Tuesday, 10 September 2013

Seoul Korea Summer 2013: Day 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum w.b.t.

InshaAllah harini nak continue untuk Seoul Korea Summer 2013: Day 2. Selamat membaca..^_^

.....................................................................................................................................................

Date: 23 August 2013, Friday
Tourguide: Idham

Venue:
  • Petite France
  • Nami Island
  • Myeondong (Dinner)

Seawal jam 4.15am waktu korea (waktu Malaysia 3.15am; beza 1 jam cepat) dah kena bangun solat Subuh..Alhamdulillah mudah untuk saya bangun walaupun cuaca di luar sejuk dek kerana hujan yang turun dengan lebatnya diselang seli dengan guruh dan kilat..Lepas solat saya terus kejutkan Mira dan hantar LINE message kepada adik saya untuk kejutkan mereka solat Subuh..kot-kot takut tak jaga kan..maklumla kalau kat Malaysia kul 6am baru bangun kan..

Usai solat Subuh, sambung tido balik sebab janji nak gerak kul 9am kan..so sempat tido kumpul tenaga nak jalan jauh harini..Lebih kurang 7am saya bangun dan mandi then terus turun bawah untuk ambil air panas. Plan menu breakfast pagi ni seperti yang dirancang adalah Nasi tomato+ ayam masak merah (brand Brahim)+ Peach tea..

After breakfast, kami siap-siap terus dan tergerak hati nak whatsapp Idham. Rupa-rupanya diorang tengah stuck dalam jem so maybe sampai lambat..Sementara tunggu Idham sampai kami layan tengok TV dulu..Lebih kurang kul 10.30am camtu, Ms.L(tourguide another group auntie yang stay kat guesthouse yang sama) sampai dan suruh kami cepat-cepat turun, kami agak bengang sebab muka dia macam kami pulak yang lambat..Sepatutnya kami yang bengang sebab diorang lambat 1 jam ni terbalik pulak kan..huk3..Sabar jela..

Kami terus bertolak ke destinasi pertama kami iaitu "Petite France" tepat jam 10am dan sepanjang perjalanan kami ke sana, SubhanAllah sangat la cantik pemandangannya..tenang je rasa..lupa jap semua masalah and keje-keje kat Malaysia..kami perlu lalu empangan untuk sampai ke sana..Ni antara pemandangan di Petite France.

Alhamdulillah kami sampai pukul 12 pm dan orang dah memang ramai.. so kami diberi 1 1/2 jam sahaja untuk pusing kawasan tu..so apa lagi kan, "enjoy your time..hik3"..Bayaran masuk untuk dewasa (8,000 won), teenager (6,000 won) dan child (5,000 won). Kat sini terkenal dengan pengambaran drama dan gameshow seperti Runningman, Beethoven Virus, Personal Taste & Secret Garden..

Petite France Entrance 








Selepas puas pusing dan ambik gambar kami pun terus naik kereta dan menuju ke destinasi seterusnya..Nami Island..tempat yang terkenal dengan pengambaran drama "Winter Sonata". Disebabkan ini kali kedua saya pergi ke sini, rasa excited tu dah kurang sikit..tapi kerinduaan pada "Hotteok" yang kami makan masa musim Winter dulu masih segar di ingatan..makan Hotteok yang panas di musim yang sejuk gedi oghang kedah kata..he3..Perjalanan dari "Petite France" hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam je..memang tak jauh dah..

Lebih kurang pukul 2.30pm kami sampai, keadaan agak sesak dengan pelancong luar dan orang tempatan..Cuaca sangatlah panas kot..so masing-masing gi cari ice cream dan air sejuk..tiket ke Naminara Island berharga 8,000 won (RM24). Terdapat 2 cara untuk ke sana iatu melalui Feri dan Zip-line Cable car..yang Zip-Line Cable Car tu memang teringin nak cuba tapi mahal sangat..tourguide kami kata lebih kurang 38,000 won including entrance and return ferry ticket..InshaAllah next time kalau pergi lagi akan buat budget untuk naik Zip-line Cable Car ni..huk3..

Entrance & Ticket booth

 Zip-line Cable Car or Ferry? You choose?

