Tuesday, 24 September 2013

Seoul Korea Summer 2013: Day 5

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t

InshaAllah saya continue untuk Seoul Korea Summer 2013: Day 5. Selamat Membaca!

............................................................................................................................................

Date: 26 August 2013, Monday
Tourguide: Sugu

Venue:
Namdaemun Market
Myeondong

Selamat pagi Seoul!

Pagi ni bangun dengan senyum lebar sebab today is "Shopping Day"..Yeay! Misi untuk mengempiskan wallet..hehe..

Seperti biasa, sarapan pagi kami harini mestilah roti+sardin+sambal ikan bilis+peach tea (bosan je kan menu asyik sama je kan..huhu..syukur la ada makanan gak). Ok pas dah sarapan & mandi kami bersiap-siap untuk keluar pergi shopping. Plan harini adalah ke Namdaemun, kemudian ke Dongdaemun dan akhir sekali ke Myeondong.. Hari Shopping Sedunia la harini kiranya..hehe..

Ok seperti biasa kami janji dengan tourguide kami kul 9am. Tapi disebabkan dia naik bas dan tersekat dalam jam so lambat la sikit sampai. Last-last kami suruh dia tunggu kat Jongno-3(Sam)-ga Station so dapat jimat masa sikit daripada dia dok patah balik ambik kami kat guesthouse (boleh tak bujet dah terer sangat jalan ke subway..hu3..tapi kalau tak ingat gak pelik jugak sebab tiap-tiap hari naik kat subway sama kan..ha3). Lupa plak nak introduce tourguide kami harini. Nama dia Sugu dari Seoul National University dan seperti biasa geng-geng diorang jugak tapi yang lain sikit dia ni Indian..tapi semalam masa jalan dengan Israq dia kata Sugu ni ok je dan senang ngam dengan diorang..so kami bujet ok la tu kan..So OK la..hukhuk..

So berjalan la kami ke Jongno-3(Sam)-ga Station dan bila kami sampai dia takde pun lagi. So menunggu la kami dan handphone saya plak nampak je canggih tapi sampai kat negara orang takleh guna plak. Dahla saya ni leader untuk group ni so dah jadi masalah. Tak leh nak contact Sugu. So tawakal je supaya Sugu tu jumpa kami..Alhamdulillah dalam kul 9.45am camtu dia sampai..huhu lambat jugak la..

Subway station; Jongno-3(Sam)-ga -->Namdaemun-->Myeondong-->Jongno-3(Sam)-ga 

Then kami terus turun untuk ke destinasi pertama kami iaitu Namdaemun Market. Kat sini ada jual macam-macam barang dari peralatan dapur, barang basah & kering, hiasan rumah, comforter, pakaian, kasut, souvenir dan paling famous untuk orang kita adalah Brooch..wink-wink~~ Kat sini jugak souvenir dijual lagi murah compare dengan tempat lain tapi kena berhati-hati jugak sebab takut kena tipu..Tempat yang tourguide kami bawak memang tempat biasa diorang bawak customer sebelum ni dan diorang memang dah kenal so senang nak bargain kan..

Namdaemun Market



You can find everything here from food, cloth and household..




Ikan pun ada jual kat sini..

So kami ke tempat pertama iaitu souvenir shop..Masuk je dalam bangunan tu blink~blink mata sebab penuh dengan peniaga..setiap ruang digunakan sebaik-baiknya..yang ada cuma laluan untuk orang lalu je..padat sangat tapi tempat tu fully air-conditioner so takdela panas..hehe..Sampai je kat kedai jual souvenir tu kami disambut oleh seorang onniee & ahjussi ni dengan air yakult..lega tekak kan..hehe..

Shop-lots inside the building..you only can see small pathway..

