Saturday, 23 November 2013

Win a Family Trip to Korea!

Let's join this event by clicking the link below. You can win a trip to Korea with your family. Aja! Aja! Hwaiting!

Win a Family Trip to Korea!

By KTO

Monday, 4 November 2013

Seoul Korea Summer 2013: Day 7 (Last Day)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Date: 28 August 2013, Wednesday
Tourguide: Amirah

Venue:

  • Sinchon
  • Incheon International Airport Seoul
  • LCCT Kuala Lumpur

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di bumi Sonata..Flight kami harini adalah pada pukul 4.30 pm so kami kena berada di airport sebelum pukul 3 pm untuk check-in. Plan asal ingat nak jalan-jalan ke Insadong pada waktu pagi. Tapi disebabkan Amirah ada urusan yang perlu di'settle'kan di universiti dia so kami terpaksa cancel plan tersebut. 

Pada hari terakhir ini, Amirah nak bawa kami lunch di Sinchon..katanya tempat ini terkenal dengan ikan bakarnya..So kami follow je..Pagi before keluar lunch kami sibuk kemas barang-barang..sampai tak muat beg..lebihan makanan yang kami bawa kami bagi dekat Fauzi untuk kegunaan harian dia kat Korea..nak buang macam sayang je sebab semua bekalan makanan yang kami bawak banyak sangat lebih. 

So after dah kemas-kemas beg, kami terus bawa turun letak & letak di lobby guesthouse. Beg-beg tersebut dilabelkan dan staff guesthouse akan suruh kita tulis nama dan pukul berapa kita nak ambik. So kami budget cam boleh je balik ke guesthouse pukul 12 pm sebab ingatkan tempat lunch tu dekat je. Kami janji dengan Amirah nak jumpa pukul 10 am kat guesthouse tapi last minute tukar plan kami terus tunggu dia kat subway station sebab nak jimat masa.

Dalam pukul 10.30 am kami gerak ke tempat lunch kami iatu di Sinchon. Semalam masa balik dari Everland, kami tersalah tengok. Ingatkan just tukar 1 station je tapi rupanya pas satu station kena tukar 1 line..dan lebih kurang beberapa station baru sampai ke Sinchon station..

Masa sampai sana jam dah pukul 11 am.. Kami bergerak pantas sebab nak kena balik ke guesthouse semula pukul 12 pm dan nak kena tunggu bas untuk ke airport. 

Restoran ikan bakar Sinchon

In front of the restaurant ..Ahjussi tengah bakar ikan..


Sampai je kat restoran tu, Amirah terus order makanan.. Antaranya seperti gambar di bawah:

Our lunch menu..yummy!!

Ikan bakar, Sundubu jigae, Sambal Sotong, bachan

So delicious..the best among the best food we had in Korea!


Alhamdulillah dah kenyang!! licin tak??

Pas dah kenyang, kami cepat-cepat gerak balik..hu3 tak best tau..tak sempat makanan nak hadam elok-elok, dah kena jalan laju-laju..dah macam marathon dah..sebabnya jam dah pukul 12.15 am..Sepatutnya kami dah kena ada kat guesthouse masa ni..tapi kita hanya merancang.

Lebih kurang pukul 1 pm kami sampai di guesthouse..Before gerak ke bus station, Sarah nak bergambar dengan kami sebagai kenangan, kalau ikut memang dah tak sempat tapi tak sampai hati nak tolak. So cepat-cepat snap gambar. Pastu terus gerak ke bus station yang terletak lebih kurang 400-600 m dari guesthouse. Terasa agak jauh sebab beg berat dan dah lambat..hu3..

With Jongnowon's lovely staff.. Sarah..

Masa sampai kat bus stop, jam dah menunjukkan pukul 1.30 pm. Kalau ikut jadual, bas akan sampai kul 1.45 pm..tapi tunggu punya tunggu tak muncul-muncul pun bas nyer..Bila jam dah menunjukkan pukul 2.00 pm, kami buat keputusan ambik teksi sebab perjalanan ambik masa 1 jam..itu pun kalau tak jem..Alhamdulillah elok je kami decide nak ambik teksi, ada teksi lalu dan ahjussi tu tak kisah kami nak bawak barang banyak..Dalam teksi, masing-masing tengok jam..kesian kat ahjussi tu terpaksa bawak laju & langgar hadlaju sebab kitaorang..huhu..kamsahamnida ahjussi..

