang x tido, so berjaga je la..dalam kul 2.30am, pramugari on balik lampu dan bermula la jualan barang-barang dan makanan..disebabkan kami dah buat pre-order, so hanya sediakan tiket untuk rujukan pramugari..So kul 2.30am dah supper pulak..huk3..bila perut dah kenyang mata pun dah ngantok..tapi kena tahan sampai la solat subuh..Sepanjang perjalanan, turbulence agak teruk, sampai rasa nak muntah pun ada..flight memang bergoncang je..hadoi geli perut..=(

 Juadah atas awan: Lasagna (atas), Chicken butter masala (bawah), Pak Nasser Nasi Lemak (not in the pic)


Pemandangan sebelum berlepas (malam) sampai matahari terbit..SubhanAllah..terasa diri ni kerdil sangat pabila melihat ciptaan-NYA..


Alhamdulillah, kami selamat mendarat pada pukul 8.30am, lewat 10 minit dari waktu jangkaan sebab sesak masa nak parking kapal terbang..ha3..boleh tak..kapal terbang pun traffic jam gak..So pas collect baggage semua, kami terus ke pintu ketibaan..dok cari gak budak tourguide tu tapi x nampak, so whatsapp tanya katne..rupanya dia pun tak sampai lagi..so dok dulu kat situ sambil ambik gambar pe yang patut..he3..

Incheon International Airport, The 2nd best Airport in the world..

Dalam kul 9.30am camtu, ada seorang girl datang kat kami dan tanya kami tunggu Idham ke..then kami follow dia ke kereta..Alhamdulillah dapat naik kete ke guesthouse..Tapi on the way nak ke guesthouse jam hampir 2 jam..2jam ok..hu3..tapi xpela at least dapat tengok bandar Seoul..Untuk pengetahuan anda, kami akan menginap di Jongnowon Guesthouse yang terletak di Jongo-gu..dari airport sepatutnya lebih kurang 1 jam je sebenarnya..dan Idham adalah student tahun 3 yang study kat Inha University Seoul. Dia dah 3 setengah tahun dok kat Korea..so memang fasih cakap dan cekap jalan kat Seoul.

Sampai je kat guesthouse, terus check-in and bersihkan diri. Sempat rehat kejap then aktiviti kami akan bermula selepas solat zohor..senang sikit nak jalan kalau dah solat. So harini kami akan ke IFC Mall, Yeoido Park, and Han River Cruise...aktiviti santai untuk hari pertama..

Jongnowon Guesthouse, Jogno-gu

Twin-Room in 2nd Floor, Jongnowon Guesthouse (203)


Untuk pengetahuan anda, bilik kat guesthouse kat sini sangat selesa dan bersih tapi ruang agak kecil tapi muat untuk seorang solat..Kat sini ada disediakan kemudahan dapur (breakfast- egg, toast, jam, coffee and tea), free-wifi, komputer dan laundry. Cuma bilik akan dikemas seminggu sekali..sampah anda kena bawak turun letak kat tepi receptionist counter..dan boleh minta plastik baru untuk bekas sampah..tapi bagi saya xde masalah pun..Staf kat sini sangat baik dan ramah..walaupun ada ahjumma tu xleh cakap english tapi suka senyum ^_^.

 Antara kedai-kedai sepanjang jalan kami ke Jogno-3(sam) ga subway station


Okla, rasa dah terlebih panjang dah ni..inshaAllah saya sambung dalam Seoul Korea Summer 2013: Day 1: Part 2 nanti. Harap anda tak jemu membaca..




No comments:

Post a Comment