Tuesday, 17 September 2013

Seoul Korea Summer 2013: Day 3

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum w.b.t,
Minta maaf sebab post kali ni lambat sebab kekangan masa..hu3..Dalam post kali ini saya akan sambung untuk hari seterusnya iaitu Seoul Korea Summer 2013: Day 3.

...........................................................................................................................................................

Date: 24 August 2013, Saturday
Tourguide: Fauzi

Venue:

  • Namsangol Hanok Village
  • Namsan Tower
  • Teddy Bear Museum
  • Itaewon Street
  • Trick Eye Museum
  • Ice Museum

Sperti biasa, rutin harian bangun subuh di kala jam menunjukkan pukul 4.30am...Harini plan kami adalah ke Hanok Village, Namsan Tower, Teddy Bear Museum, Itaewon dan War Memorial Museum. So harini turun awal sikit sebab nak basuh baju..Untuk pengetahuan anda, kebanyakan guesthouse menyediakan kemudahan laundry dan guesthouse yang kami stay ni pun ada. Disebabkan serabut tengok baju kotor yang dah 2 hari tak basuh, so kami ambik keputusan nak basuh baju..Kalau ikutkan jadual penggunaan mesin basuh, operasi bermula pukul 9am-2pm..tapi disebabkan kami memang takde masa so kami minta kebenaran owner guesthouse untuk guna awal dan Alhamdulillah mereka sangat memahami..Sepatutnya sabun kena beli tapi ntah macam mana free pulak tapi memang dah siap bawa dari Malaysia so guna sendiri punya jela..Tulisan pada mesin basuh semua dalam bahasa korea tapi jangan risau pihak guesthouse telah sediakan arahan pada mesin basuh dan nombor telah dilabelkan pada butang di mesin basuh..just ikut arahan yang telah disediakan.. ^_^

Sementara tunggu kain siap dibasuh, kami naik atas semula untuk sarapan then minta penyidai baju terus untuk letak depan bilik kami untuk sidai baju nanti. So lepas siap makan dan selepas lebih kurang sejam kami turun semula untuk ambil kain tapi malangnya ada 10 minit lagi kena tunggu..masa tu jam dah pukul 9am..janji dengan tourguide ni kul 9am tapi kain tak siap lagi..so saya dan mira just tunggu kat bawah and ambik gambar kat luar guesthouse. Dok asyik ambik gambar tourguide tu sampai. Tourguide kami harini nama dia Fauzi. Dia student dekat Sungkyunkwan University. Boleh dikatakan tourguide yang bawak kami setiap hari adalah student dari lain-lain university tapi mereka ni kawan-kawan, so sape yang free haritu tolong bawak guest yang datang..Bagus juga sebenarnya sebab dapat kenal ramai sikit.

Ok disebabkan kain tak stop lagi kami mintak tolong Fauzi ni tolong tunggu kejap dan dia pun ok je..he3.So lepas siap-siap sidai kain kami pun bergerak ke Jogno-3(sam) ga Station untuk ke tempat pertama kami, Namsangol Hanok Village.



Namsangol Hanok Village yang terletak di Pil-dong, Jung-gu, adalah tempat di  mana terdapat  kawasan perkampungan zaman dahulu kala pada era Dinasti Joseon. Rumah tradisi korea masih terpelihara dan anda dapat merasai dan melihat sendiri cara  hidup mereka. Anda juga dapat melihat permainan tradisional Korea dan mencuba sendiri permaianan ini. Disini juga ada disediakan beberapa booth untuk pelancong melukis topeng muka, memanah untuk kanak2, dan memakai pakaian tradisional korea dengan bayaran tertentu mengikut aktiviti yang anda ingin sertai. Disini saya dan Mira menyewa pakaian tradisional Korea, Hanbok dengan bayaran 3,300 won/ person. Tiket boleh dibeli di booth yang disediakan dan booth dibuka pada pukul 11am. Untuk penerangan lebih lanjut pasal Namsangol Hanok Village boleh tekan link ini:  http://en.wikipedia.org/wiki/Namsangol_Hanok_Village.

NAMSANGOL HANOK VILLAGE

Around Namsangol Hanok Village

Korean traditional house: rooms and household 



Kimchi storage inside barn during winter 

Wearing Korean traditional costumes,Hanbok (3,300 won)

Korean traditional games

Korean traditional house

Art gallery & souvenir shop

Setelah puas berjalan-jalan di Hanok Village, kami bergerak ke destinasi yang seterusnya iaitu Namsan Tower & Teddy Bear Museum..Terdapat 2 cara untuk ke sini, 1st naik bas dan 2nd naik cable car & tourguide kami pilih naik bas..tapi bas ni akan berhenti kat bus stop Namsan Tower. Sampai kat bus stop ni kena exercise sikit naik cerun yang agak curam untuk sampai ke puncak Namsan Tower..kalau musim winter memang agak bahaya la..sesuai kalau nak main snow slidder..ha3..serius curam. Sape-sape yang nak lagi mencabar daki la dari bawah sampai ke puncak, tapi memang salute dengan orang Korea ni..ahjumma & ahjussi yang umur dalam linkungan 50-60 tahun still hiking dari bawah sampai ke atas..kami tengok memang terpegun la dengan dorang ni..memang sihat..kalau makcik & pakcik kat sini dah ketar lutut dah kot..takyah kata orang tua orang muda pun sama..ha3..Lebih kurang 10-15 minit berjalan, kami pun sampai ke puncak Namsan Tower..SubhanAllah hanya itu yang dapat diungkapkan dengan kata-kata..satu pemandangan yang sangat indah..boleh nampak seluruh bandar Seoul..