Lebih kurang pukul 3.00 pm kami sampai di airport. Saya & Mira pergi kaunter check-in dan Alhamdulillah kami sempat sampai tepat pada masanya..Pas check-in barang semua, kami terus masuk dan tunggu kat termina menunggul. Sampai kat terminal menunggu kami cari Prayer room. Untuk pengetahuan anda, di Terminal ada disediakan Prayer Room yang terletak di tingkat satu..Kalau tak tau anda boleh tanya kat kaunter pertanyaan kat situ..

So macam biasa, before gi solat kami ambik wudu' kat toilet. Tapi kali ni agak kagum dengan teknologi toilet kat Incheon International Airport ni..kat tempat duduk toilet ni dibalut dengan  plastik..dan anda nampak tak button warna "MERAH"  yang ada arrow tu. Bila kita tekan, automatik dia akan tukar dengan plastik baru..canggih betul..

Toilet seat wrapping with plastic


Lepas solat jama' taqdim, kami terus ke terminal gate. Penerbangan ke Malaysia delay lebih kurang 20 minit. So ingat nak pergi cari air tapi tak jadi sebab orang semua dah sibuk beratur..So tunggu jela..Lebih kurang pukul 4.44 pm kami dibenarkan menaiki kapal terbang..huhuhu..sedih dah nak balik..
View inside flight before depart..Annyong Seoul!..till we meet again..InshaAllah..

Tepat pukul 5 pm kami berlepas ke Kuala Lumpur..Untuk perjalanan balik ni kami just order Chicken sandwich sebab kononnya nak jimat la..tapi last-last beli nasi jugak sebab lapar..haha..Chicken sandwich simpan bawak balik umah..heheh. So this is my meal:


Chicken green curry (10, 000 won) + teh tarik! Yummy!!

Sepanjang perjalanan balik, kami terpaksa menghadapi 'turbulence' yang sangat teruk sampai rasa nak muntah..sebab asyik bergoncang..dalam hati ni Allah je tahu..semoga selamat sampai..Ni antara pemandangan sbelum 'turbulence' yang teruk..SubhanAllah sangat cantik..sebab dah nak sunset..





Alhamdulillah tepat jam 11.30 pm kami selamat mendarat..Sampai je kami terus pergi ambik beg then solat di LCCT sebelum balik umah..Lebih kurang pukul 12am, along sampai. Kami sampai umah lebih kurang pukul 1 am. Good to be at home..

Tamatlah pengembaraan kami ke bumi Sonata di musim panas..InshaAllah jika ada rezeki akan ke sana lagi..^_^.

Sunday, 3 November 2013

Seoul Korea Summer 2013: Day 6 Part 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum semua..
Minta maaf sangat sebab lambat post utk Seoul Korea Summer 2013: Day 6 Part 2...kekangan masa yang tak dapat dielakkan..selamat membaca..

Continued from Seoul Korea Summer 2013: Day 6 Part 1...

...............................................................................................................................................
Date: 27 August 2013, Tuesday
Tourguide: Amirah

Venue:
  • Everland Theme Park
Lepas naik water-ride of Amazon Express kat Lost Valley, seterusnya kami ke Animal Wonder World. Dah macam zoo dah..semua haiwan ada kat sini..sesuai untuk sesiapa yang bawak budak-budak..kat sini kami naik bas yang boleh bertukar jadi boat jugak..ingat tak dalam Running Man ada Jong-kook naik bas tu untuk task yang diberikan..Kemudian nampak juga Kyung-sik..gajah yang boleh bercakap..tapi masa pergi tu semuanya tak aktif sebab cuaca panas kot..Kat bawah ni antara gambar sekitar Animal Wonder World...





Kyung-sik, the talking elephant..



Kemudian kami terus ke Safari World (White Tiger Safari) untuk melihat harimau albino..memang comel..

Entrace to Safari World..

 White tiger, tiger & Liger (Lion+Tiger)

Bear

Safari World's Souvenir Shop

Alpine Village

Petting Zoo

Dari Safari World kami just jalan-jalan sekitar kawasan Carnival Square dan kebetulan masa tu ada Splash parade..patutla masa naik Amozan Express tadi ada nampak 2 korean girls tu pakai raincoat..rupanya dorang nak tengok Splash parade..kalau takde raincoat memang basah lenjun la..

Summer Splash..