So bermulalah sesi memilih barang-barang dan semua check-list dibuka untuk check souvenir yang perlu dibeli supaya takde yang ter"miss" nanti..Untuk souvenir family & sedara-sedara, kami adik beradik dah siap-siap collect sorang sikit so takde pening kepala nanti terlari bujet. After dah pilih untuk sedara & family, untuk kawan-kawan plak..hu3..memang tak pandang kiri kanan dah..he3..Lastly untuk diri sendiri..taknak jadi cam dulu..beli untuk orang tapi diri sendiri takde..hukhuk..

Souvenir shops no..Please find this no if you go there.

Blink~blink~which one to choose?

Suprisingly, kedai onniee n ahjussi tu sangatlah murah..dan onniee tu boleh speaking dan cakap melayu sikit-sikit..nak bargain pun senang sebab ada tourguide suh dia je tanya..tapi tula kalau laki susah sikit sebenarnya nak bawak pergi shopping..agak tak sesuai la..kalau anda nanti better mintak perempuan la..sama je minat kan so takde rushing sangat..

After dah borong sakan souvenir, kami pergi cari comforter plak sebab duit banyak lebih..unexpectedly..serious..so kami guna duit lebih tu untuk beli comforter..Kalau anda nak tahu, comforter buatan Korea ni sangat berkualiti dan lembut..So kami beli 2 comforter dengan harga 50,000 won setiap satu, dan 2 sarung bantal untuk matching dengan comforter untuk bilik kami dan mak & abah. Anda jangan risau saiz conmforter tu besar or tak muat beg sebab kedai kat sini akan sediakan service packing comforter and "vacum" comforter sampai jadi cam nipis je..so senang nak sumbat dalam beg..tapi walaupun dah vacum tapi berat la..kitaorang main pas-pas la sebab berat kan..nasihat saya masa hari shopping ni bawak la beg tarik yang beroda..tak rugi bawak..We end up by not going to Dongdaemun because that comforter..hukhuk.. =(..

Ok pas beli comforter, kami dibawa ke tempat jual brooch..wah semua excited..blink~blink..masuk je tempat jual brooch silau mata ni tau..hurm dulu masa datang kami masuk kat kedai depan tu je..ni masuk sampai ke dalam..tapi cam biasa Sugu bawa kami ke tempat biasa dia bawak customer lain dan onniee ni pun boleh cakap melayu sikit-sikit..nampak sangat orang Malaysia ni kaki shopping kan..semua kenal sebab suka shopping..hahaha..

Brooch area..wink~wink~

Pas dah puas pilih brooch, perut pun dah berlagu bagai..kami pergi cari kedai makan..harini Sugu nak bawak kami makan ikan bakar katanya..so follow je..So ini menu kami harini..nyum-nyum~~

Before lunch (ikan bakar, sundubue jigae, soybean stew, ikan asam pedas & bachan)

After lunch..licin tak..hehe..

Above: Soy bean stew  Below: Sundubue Jigae

Ok perut pun dah kenyang kan..Misi terakhir kami adalah nak cari Gochujang, T-shirt I Love Korea & Mira nak beli seluar ahjumma..Untuk anda yang nak beli Gochujang kena berhati-hati sebab tak semua boleh makan..gochujang yang kami beli kat pasar Namdaemun tak halal sebab ada alkohol..ini menurut apa kata tourguide kami, Amirah..so kena baca ingredient dia la ye jangan pakai ambik je..kami pun tersilap beli, last2 tinggal kat guesthouse bagi kat owner dia..

Gochujang..non-halal coz contain alcohol..


Gochujang..halal coz no alcohol..you can buy at Jusco@Midvalley or Jaya Grocery@Bangi Getaway

Kedai jual gochujang, cili serbuk & barang kering lain

Kemudian kami cari t-shirt. Ada banyak harga depends pada kualitu tapi kadang-kadang sama je kena pandai cari. Rezeki kami dapat jumpa baju 3 helai=10,000 won. Yang ni paling murah + kualiti dia not bad. So saya beli 3 helai dan yang lain-lain pun beli jugak. Then Mira beli seluar ahjumma dengan harga 2,600 won sehelai..memang murah..