N Seoul Tower Bus station & shuttle bus

Maps to N Seoul Tower


Walking path to the top of N Seoul Tower

View outside N Seoul Tower

Sebab taknak buang masa, kami terus masuk ke dalam dan Fauzi belikan tiket untuk entry ke Namsan Tower dan Teddy Bear Museum..So kami masuk Teddy Bear Museum dulu sebab kat bawah je kan..tapi tak sebest kat Jeju..kat sini just ada bear yang kecik tapi disusun mengikut event-event tertentu di Korea..Ada je yang besar saiz kita tapi tak banyak dalam 10 patung teddy bear saje. Antara gambar-gambar yang diambil di dalam Teddy Bear Museum:

TEDDY BEAR MUSEUM

@ the entrance of  Teddy Bear Museum

Take a snapshot here!

Antara  Teddy Bear yang ada disini

Korean Event with teddy citizens 

Korean Event with teddy citizens 

Then kami naik Namsan Tower.Before naik ke atas, mereka akan mengambil gambar anda dan gambar tersebut boleh dibeli di atas menara dengan harga 12,000 won setiap sekeping. Lif untuk ke puncak Namsan Tower hanya mengambil masa lebih kurang 1 minit sahaja dan sementara untuk sampai ke atas, satu video akan dipaparkan di skrin atas lif. SubhanAllah sekali lagi terpegun bila sampai je kat atas tu..nampak seluruh bandar Seoul..kat atas ada dijual souvenir untuk kenangan dan harganya standard la..ada yang mahal dan ada juga yang murah..so saya just beli notebook (1,500 won), file (1,000 won)  dan small pin-button (1,500 won) N Seoul Tower..Ini antara pemandangan dari atas N Seoul Tower..

N SEOUL TOWER

N Seoul Tower

Entrance to N Seoul Tower

View @ the base of N Seoul Tower

 View on the top of N Seoul Tower

Souvenir shop

Lepas dah tawaf satu N Seoul Tower, kami pun turun nak cari famous place yang orang selalu pergi kalau datang sini, Roof Terrace yang mana kat sini ada beribu-ribu padlock yang dikunci di tepi pagar sekitar N Seoul Tower..dipercayai pasangan kekasih akan kunci padlock kat sini dan campak kunci padlock tu kat bawah..so selagi padlock tu ada disitu hubungan mereka akan kekal..itu pe yang mereka percaya..kita yang muslim ni takyah la nak percaya benda camtu kan..


ROOF TERRACE


A thousand of Padlock!!

View @ The Roof Terrace of N Seoul Tower

Next kami ke Itaewon street. Jam dah menunjukkan pukul 2.30pm dan kami kena gerak cepat sebab nak kejar solat Zohor kat Masjid Itaewon. Dari bus stop N Seoul Tower, kami ambik bas ke Itaewon dan berhenti di perhentian pertama. Sampai je kami pergi makan dulu sebab masing-masing perut dah berlagu..hehe..Kami makan di Pak India Restaurant..Menu yang kami pesan adalah Roti Nan Chicken & Beef dan juga Nasi Briyani Ayam dan Daging. Sampai-sampai je terus dihidangkan air sejuk..sangat nikmat sebab cuaca kat luar panas dan tekak dah kering sangat..Alhamdulillah. Culture kat sini memang air masak akan diberi secara percuma dan boleh ditambah banyak mana yang anda suka siap boleh isi dalam botol air lagi..hu3. Kat kedai makan memang takde jual air manis kecuali sestengah kedai ada jual kopi atau air jus buah-buahan tapi air masak memang free..hu3 patut la dorang ni sihat..cuma yang tak sihatnya dorang suka minum minuman keras tu jela..

Lunch @ Pak India

Makanan kat Pak India ni saya bagi rate 4 star..menepati cita rasa saya sebab pedas dan sedap..tapi taktau la lain orang lain citarasa..kuantiti sangat banyak ok..nasib order 2 nasi je tu pun jenuh nak abihkan nasi dia..hu3. Masa makan-makan tu kitorang sembang dengan Fauzi ni tanya pasni nak gi mana. Kalau ikut plan nak gi War Memorial Museum tapi disebabkan namanya museum mestila bosan kan..so kebetulan Mira ada terbaca pasal Trick Eye Museum kat Hongdae kitaorang try minta pendapat Fauzi jauh ke tak tempat tu untuk replace War Memorial Museum. Then kami tak dapat nak decide sama ada nak tukar tempat or tak sebab entrance fee 15,000 won (mahal jugak tu..huk3). So kami minta masa nak fikir dulu sampai habis solat nanti kami bagi keputusan.

