Sunday, 3 November 2013

Seoul Korea Summer 2013: Day 6 Part 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Date: 27 August 2013, Tuesday
Tourguide: Amirah

Venue:

  • Everland Theme Park

Morning Seoul!!

Harini kami akan ke Everland Theme Park..yeay!!

Tourguide kami harini adalah Amirah from Seoul University and this is the first time we meet..seperti biasa malam sebelumnya saya dah confirm dengan Amirah kul berapa nak gerak dari guesthouse and plan gerak kul 9am. Pagi ni breakfast makanan berat sikit sebab nak jalan jauh kan..So our breakfast menu today is Nasi beriyani and chicken rendang..yummy!!

After breakfast, terus bersiap..semangat la katakan nak gi main harini..tiba-tiba dapat message dari Amirah kata dia lambat sikit & dia suruh kami tunggu kat bilik je..so seperti biasa isi la masa lapang dengan menonton TV kan..hehehe..

Dalam kul 9.30am camtu kami pun turun tunggu je kat bawah siap-siap..sambil tu sembang dengan Sarah (korean girl that working at Jongnowon guesthouse). Banyak juga yang kami sembang..Sarah can speak 4 different languange..Korean (of courze la kan), English, Chinese and Japanese..wow really good ma..he3. Then she told us that we're lucky coz the monsoon season just ended..Whew! Alhamdulillah..She also will further her study in Japan soon..so I wish here best of luck in her study!

Dalam kul 9.45am camtu Amirah tu sampai..muka dia masa sampai memang cam baru berlari 100 m je..kesian je tengok..rupa-rupanya dia tertinggal duit kat umah..so terpaksa patah balik ke umah dia untuk ambik duit tu..So bergerak la kami ke Jongno-3(sam) station..

So plan kami harini, kami akan naik bas dari Gangnam untuk ke Everland..wah tak sangka dapat juga gi Gangnam walaupun untuk naik bas kan..hehehe..dok asyik dengar pasal Oppa Gangnam Style je kan..boleh gak tengok camne tempat tu..So dari Jongno-3(sam)  station (Line 3-orange) kami akan tukar train di Seoul National Univ. of Education station (ada lebih kurang 10 stop), then tukar ke Line 2 (bright green) untuk ke Gangnam station Exit 10 (1 stop only). 

Gangnam Underground Shopping..Gangnam Station 

Dari Gangnam Station kami kena cross the road untuk ke seberang jalan and take a shuttle bus no.5002 at the bus stop. Tambang bas murah je..2,100 won je..masa mula-mula sampai kat bus stop terkejut tengok..nak tau kenapa..ni la punya pasal..

 Can you see how long the people line-up waiting for the bus to Everland?

Long waiting line to board the bus to Everland..

Sambil menunggu bas sampai, sempat la snap gambar sekitar Gangnam..cantik dan moden..beza dengan Seoul..patut la orang kata Gangnam kawasan orang kaya..memang ye la kan..hehehe..

Gangnam-gu city..

Lebih kurang 20 minit jugak la beratur tunggu turn..dapat tengok 2 buah bas berlalu bersama penumpang yang penuh..hadoi la ramai sungguh nak gi Everland ni..padahal harini hari Selasa kot..Dapat je naik bas, sempat je membuta jap..sebab perjalanan lebih kurang 1 jam jugak la..kalau kena diri taktau la camne kan..ada je yang sanggup berdiri..gigih betul la diorang ni nak gi Everland..huhuhu..


Lebih kurang 1 jam, kami sampai ke bus stop. Dari bus stop ni, kena naik shuttle bas plak untuk ke Everland..tapi jangan risau FOC (free of charge)..comel je bas dia..huhuhu..dalam 5 minit je sampai..Wah!! akhirnya sampai gak kan..before ni dok tengok dalam Running Man & baca blog orang je kan..hehehe.

Bus stop..transfer with shuttle bus to Everland

Seperti biasa, ambik gambar kat Everland entrance sementara tunggu Amirah gi beli tiket. Tiket masuk berharga 35,000 won. Then, kami terus masuk. Alhamdulillah orang tak ramai sangat. Menurut tourguide kami, biasanya orang ramai dan sesak, kiranya rezeki kami orang tak ramai sangat..maybe sebab awal lagi kot..huhuhu..
@ the entrance of Everland

Everland Ticket

Before meneruskan aktiviti kami, Amirah cadangkan kami lunch siap-siap sebab masa tu jam dah kul 11.30 am. Lunch kami harini adalah Shrimp burger or burger udang @ Burger Cafe..sedap sangat..tapi minta maafla la yek gambar makanan takde sebab sedap sangat..tak sempat nak ambik gambar..hehehe..


@ Burger Cafe

 Inside Everland 

 Around Everland

Lepas perut dah kenyang, kami plan nak naik water-ride kat Lost Valley..kalau tengok dalam running man episode theme animal tu ada dorang naik water-ride yang bulat tu..On the way nak ke sana kami lalu Zootopia..Kat sini kita dapat lihat pelbagai spesis haiwan dan burung..Yang menariknya kat sini ada Polar bear..Kat zoo kita memang takde kan..Pada awalnya, polar bear ni tido je..bila kitaorang berdiri dekat dengan pagar..dia mula bergerak ke air dan paling best tengok polar bear ni buat show..hu3 pandai sangat..Comel plak tu..boleh tengok tapak kaki dia besar sangat masa dia berenang. Kalau dapat peluk memang best ler..hehehe..After dah tengok polar bear kebetulan ada sea lion show..so apa lagi peluang terbaik la..Persembahan dia sangat best..pandai la plak haiwan-haiwan ni..bukan sea lion je ada, swan, ayam, pigeon pun ada..tapi semua pandai..faham je kan trainer tu cakap..

@ Zootopia

Pathway along @Zootopia

 Various animals 


@ Sea Lion Show

Then kami terus ke Lost Valley nak naik water-ride. Alhamdulillah tak lama sangat beratur..lebih kurang 20 minit je tunggu turn..kalau biasanya sampai 2 jam beratur. Menurut Amirah, ride ni baru je dibuka, so memang orang berpusu-pusu nak cuba la. Ride ni memang best, tapi basah seluar sebab keadaan macam kat stream..kalau dapat rekod video memang terbaik la..Kami sempat ambik gambar before bergerak je..dah gerak semua dok pakat jerit..best-best!!

@ Lost Valley

On the ride @LOst Valley..here we go!!

Ok InshaAllah saya akan sambung pengembaraan kami di Everland dalam Seoul Korea Summer 2013: Day 6 Part 2..nantikan!!



No comments:

Post a Comment