A sample of t-shirt that we bought from Namdaemun.


So teruskan perjalanan ke Myeondong setelah kami sepakat untuk discard Dongdaemun disebabkan barang yang sedia ada dah berat kan..tak tertanggung dek badan nak angkut rata-rata..huhu..Sikit tentang Dongdaemun ni. Kat sini anda boleh dapatkan kain korean silk, cotton dan segala jenis kain ela untuk buat baju. Kat sini jugak ada jual Hanbok kalau anda nak beli untuk kenangan tapi harganya mahal la depends pada kualiti kain..Rugi jugak tak pergi tapi apa nak buat..hukhuk..

Myeondong terkenal sebagai fashion street. Myeondong adalah tempat dimana barang kosmetik dari pelbagai jenama terkenal Korea seperti Nature Republic, Etude House, Face Shop dan pelbagai lagi boleh didapati di sini dengan harga yang bagi saya berpatutan dan mampu dibeli dan paling penting lagi murah dari Malaysia..Kat sini jugak terkenal dengan fashion store yang menjual pakaian lelaki dan perempuan mengikut trend terkini Korea dan semasa kami pergi tengah ada Summer Sale 2013..so mostly ada discount sampai 50%. Memang sangat murah. Kalau anda pergi kesini anda boleh nampak mostly local people dok tarik beg..dorang pun borong sakan gak..maksudnya memang murah sangat sebab sampai bawak beg kan.

Seoul Summer Sale 2013!! @ Myeondong

Disebabkan masa dah suntuk kami pergi solat dulu. So kami solat kat shopping complex aras 4 dekat atas "Forever 21". Asalnya kami nak solat kat tangga, tapi ramai sangat orang lalu lalang dan siap ada sorang guard ni tanya sebab nampak cam suspicious je. Nasib ada tourguide terang kat dia. At last, kami tukar ke tepi lif sebab ada ruang tersorok sikit untuk kami solat..itulah cabarannya kalau solat kat negara orang ni kan..apa pun solat perlu diutamakan walau dalam apa jua situasi.

Pas dah solat kami shopping kosmetik dan masing-masing beli untuk diri sendir je..hukhuk..Yang bestnya shopping kat sini, bila kita beli 1 items, free gift yang kita dapat lagi banyak dari barang yang kita beli..hahaha..Saya just beli Peeling gel, Soothing gel aloe vera 92% yang tengah hot kat Malaysia ni, CC cream & Super aqua max combination watery cream.

Aloe vera 92%  Soothing gel 

 Peeling gel

 CC Cream 

Super aqua max combination watery cream 

 Free gift..wink~wink~

 Royal jelly: cleansing cream

The first: Number One Essence

Dah puas jalan dan barang yang diangkut pun semakin berat, kami terus balik ke guesthouse. Malam tu kami suruh Sugu order pizza je sebab masing-masing dah tak larat. So ini menu kami, Cheese and Vege Pizza..dan air semuanya diborong di GS25 (kayalah GS25 tu sebab kami banyak menabung kat sana sampai cashier pun dah kenal kami..hukhuk) ..hahaha..


From lef: Milkis,, Banana milk, Pop Peach and (innerb)Collagen drink

Vege and Cheese Pizza

Misi kami harini berjaya..cuma terkilan sebab banyak tempat tak pergi jalan sebab faktor barang yang berat (nyesal tak bawak beg tarik..huhu)..So nasihat saya la..kalau anda nak pergi shopping kalau boleh peruntukan 2 hari. Sehari pergi Namdaemun sahaja sebab tempat dia sangat besar rugi kalau tak jalan kat situ. Sehari lagi baru pergi Myeondong & Dongdaemun..Kalau boleh pergi Myeondong dulu then baru ke Dongdaemun. Sebab barang kosmetik takdela berat sangat compare ngan kain ela yang kita akan borong kat Dongdaemun nanti..just pendapat saya saja..terpulang pada anda..anda tentukan..jangan menyesal macam saya nanti..