Kami masa sampai tengok jela dekat-dekat, pas ada staff bagi warning yang air akan dipancutkan kami cepat-cepat lari, tak lama pastu memang ada splash..nasibla lari kalau tak memang basah la..hu3..tapi panas-panas ni memang best la, sejuk sikit..


Summer Splash..

Pas tamat Splash Parade kami pun masuk Rotating House (European Adventure). Masa mula-mula masuk orang tak ramai lagi, elok je pas kami beratur orang dah ramai. Nasib masuk awal..he3..Dalam Rotating House tu rasa macam dalam cite Harry Potter pun ada..tapi masa dah masuk dalam bilik tu, cerita dia semua dalam bahasa Korea..hu3..pastu ingatkan bila berdiri dalam bilik tu nanti bilik tu berpusing tapi rupanya tak.. ada kena masuk dalam satu bilik lagi..he3..Pas masuk bilik tu, ada kerusi kena duduk and safety-lock..masa start tu, serious rasa bilik tu berpusing siap rasa nak jatuh pun ada, padahal takdela pusing pun sebenarnya sebab dinding yang bergerak..takleh tahan last effect dia..ada something gerak kat kaki and bawah tempat duduk..pe lagi semua menjerit..ha3..geli sebenarnya..best3..thumbs up!!

Rotating House 

In front of Rotating House

After keluar dari Rotating House, kami terus gi solat kat Surau yang terletak dekat sebelah Mystery Mansion..tapi kalau nak cari kena cari betul-betul sebab sign Surau tu kat dalam..huk3..nampak tak sebelah entrance ke Mystery Mansiontu ada pintu sebelah tu..kat situ la surau dia..

Mystery Mansion

After solat, kami naik Sky-way dari European Adventure ke American Adventure untuk jimat masa sebab kalau nak jalan memang jauh..

On the board..Skyway..

Pastu masa mula-mula sampai tadi plan nak naik Let's Twist (American Adventure), so only saya & Mira je naik..takut gak sebenarnya..nampak cam slow je..tapi..hahaha..sebaliknya apabila dah naik..tapi pe pun enjoy je..tapi kalau orang suruh naik sekali lagi taknak dah kot..hahaha..Nasibla tak naik pas makan lunch tadi kalau tak mau keluar balik semua makanan..hehehe..Masa mula-mula gerak tu siap boleh buat peace lagi pastu bila dah start naik tinggi & masa yang sama berpusing dengan lajunya..mengucap jela..hahaha..tak keluar suara nak jerit..tergamam..pe pun pengalaman yang bestt!!

 Skyway (4 ride)

 Double Rock Spin

Let's Twist..really twist..hehehe

Then, pas dah pening kepala naik Let's Twist kami naik Flume Ride  @ Magic Land. Orang dok beratur takyah cite la..semestinya ramai..tengok cam best je.. so nak try la kan..disebabkan kami 5 orang, so Saya, Mira & Amirah naik satu boat dan K. Lida & Aidah naik satu boat..Masa tunggu turn tengok semua yang turun basah ..hu3..habisla saya fikir..tapi kalau tak naik rugi plak kan..redah je..

In front of Flume ride..

Serious memang best..rugi tak naik..tak tahan ada 2 peak menjunam yang tinggi tu memang best..dah la laju pastu jatuh 90 degree..ha3..baju memang basah..ingat orang dok kat depan basah rupanya belakang lagi basah teruk..hu3..pe pun best..daebak!! Sape-sape yang datang try la naik ride ni..pasti tak menyesal..

Wonder Ferris Wheel 

Aesop's Souvenir Shop

Lepas naik Flume Ride, jam dah lebih kurang pukul 6.30pm dan keadaan dah agak gelap..So kami plan nak pergi makan then solat dulu before tengok Moonlight parade yang bermula pukul 8.30 pm. Tapi kat Everland memang susah nak cari  makanan halal so kami decide makan Shrimp burger kat Burger Cafe..he3..I like it!! Masa nak pergi Burger Cafe kami lalu dekat Four Season Garden, so snap-snap gambar kejap..tapi malangnya semua bateri kamera dah low..so terpaksa la guna handphone..dan lebih malang lagi semua bateri handphone pun dah low..apa la nasib kan..so waktu malam gambar memang tak banyak sebab kamera semua dah tak berfungsi.