 View around entrance of Nami Island

 KTO, Maps and others building

 View around Halal restaurant

 Mini Nami Library for kids

Ok sampai jek ferry kat Naminara Republic terus ambik gambar..semangat tak..wah sangat mengimbau memori setahun yang lepas..banyak perubahan yang dah dibuat..kami terus ke restoran halal yang menjual nasi goncang dan pajeon (Pizza korea)..tapi tempatnya sudah berubah..tourguide kami bagitau yang kedai lama telah berpindah ke lot baru yang lebih besar satu bangunan dengan musolla..terdapat penambahbaikan dari segi menu..kalau dulu hanya ada nasi goncang kimchi+telur, sekarang dah ada nasi goncang kimchi+telur+cheese dan kimchi+tuna+telur..yummy!!

Halal Lunch @ Nami Island (Nasi Goncang)

Musolla di Nami Island

Selepas makan, kami terus ke surau (musolla) yang terletak di tingkat atas (Art Gallery) di bangunan yang sama. Surau kat sini dilengkapi dengan tempat ambik wuduk sekali, telekung dan sejadah. So takyah risau dah nak angkut berat-berat telekung kalau datang sini..Lepas solat, kami terus jalan-jalan sekitar Nami..Antara gambar yang sempat diambil sepanjang kami di Nami Island..


 Souvenir shop @ Nami Island





 Ice-cream (2,500 won) in hot weather..^_^

Lepas dah puas jalan+ambik gambar, baru tersedar jam dah nak dekat kul 5pm. Kami dah janji dengan tourguide akan jumpa di pintu depan Naminara Republic untuk naik feri balik..So marathon jap sampai ke entrance tu..hadoi..nanges!!Alhamdulillah bila sampai je kat depan tu feri baru sampai dan orang dah ramai beratur untuk naik balik ke seberang..huh selamat..he3..tapi penat la..ha3..Sampai je kat seberang, terus gi kat kereta..then tourguide kami belikan banana milk sorang satu..hu3..lega tekak..he3..^_^..

Banana milk..

On the way to have dinner in Myeondong, Sejong Hotel in memory..

Malam ni kami akan makan Rappukki (@ Red Sun, Myeondong) iaitu makanan seperti gambar di bawah ..Rappukki adalah campuran seafood + ramen + glass noodle + rice cake + telur rebus + fish cake + chili paste+ vege fried dumpling. Cara masak: campur semua dalam satu bekas then gaul dan biarkan mendidih dan siap untuk dimakan..yummy!! Tapi jangan risau yang tolong mix tu semua staf kedai yang buat..kita just buat 3T (Tengok, Tunggu & Try)..he3..

Our dinner, Rappuki @ Red Sun, Myeondong

Rappukki ni sangatlah mengeyangkan..kami 4 orang tak dapat habiskan..sepatutnya lepas habis makan..staf kat situ akan letakkan nasi dan seaweed dalam bekas tu dan masak sampai ada kerak nasi dan kita makan panas-panas..tapi disebabkan perut tidak lagi dapat menerima so kami terpaksa tolak untuk tambah nasi..so ingatkan just end like that..what do you think they do?? guess what..This what we get..ha3..

Ice cream..yummy!!

Kalau kat sini kita tolak untuk tambah makanan, the owner just said ok fine..thats all. But here you get free ice cream for free for each person as an exchange for the rice..Wah!! The service here was veeeeeeery good and nice..ha3..guess what? I like the ice cream so much like a kid found a mountain of chocolate..wink2..^_^

So after eating, we decided to go back to guesthouse while the auntie, her daughter and niece continued shopping in Myeondong. So on the way back to guesthouse, we decided to stop at GS25 and went to "Lemon Mart"  to buy some fruits..

Mini Honey Dew and Peach

Buah yang dijual kat "Lemon Mart" ni agak murah dan kami beli buah Honey dew versi mini (taktau pe nama dia), peach, dan grapes..grapes dia lain sikit dengan grapes kita..cam buah berry pun ada rasa dia..Buah Peach 4 biji berharga 11,000 won (agak mahal tapi berbaloi dengan saiz yang agak besar tapi malangnya tak manis sangat), grapes segugus lebih kurang 2,500 won dan 2 biji mini honey dew hanya 3,500 won.

Grapes, Pepero stick, Peach and Ice Pop (Peach)

Buah grapes dan mini honey dew tu sangat sedap dan manis..balik dari Lemon Mart kami singgah GS25 beli air. Sampai bilik terus potong buah dan makan..sedapnya honey dew tu..rupa lain tapi rasa sebijik cam honey dew..SubhanAllah..

Pastu mandi, solat dan tido..satu hari yang sangat memenatkan..saya nasihatkan sapa-sapa nak travel bawak la minyak angin..untuk urut kaki so takde melarat sampai effect hari seterusnya..okla nantikan next post on Seoul Korea Summer 2013: Day 3..




No comments:

Post a Comment