Mosque @ Itaewon

Lepas solat jama' zohor dan asar kami rehat kejap dan tunggu Fauzi solat asar. Sementara tunggu dia habis solat kami ambik gambar kat luar masjid..teringat kenangan masa Winter 2012..masa kami sampai je kat Itaewon, salji turun dengan lebatnya..termakbul doa saya untuk tengok salji..kawasan Masjid Itaewon putih dilitupi salji..masa asyik dok ambik gambar kat luar masjid, ada seorang adik ni tengah tunggu kawan dia solat. Saya bertanya dia dari mana.. rupanya student Malaysia yang datang untuk program exchange student. Dia berada di sana selama sebulan. Yang sadisnya, diorang takleh makan makanan yang disediakan sebab tak pasti kehalalan makanan yang disediakan. So dorang hanya makan roti sahaja. Kebetulan adik tu cerita pengalaman dia pergi ke Trick Eye Museum di Hongdae tempat yang kami masih dilema sama ada nak gi or tak. Lepas dengar adik tu kata berbaloi dan rugi kalau tak pergi, at last kami buat keputusan nak gi sana jugak walaupun entrance fee agak mahal. 

So lepas je Fauzi habis solat Asar kami terus gerak ke Hongdae. Tapi sebelum ke Hongdae kami singgah di sebuah kedai kebab yang terkenal di kalangan pelajar Malaysia di sana iaitu Ankara Picnic. Yang biasa kami makan dulu adalah Mr. Kebab tapi Fauzi kata yang Ankara Picnic ni lagi sedap. So kami beli untuk makan malam nanti. Sementara tunggu Fauzi order kebab saya teringin nak rasa Turkish Ice Cream yang memang terkenal tapi yang tak bestnya before nak dapat aiskrim tu penjual tu akan main-main dengan kita dulu..haish tak suka..hu3..harga Ice cream tu 3,000 won..agak mahal la tapi sebab nak rasa beli jugak la kan..rasa memang sedap..liat-liat cam chewy2 sikit ..wink3..

Kebab; Ankara Picnic @ Itaewon

 Turkish Ice Cream (3,000 won)

Next, kami teruskan ke Hongdae naik subway..lupa plak haritu hari Sabtu..so memang cari pasal jugak la kan sebab weekend..semestinya orang macam sardin..Hongdae ni terkenal dengan kawasan muda-mudi tempat hiburan orang muda..Kat sini juga banyak kelab malam..so rasanya kawasan ni agak bahaya pada waktu malam. Kami sampai kat sana dalam kul 5pm dan kami diberi masa selama 1 jam 30 minit sampai kul 6.30pm untuk spend dalam Trick Eye Museum. Ingatkan kecik je rupanya besar gak lebih kurang cam kat Jeju jugak cuma takde outdoor je..pastu siap sesat tak jumpa jalan keluar sebab ada satu mystery mirror maze..dua tiga kali kami pusing cari jalan keluar dan at last give up keluar kat entrance tadi..pastu terus masuk Ice Museum..takde apa sangat just sculpture dari ice bentuk kereta, rumah, dan macam-macam lagi..rasa la kejap musim sejuk dalam peti..huk3..

TRICK EYE MUSEUM, HONGDAE
@ Entrance of Trick Eye Meseum




Mystery Mirror Maze..


ICE MUSEUM, HONGDAE

@ Ice Museum



House made of Ice

Lebih kurang pukul 7pm kami bergerak balik ke guesthouse..kali ni ikut jalan lain sebab taknak tersekat dalam sesak kat subway tadi. Kat Jongo-3(sam)-ga station, kami singgah beli Manjoo Hana. Pernah dengar orang kata sedap so nak try beli..rasa dia cam kaya ball tapi sedap lagi kaya ball kat Malaysia..he3..Kami sampai kat guesthouse dalam kul 7.30pm. Before balik guesthouse, aktiviti rutin kami adalah singgah di GS25 borong air pop peach, air susu strawberi, dan air chocolate Hersheys..^_^..

Our Dinner

Malam tu rasa letih sangat tapi puas hati sebab dapat pergi tempat yang tak dirancang pun..Trick Eye Museum & Ice Museum..memang berbaloi..Kalau datang ke Korea jangan lupa masukkan dalam itinerary anda ye..nak gi Jeju jauh sangat, kat Hongdae pun ok jugak..Esok hari yang sangat memenatkan antara semua hari..nantikan Seoul Korea Summer 2013: Day 4.







No comments:

Post a Comment