Friday, 6 September 2013

Seoul Korea Summer 2013: Day 1: Part 2

Assalamualaikum w.b.t,
InshaAllah dalam post kali ni nak update pengalaman masa bercuti ke Seoul, Korea pada musim Summer 2013..InshaAllah kita sambung cite dari post Seoul Korea Summer 2013: Day 1: Part 1 yang lepas.
......................................................................................................................................................
Date: 22.August 2013, Thursday
Tourguide: Idham

Venue:

  • LCCT, Kuala Lumpur
  • Incheon International Airport, Seoul.
  • IFC Mall
  • Yoeido Park
  • Han River Cruise
Lepas sampai kat guesthouse, kami terus diberi kunci bilik masing2 (bilik 201 dan 203) dan terus masuk bilik sebab dah tak sabar nak mandi dan rehatkan badan yang agak kepenatan sebab takleh tido sangat dalam flight..just tido2 ayam je..huk3..Solat zohor masuk kul 12.35pm..so pas solat dalam kul 1pm, kami siap untuk keluar..

Jogno-3(sam) ga Station

Mesin top-up T-money (top-up 20,000 won cukup untuk 7 hari)

Plan kami, gi lunch then ke IFC Mall naik bas, seterusnya berjalan dari IFC Mall ke Yoeido Park..dan akhir sekali naik Cruise di Hangang River..So untuk ke tempat lunch, kami naik subway dari Station Jogno-3(sam)-ga dan turun di Station Sindorim Line 1 Exit 1 (ha3..sorry kalau silap..dia punya subway system sangat pening..mengharapkan budak2 ni je bawak). Then kami singgah lunch di sebuah restoran korea sebelum bertolak ke IFC Mall..Antara menu pertama lunch kami adalah Sundubu jigae, bimbibap, ojingo bokkeum (sotong pedas) dan asam pedas ikan mackerel (he3..tak tahu apa nama korean nya..)..tapi not bad rasanya..boleh telan la..


Depan D-Cube City Mall


 Bimbibap + sos/sambal cili

 Ojingo bokkeum (sotong pedas) + nasi

Lepas dah kenyang, kami naik bas no.10 ke IFC Mall..public transport kat sini sangat efficient..better than naik kereta sebab tak risau tersekat dalam jem..perjalanan tak jauh sangat lebih kurang 10-15 minit je dari tempat kami makan tadi. IFC Mall ni takde apa sangat lebih kepada barangan dan pakaian jenama luar negara..so memang window shopping je..Tapi yang menariknya, menurut tourguide kami salah seorang arkiteknya adalah orang Malaysia..rekaan bangunan dia sangat unik..6 tingkat ke bawah..bukan ke atas ye..itulah keunikannya..So kami just tawaf sekali lalu je kat dalam tu then terus keluar untuk ke Yeoido Park yang terletak di seberang jalan IFC Mall..rehatkan kaki kejap sambil makan aiskrim dan banana milk yang dibeli di GS25..

 Bas no.10 ke Yoeido Park dan IFC Mall


 Sekitar IFC Mall

 IFC Mall

Antara gambar-gambar sekitar Yoeido Park (Taman yang terletak di tengah pusat bandar Seoul):









Banana milk (1,200 won) & Melon ice cream (1,000 won)..yummy!!

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Hangang River dengan menaiki bas no.662. Perjalanan lebih kurang 10-15 minit sahaja. Sampai di sana, jam baru menunjukkan pukul 4pm..cuaca sangatlah panas..so kami terus ke booth tiket untuk beli tiket naik Cruise..Syarat untuk cruise ini bergerak mestilah minimum 15 orang..kalau tak terpaksa cancel atau tunggu sehingga cukup..Tiket berharga 18,000 won/person included show dalam cruise nanti. Ini antara gambar yang diambil semasa berada di atas Han River Cruise..kalau malam mesti lagi cantik..




 Cruise schedule..

 Ticket booth

 Eland Cruise..





 63 buildings view from the park



 Bahagian atas cruise..63 buildings view from the cruise..



Satu pusingan cruise mengambil masa lebih kurang sejam untuk setiap tour..dan semasa kami turun jam sudah menunjukkan pukul 5.45pm dan kami bercadang untuk terus balik ke guesthouse sebab masing-masing dah tak larat..so malam tu Idham just order pizza untuk dinner kami..Malam tu tido awal sebab esok nak kena prepare kaki untuk jalan ke Nami Island dan bonus place, Petite France..

 Pizza (abaikan air yang kat atas kotak pizza tu ye..he3)

2 jenis: vege pizza dan cheese pizza

So tamatlah perjalanan kami pada hari pertama..walaupun badan letih tapi sangat berpuas hati... ^_^
Nantikan perjalanan kami pada hari kedua di Seoul: Seoul Korea Summer 2013: Day 2.






No comments:

Post a Comment