Friday, 20 September 2013

Seoul Korea Summer 2013: Day 4

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t,
InshaAllah harini saya akan sambung untuk hari yang ke-4.

Continued from Seoul Korea Summer 2013: Day 3.

.................................................................................................................................................

Date: 25 August 2013, Sunday
Tourguide: Israq

Venue:

  • Insadong
  • Gyeongbokgung Palace
  • Gwanghwamun Plaza
  • Cheongye Stream
  • Ehwa Woman University 


Good morning Seoul!! 
Alhamdulillah harini dah hari ke-4 dah kami berada di sini..pagi ni sejuk sangat..harini merupakan hari yang paling memenatkan menurut kata tourguide kami. Plan harini kami akan ke Insadong street, then ke Gyeongbokgung Palace, Gwanghwamun Plaza & Cheongye Stream. Baru faham sebab apa tourguide kami kata camtu..semua tempat kena berjalan dan kawasan besar..so "kaki" please be good to me..

Seperti biasa, selepas sarapan (Roti+ kari ayam+sambal ikan bilis+ peach tea) kami akan bergerak ke destinasi pertama kami, Insadong. Tourguide yang bertanggungjawab membawa kami harini adalah Israq from Korea University..kawan kepada Idham dan Fauzi. Pagi-pagi lagi dia dah terpacak kat luar Jongnowon tunggu kami. Lebih kurang kul 9 lebih kami bergerak ke Insadong. Seperti biasa kami akan naik di Jogno-3(sam)-ga Station dan turun di Anguk (Line 3) Station untuk ke Insadong. Jarak dari Jogno-gu ke Insadong menaiki subway tak jauh cuma 1 station. Sampai je kat Insadong, keadaan masih lengang sebab masih awal pagi. Banyak kedai masih tutup dan hanya ada beberapa buah kedai souvenir yang dah mula beroperasi. Sementara nak tunggu kedai buka, kami just masuk kedai-kedai yang dah mula beroperasi..survey tengok harga..saya pernah dengar kat sini barang souvenir agak mahal harganya. So kena berhati-hati jangan sampai tertipu..ok!

 Insadong Street 

Insadong Street adalah tempat di mana mostly barang-barangnya adalah berkaitan dengan culture dan kraftangan korea. Kat sini anda boleh dapatkan traditional mask, handcraft dan jugak souvenir. Bagi yang minat K-pop banyak juga kedai yang menjual barangan K-pop seperti notebook, calendar, dan banyak lagi.. 

 Souvenir shops & K-pop accessories

Masa survey souvenir kat satu kedai ahjussi ni nampak fridge magnet. Harga 4 pcs=8,000 won. Bagi saya dah murah compare dengan pengalaman sebelum ni. Biasanya 9,000-10,000 won/ 4 pcs. Then saya tanya kat Israq ok ke harga fridge magnet tu. Then, dia just bagi sign yang harga dia tak la murah sangat so at last saya tak jadi beli sebab maybe ada tempat yang murah lagi. Untungnya ada tourguide ni senang nak berkomunikasi dengan Korean people.. tak semua boleh speaking dan yang tahu pun just sikit-sikit je. Sementara nak tunggu Ssamziegil buka kul 10am, kami ke kedai seterusnya. Harga pun lebih kurang sama juga. 

Lebih kurang pukul 10am kami masuk ke Ssamziegil. Ssamziegil adalah mall yang berbentuk 4 segi. This unique area was designed in such a way by connecting its charming alleys in the form of a spiral-like stairway. Kat sini terdapat lebih kurang 70 shop-lots yang menjual pelbagai barangan fashion, art, food & accessories. Mostly kedai kat sini tak benarkan gambar diambil tapi disebabkan saya tak perasan most kedai dah saya snap..he3..Barang-barang kat sini agak mahal so just windows-shopping je. At the roof-top ada sebuah cafe tapi kami tak naik sebab nak kejar masa untuk ke Gyeongbokgung Palace pula.