Okla satu hari yang sangat penat dan sangat membina otot tangan dan kaki..terus ada muscle..hehehe..thanks to the comforter..Nantikan Seoul Korea Summer 2013: Day 6..kemana kami akan pergi ye..Saya bagi hint sikit: tempatnya terletak diluar Seoul & perjalanan lebih kurang 1 jam..hehe..fikir-fikirkan..
.......................................................................................................................................................

Update: Just for sharing about strawberry milk..

Biasanya flavour strawberry daripada sumber ekstrak serangga. So for me as a muslims, after knowing this better we avoid it coz there's still other choices..just my opinion..but it depends on you..You can read more about this on this link: http://www.danarif.com/blog/wp-content/uploads/2011/12/halal-food-guide-korea.pdf , (Table on page 3: flavored milk)

10 comments:

  1. salam.. hi...
    I was looking for halal korean food and thank god I stumble upon your blog..
    I need some help, is the soy bean paste sold in jusco (same brand with gochujang) is halal or not?
    I really hope you will answer mine...
    Thank you..

    ReplyDelete
  2. Salam @Katak Hijau..
    I've asked my friend and she said InshaAllah its halal..If you want to reconfirmed, you can check the ingredient on the product coz now Jusco has translated the ingredient into English..just make sure there is no rice wine in the product ingredient..hope this answer will help you..^_^

    ReplyDelete
  3. Tq for replying.. I really appreciate that... I have bought that soy bean paste (dwejang) in jusco and it's ppackaging in brown tub... I have read the ingredient and no wine rice added... however, u know of course there will some people over internet tell that because it's fermented, it will produce it's own ethanol... And now, I have read your answer and it help me a lot.. Thanks again...

    ReplyDelete
  4. Thank you so much for the info... I have already bought Gochujang but i wonder if its halal or not.. but after reading your blog. i felt relief coz the one i bought is the second picture of the gochujang and i bought it at Jusco MidValley. Thank for the info.. ^_^

    ReplyDelete
  5. Salam..thank you for the info about gochujang above..bought the 2nd one also at isetan klcc..searching around to double confirm as at the ingredients part there is no alcohol. .thanks again! (^___~)

    ReplyDelete
  6. Erm ada student kat korea kate xblh minum strawberry milk coz contain pewarna yg xdbenarkan....just sharing

    ReplyDelete
  7. Thanks for the info..Alhamdulillah..saya dah tanya seorang sahabat disana..dia menyatakan bahawa ada banyak pendapat. Ada yang mengatakan boleh dan ada yang tidak. Biasanya flavour strawberry diperbuat daripada ekstrak serangga so kat situ timbul keraguan disebabkan sumbernya. InshaAllah bagi saya elakkan la sebab kita dah tau dan banyak lagi yang lain yang boleh kita minum..just my opinion..thanks sharing about this..lepas ni saya kena lebih berhati-hati.^_^

    ReplyDelete
  8. salam. baru jumpe cerita korea awak. gila tak saba nak ke sane..bole share keseluruhan budget selama 7D? awak guna pakej ke jalan2 sendiri? sbb selalu jalan guna tourguide mesti limit masanya.. btw nice sharing!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Sory lamabat reply.
      Saya guna khidmat student sana. Jalan takde limit dan lebih selesa..tak risau nak kejar masa. Itinerary saya susun sendiri dan minta tourguide bawak. masa dan tempat yang kita boleh pergi lebih fleksibel kalau amik student as our tourguide. budget 7D6N termasuk pakej+duit belanja+tiket flight lebih kurang 4k. Itu pun ada kesilapan amik kuantiti luggage masa balik. Kalau tak lagi jimat.harap dapat membantu.

      Delete