Madagascar Live Theater

Four Season Garden

After dinner, kami siap-siap ambik wuduk kat toilet, dan plan nak solat kat Surau. Malangnya dah kunci..hurm so tukar plan tengok kejap Moonlight parade @ Carnival Square then cepat-cepat gerak..Pastu Amirah cadangkan kami solat dulu before balik & before parade habis sebab kalau dah tamat parade tu nanti susah nak solat. Orang Korea ni takdela open sangat sebenarnya kalau tengok kita solat kat tempat terbuka..tapi Alhamdulillah dapat jugak tunaikan solat berlapikkan beg plastik yang kami shopping barang petang tadi..Pengajaran, lain kali bawak je praying mat ke mana saja kita pergi..

Moonlight Parade 
Moonlight Parade ..full of light..

After dah solat, kami ingat nak naik Sky-way naik atas tapi ramai pulak orang. So kami decide berjalan je untuk ke Main gate..Ya Allah..rasa nak tercabut kaki.. Masa datang tadi takdela rasa jauh sangat..tak sangka rupanya jauh..disebabkan nak kejar masa & bas terpaksa gagahkan kaki yang dah tak berdaya..Dengan keadaan yang gelap..kami meredah jalan ke atas..betul-betul menguji stamina..huk3..

Magic Tree @ night

Alhamdulillah kami berjaya sampai dan naik shuttle bas ke bus stop lebih kurang pukul 9.30pm. Tak lama pastu kami naik bas ke Gangnam..satu lagi ujian..seat penuh dan terpaksa berdiri lagi..sejam ok kena berdiri..rasa nak pengsan dah..dah la driver bas tu bawak boleh tahan gak..Lebih kurang kul 10.30pm kami sampai di Gangnam. Turun je bas terus ke subway station untuk balik ke guesthouse..Disebabkan hari dah jauh malam, kami suruh Amirah hantar kami sampai tukar line je..then kami balik ke guesthouse sendiri sebab risau dia balik sorang-sorang. At least kami berempat..inshaAllah selamat..

So seperti biasa balik tu singgah GS25 beli air pop & strawberi milk..he3..Sampai je guesthouse rasa nak pengsan..Pas mandi terus tido..Walaupun penat sangat tapi memang best..tak menyesal masukkan Everland dalam itinerary..memang berbaloi..

Esok Last day kat Seoul..Malam tu sebab dah letih sangat kemas sikit-sikit je..Sok pagi baru nak kemas betul-betul..

Goodnight Seoul..ZZZZzzzzz...........

Seoul Korea Summer 2013: Day 6 Part 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Date: 27 August 2013, Tuesday
Tourguide: Amirah

Venue:

  • Everland Theme Park

Morning Seoul!!

Harini kami akan ke Everland Theme Park..yeay!!

Tourguide kami harini adalah Amirah from Seoul University and this is the first time we meet..seperti biasa malam sebelumnya saya dah confirm dengan Amirah kul berapa nak gerak dari guesthouse and plan gerak kul 9am. Pagi ni breakfast makanan berat sikit sebab nak jalan jauh kan..So our breakfast menu today is Nasi beriyani and chicken rendang..yummy!!

After breakfast, terus bersiap..semangat la katakan nak gi main harini..tiba-tiba dapat message dari Amirah kata dia lambat sikit & dia suruh kami tunggu kat bilik je..so seperti biasa isi la masa lapang dengan menonton TV kan..hehehe..

Dalam kul 9.30am camtu kami pun turun tunggu je kat bawah siap-siap..sambil tu sembang dengan Sarah (korean girl that working at Jongnowon guesthouse). Banyak juga yang kami sembang..Sarah can speak 4 different languange..Korean (of courze la kan), English, Chinese and Japanese..wow really good ma..he3. Then she told us that we're lucky coz the monsoon season just ended..Whew! Alhamdulillah..She also will further her study in Japan soon..so I wish here best of luck in her study!

Dalam kul 9.45am camtu Amirah tu sampai..muka dia masa sampai memang cam baru berlari 100 m je..kesian je tengok..rupa-rupanya dia tertinggal duit kat umah..so terpaksa patah balik ke umah dia untuk ambik duit tu..So bergerak la kami ke Jongno-3(sam) station..

So plan kami harini, kami akan naik bas dari Gangnam untuk ke Everland..wah tak sangka dapat juga gi Gangnam walaupun untuk naik bas kan..hehehe..dok asyik dengar pasal Oppa Gangnam Style je kan..boleh gak tengok camne tempat tu..So dari Jongno-3(sam)  station (Line 3-orange) kami akan tukar train di Seoul National Univ. of Education station (ada lebih kurang 10 stop), then tukar ke Line 2 (bright green) untuk ke Gangnam station Exit 10 (1 stop only). 