 Ssamziegil @ Insadong

 Shop-lots inside Ssamziegil 


Then teringat sorang tourguide ni cite. Kalau pergi Insadong jangan lupa rasa "Tong-Pang" atau dalam bahasa kita "Roti Tahi"..nama tak senonoh je kan..tapi itulah namanya..he3.."Tong-Pang" ni macam pancake tapi bentuknya macam Tahi dan isinya adalah kacang merah..macam-macam la orang Korea ni kan..sampai benda camni pun boleh terfikir untuk buat makanan.Tapi kami dah tanya Israq status kehalalannya dan dia kata ok sebab takde benda yang meragukan pun. Harga sekeping "Tong-Pang" ni ialah 1,000 won sahaja. So kalau datang ke sini cubalah rasa. Bagi saya biasa je sebab saya tak suka sangat kacang..huk3.

 "Tong Pang" @ Insadong

Sebelum balik kami singgah di Kwanhoon Coffee Cafe sebab teringin nak rasa Patbingsu yang famous kat Korea ni kan..Tapi ada 2 jenis je..Red-bean Patbingsu (10,000 won) and Green-tea Patbingsu (12,000won). Harga agak mahal tapi berbaloi dengan kuantiti yang agak banyak & sebab teringin nak rasa beli jugak la kan.. Once again, it's red bean..huk3..Kat sini bila kita order, satu device berbentuk bulat akan diberi dan apabila order dah siap, device tersebut akan vibrate menandakan order anda dah siap dah boleh diambil di counter.. canggih tak..So tak payah berdiri tunggu kat tepi kaunter sampai siap, anda boleh duduk dan tunggu je sampai alat tu vibrate.

Order device..wait until it vibrate..then take your order..

Patbingsu ni cam ais kacang kat Malaysia ni. Tapi bahan-bahan Patbingsu ni seperti kacang merah, susu, ais kisar, serbuk kacang hijau, almond slices dan ada glutinous rice (tteok). Rasa dia ok la dan bagi yang suka kacang memang sedap kot..hu3. Selepas dah sejukkan tekak dengan Patbingsu, kami teruskan perjalanan ke ke destinasi seterusnya iaitu Gyeongbokgung Palace.

 Patbingsu in hot weather ^_^

On the way nak keluar tu, kami nampak satu kedai ni tengah buat candy..then the owner panggil kami..Dia nak tunjukkan cmne nak buat candy yang dipanggil "Dragon Beard Candy". Candy ni dibuat daripada madu dan owner ni boleh cakap Malay sebab dia pernah kerja kat Singapore. Daripada seketul madu yang keras selepas dicelup dalam corn flour, boleh menghasilkan 16 thousands strings..Boleh bayangkan tak..anda tengok sendiri dalam video yang saya upload kat bawah:

Dragon Beard Candy made of honey


video
How to make Dragon Beard Candy

From 1 honey can make into 16 thousands string


Terdapat 2 jenis iaitu original dan chocolate dengan filling made of mix of almond, walnut & sesame seed and no sugar. 1 box of original= 5,000 won and chocolate=7,000 won. Kalau beli banyak 1 bundle=10 box mix flavour = 50,000 won with extra 1 box. So kami pun beli 1 bundle untuk bawak balik Malaysia. Candy ni ni tahan 2 minggu kalau tak simpan dalam peti sejuk. Kalau simpan dalam peti sejuk boleh tahan sampai 3 bulan..


Korean gag-comedian have also taste this candy..

Ok pas dah melayang 50,000 won kami teruskan perjalanan ke Gyeongbokgung Palace. Kami naik di Anguk Station dan turun di Gyeongbokgung Station (Line 3) yang hanya 1 stop dari Anguk Station dan terus sampai. Dekat je kan patut la pergi Insadong dulu.

Jongno-3(sam)-ga --> Anguk Station --> Gyeongbokgung Station

Sampai je kat Gyeongbokgung Palace, cuaca kat luar tersangatlah panas..Masa sampai tu betul-betul matahari dok terpacak kat atas kepala ni..Israq pergi beli tiket. Harga tiket hanya 3,000 won. Then kami terus masuk..Before this, masa winter time matahari terik jugak tapi cuaca sejuk tapi masa summer time, matahari terik dan cuaca sangat panas..kontra la kan..habis muka "sun-burn"..dah la tak pakai cream apa-apa..akhirnya akur buka payung dalam bag kan sebab panas sangat.

 Time Schedule @ Gyeongbokgung Station

 Maps

 Ticket Office

Entrance Gyeongbokgung Palace

Masa datang dulu, tak puas jalan sebab tersilap ikut tourguide kami keluar dari entrance. Kali ni memang tawaf sakan dalam Gyeongbokgung Palace dan masuk setiap ceruk kan..Tapi disebabkan faktor cuaca yang panas jalan laju-laju snap je apa view yang ada..then ambik gambar apa yang patut..then lari cari pokok untuk berteduh..hu3..Apakah?? 





Kemudian kami masuk ke National Folk Museum of Korea..tujuannya untuk sejukkan badan sebab ada air-conditioner kat dalam museum tu dan tengok pameran barangan Korea dahulu kala. 




Then kami ke Folk Village yang terletak tidak jauh dari National Folk Museum . Kat sini ada kedai-kedai  zaman dahulu kala seperti kedai makan, kedai salon, kedai tailor dan macam-macam lagi. Siap ada music lama lagi dimainkan dalam kedai tersebut..Lama-lama dengar seram pun ada..hu3.

A Street to Past:


 Folk shop-lots 


Dah puas jalan dalam Gyeongbokgung Palace kami keluar kat pintu masuk tadi balik sebab nak ke Gwanghwamun Plaza..so patah balik dan before keluar ambik gambar dengan Palace Guard kat Entrance Gate Gyeongbokgung Palace. Tak sempat nak tengok Changing Guard Ceremony..takpela dapat ambik gambar pun dah ok..he3..

Changing Guard Ceremony

Untuk ke Gwanghwamun Plaza kena melintas jalan. Sementara tunggu traffic light merah, kami sempat beli air mineral yang telah dibekukan kat seorang ahjumma ni dengan harga 1,000 won. Lega rasanya lepas minum air sejuk. Masa kami sampai kat situ, tengah ada preparation untuk event apa ntah..then kami terus turun kat Sejong Gallery untuk nak belajar tulis nama dalam Hanguk..Gallery ni terletak kat underground and fully air-conditioner. Kak Lida dah tak larat jalan so dia jagakan barang dan kami bertiga ikut Israq untuk belajar tulis nama dalam Hanguk.

@ Gwanghwamun Square

Di Sejong Gallery, anda akan diberi sekeping kertas dan anda perlu tulis nama dan staff kat situ akan translate nama anda ke tulisan Hanguk..Kemudian mengunakan berus dan dakwat yang disediakan, tulis la kat kertas yang disediakan & cop dengan cop mohor berwarna merah ala-ala zaman dahulu kala kan..he3..Done!

Sejong Gallery : Write your name in Hanguk, Korean

Sejong Gallery @ Gwanghwamun Square

Perut dah lapar sangat ni..so kami terus gi lunch kat kedai berdekatan dengan Gwanghwamun Plaza. Menu lunch kami harini adalah Ojinggo bokkuem (Sotong pedas), Sundubue jigae, dan bimbibap (Israq). Semua senyap je masa makan sebab lapar kan..he3. Masa makan kami try tanya Israq ada ke tempat shopping yang best sebab after pergi Cheongye Stream kami dah takde aktiviti apa-apa dah. Kalau nak balik macam rugi pulak kan. Asalnya saya nak pergi Gangnam Underground Shopping Mall. Disebabkan masalah jauh+ weekend kami terpaksa cancel plan pertama. Then Israq suggest untuk kami pergi Ehwa Woman University Shopping Street sebab dia kata kat situ banyak jual barangan accessories, bag, kasut dan pakaian especially untuk perempuan. So kami go on dengan 2nd plan, Ehwa Woman University Shopping Street

Lunch

After lunch, kami terus ke Cheongye Stream. Berdekatan dengan Cheongye Stream ada Korea Tourism Organization (KTO) yang mana ada disediakan prayer room untuk muslim. So kami solat dulu sebab masa dah agak suntuk. Kat KTO ni juga ada disediakan tempat ambik wuduk (Abulation Room) tapi masa kami pergi toilet tu kunci so kami ambik wuduk dekat sinki je then keringkan balik. Untuk pengetahuan anda, orang Korea ni tak suka basah-basah.. so bila kita dah selesai je guna toilet make sure kita keringkan balik dengan tisu. Prayer room ni sangatlah selesa dan ada sejadah, telekung dan Al-Quran juga ada disediakan.