Gangnam Underground Shopping..Gangnam Station 

Dari Gangnam Station kami kena cross the road untuk ke seberang jalan and take a shuttle bus no.5002 at the bus stop. Tambang bas murah je..2,100 won je..masa mula-mula sampai kat bus stop terkejut tengok..nak tau kenapa..ni la punya pasal..

 Can you see how long the people line-up waiting for the bus to Everland?

Long waiting line to board the bus to Everland..

Sambil menunggu bas sampai, sempat la snap gambar sekitar Gangnam..cantik dan moden..beza dengan Seoul..patut la orang kata Gangnam kawasan orang kaya..memang ye la kan..hehehe..

Gangnam-gu city..

Lebih kurang 20 minit jugak la beratur tunggu turn..dapat tengok 2 buah bas berlalu bersama penumpang yang penuh..hadoi la ramai sungguh nak gi Everland ni..padahal harini hari Selasa kot..Dapat je naik bas, sempat je membuta jap..sebab perjalanan lebih kurang 1 jam jugak la..kalau kena diri taktau la camne kan..ada je yang sanggup berdiri..gigih betul la diorang ni nak gi Everland..huhuhu..


Lebih kurang 1 jam, kami sampai ke bus stop. Dari bus stop ni, kena naik shuttle bas plak untuk ke Everland..tapi jangan risau FOC (free of charge)..comel je bas dia..huhuhu..dalam 5 minit je sampai..Wah!! akhirnya sampai gak kan..before ni dok tengok dalam Running Man & baca blog orang je kan..hehehe.

Bus stop..transfer with shuttle bus to Everland

Seperti biasa, ambik gambar kat Everland entrance sementara tunggu Amirah gi beli tiket. Tiket masuk berharga 35,000 won. Then, kami terus masuk. Alhamdulillah orang tak ramai sangat. Menurut tourguide kami, biasanya orang ramai dan sesak, kiranya rezeki kami orang tak ramai sangat..maybe sebab awal lagi kot..huhuhu..
@ the entrance of Everland

Everland Ticket

Before meneruskan aktiviti kami, Amirah cadangkan kami lunch siap-siap sebab masa tu jam dah kul 11.30 am. Lunch kami harini adalah Shrimp burger or burger udang @ Burger Cafe..sedap sangat..tapi minta maafla la yek gambar makanan takde sebab sedap sangat..tak sempat nak ambik gambar..hehehe..


@ Burger Cafe

 Inside Everland 

 Around Everland

Lepas perut dah kenyang, kami plan nak naik water-ride kat Lost Valley..kalau tengok dalam running man episode theme animal tu ada dorang naik water-ride yang bulat tu..On the way nak ke sana kami lalu Zootopia..Kat sini kita dapat lihat pelbagai spesis haiwan dan burung..Yang menariknya kat sini ada Polar bear..Kat zoo kita memang takde kan..Pada awalnya, polar bear ni tido je..bila kitaorang berdiri dekat dengan pagar..dia mula bergerak ke air dan paling best tengok polar bear ni buat show..hu3 pandai sangat..Comel plak tu..boleh tengok tapak kaki dia besar sangat masa dia berenang. Kalau dapat peluk memang best ler..hehehe..After dah tengok polar bear kebetulan ada sea lion show..so apa lagi peluang terbaik la..Persembahan dia sangat best..pandai la plak haiwan-haiwan ni..bukan sea lion je ada, swan, ayam, pigeon pun ada..tapi semua pandai..faham je kan trainer tu cakap..

@ Zootopia

Pathway along @Zootopia

 Various animals 


@ Sea Lion Show

Then kami terus ke Lost Valley nak naik water-ride. Alhamdulillah tak lama sangat beratur..lebih kurang 20 minit je tunggu turn..kalau biasanya sampai 2 jam beratur. Menurut Amirah, ride ni baru je dibuka, so memang orang berpusu-pusu nak cuba la. Ride ni memang best, tapi basah seluar sebab keadaan macam kat stream..kalau dapat rekod video memang terbaik la..Kami sempat ambik gambar before bergerak je..dah gerak semua dok pakat jerit..best-best!!

@ Lost Valley

On the ride @LOst Valley..here we go!!

Ok InshaAllah saya akan sambung pengembaraan kami di Everland dalam Seoul Korea Summer 2013: Day 6 Part 2..nantikan!!