Prayer room @ Korea Tourism Organization (KTO) 

Selesai solat kat KTO, kami terus ke Cheongye Stream. Jam baru pukul 3pm lebih tapi warga Seoul dah memenuhi sepanjang Cheongye Stream..maklumla musim panas ni kalau dapat rendam kaki dalam air memang best..kalau boleh mandi lagi la best..


@ Cheongye Stream: modern public recreation space in downtown of Seoul

Cheongye Stream ialah asalnya sungai yang sangat kotor. Sungai ini sepanjang 8.4km dan terletak di tengah-tengah bandar Seoul yang sedang membangun dengan pesat. Kemudian kerajaan South Korea telah membersihkan sungai ini dan menjadikan ia sebagai tempat rekreasi untuk warga Seoul meluangkan masa bersama keluarga sehingga menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara kerana kejernihan airnya. Kalau anda tak percaya anda lihat sendiri. Boleh nampak anak-anak ikan berenang-renang dalam sungai ini. Untuk penerangan lanjut boleh baca history pasal Cheongye Stream di link ini: Cheonggyecheon.

Summer @ Cheongye Stream

Wishing pond..throw a coin and make a wish @ Cheongye Stream

Lepas jalan-jalan & ambik gambar kat Cheongye Stream, kami teruskan ke tempat extra untuk itinerary kami harini iaitu ke Ehwa Woman University Shopping Street. Tempat ni terkenal dengan fashion and accessories yang dijual dengan harga yang berpatutan sebab mostly student dari Ehwa Woman University akan datang sini untuk shopping kat sini. Kat sini anda boleh dapatkan pakaian, kasut, segala jenis bag, beauty items & foods dengan harga yang murah dan berpatutan. Bag price starting from 10,000 won and above while clothes from 5,000 won and above. Shoes price starting from 7,000 won and above and mostly you can get at 10,000 won. Rambang mata nak pilih bag sebab banyak sangat dan semua cantik-cantik. At last, I found 2 sling bag at 10,000 won/pcs and satisfied with the design and quality..and most importantly MADE IN KOREA..wink~~ Before balik, Israq bungkuskan Bimbibap untuk kami makan kat guesthouse sebab kalau nak makan awal lagi. 

Ehwa Woman University Shopping Street

Malam ni kami makan bimbibap yang di"tapau" oleh Israq di Ehwa Woman University Shopping street. Tapi tak tahu dia beli kat mana sebab dia pergi beli sorang-sorang. Rupanya biasa saja tapi rasanya sangatlah sedap..Sebab beli awal, malam tu sebelum makan kami panaskan balik dalam microwave dan makan dengan sambal ikan bilis yang Maksu bekalkan..bertambah-tambah sedapnya.. TQ Maksu..wink~~

 Dinner..Bimbibap..yummy!!

Lepas makan kami transfer gambar dari camera dan video ke External Hardisk guna PC kat bawah sebab dah nak penuh..Lebih kurang pukul 11pm camtu baru habis..penat tunggu =( ..Balik bilik terus tidur.. huk3.. Nantikan sambungan dalam Seoul Korea Summer 2013: Day 5..Shopping day! Yeay!..Ok tidur-tidur sok nak shopping..masa untuk kempiskan wallet..he3 ^_^.

2 comments:

  1. Assalamualaikum, boleh saya tahu kedai yang dekat gwanghamun tu nama apa? saya tercari sotong pedas tu. Saya tak tahu yg dekat area gwanghamun ada kedai halal.boleh bagi direction? email saya radinfadlitech@yahoo.com terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..saya tak sure nama kedai tu tapi saya akan cuba tanya tourguide yang bawa kami. Jika saya dapat apa-apa info saya akan email. ok.

      Delete