Monday, 4 November 2013

Seoul Korea Summer 2013: Day 7 (Last Day)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Date: 28 August 2013, Wednesday
Tourguide: Amirah

Venue:

  • Sinchon
  • Incheon International Airport Seoul
  • LCCT Kuala Lumpur

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di bumi Sonata..Flight kami harini adalah pada pukul 4.30 pm so kami kena berada di airport sebelum pukul 3 pm untuk check-in. Plan asal ingat nak jalan-jalan ke Insadong pada waktu pagi. Tapi disebabkan Amirah ada urusan yang perlu di'settle'kan di universiti dia so kami terpaksa cancel plan tersebut. 

Pada hari terakhir ini, Amirah nak bawa kami lunch di Sinchon..katanya tempat ini terkenal dengan ikan bakarnya..So kami follow je..Pagi before keluar lunch kami sibuk kemas barang-barang..sampai tak muat beg..lebihan makanan yang kami bawa kami bagi dekat Fauzi untuk kegunaan harian dia kat Korea..nak buang macam sayang je sebab semua bekalan makanan yang kami bawak banyak sangat lebih. 

So after dah kemas-kemas beg, kami terus bawa turun letak & letak di lobby guesthouse. Beg-beg tersebut dilabelkan dan staff guesthouse akan suruh kita tulis nama dan pukul berapa kita nak ambik. So kami budget cam boleh je balik ke guesthouse pukul 12 pm sebab ingatkan tempat lunch tu dekat je. Kami janji dengan Amirah nak jumpa pukul 10 am kat guesthouse tapi last minute tukar plan kami terus tunggu dia kat subway station sebab nak jimat masa.

Dalam pukul 10.30 am kami gerak ke tempat lunch kami iatu di Sinchon. Semalam masa balik dari Everland, kami tersalah tengok. Ingatkan just tukar 1 station je tapi rupanya pas satu station kena tukar 1 line..dan lebih kurang beberapa station baru sampai ke Sinchon station..

Masa sampai sana jam dah pukul 11 am.. Kami bergerak pantas sebab nak kena balik ke guesthouse semula pukul 12 pm dan nak kena tunggu bas untuk ke airport. 

Restoran ikan bakar Sinchon

In front of the restaurant ..Ahjussi tengah bakar ikan..


Sampai je kat restoran tu, Amirah terus order makanan.. Antaranya seperti gambar di bawah:

Our lunch menu..yummy!!

Ikan bakar, Sundubu jigae, Sambal Sotong, bachan

So delicious..the best among the best food we had in Korea!


Alhamdulillah dah kenyang!! licin tak??

Pas dah kenyang, kami cepat-cepat gerak balik..hu3 tak best tau..tak sempat makanan nak hadam elok-elok, dah kena jalan laju-laju..dah macam marathon dah..sebabnya jam dah pukul 12.15 am..Sepatutnya kami dah kena ada kat guesthouse masa ni..tapi kita hanya merancang.

Lebih kurang pukul 1 pm kami sampai di guesthouse..Before gerak ke bus station, Sarah nak bergambar dengan kami sebagai kenangan, kalau ikut memang dah tak sempat tapi tak sampai hati nak tolak. So cepat-cepat snap gambar. Pastu terus gerak ke bus station yang terletak lebih kurang 400-600 m dari guesthouse. Terasa agak jauh sebab beg berat dan dah lambat..hu3..

With Jongnowon's lovely staff.. Sarah..

Masa sampai kat bus stop, jam dah menunjukkan pukul 1.30 pm. Kalau ikut jadual, bas akan sampai kul 1.45 pm..tapi tunggu punya tunggu tak muncul-muncul pun bas nyer..Bila jam dah menunjukkan pukul 2.00 pm, kami buat keputusan ambik teksi sebab perjalanan ambik masa 1 jam..itu pun kalau tak jem..Alhamdulillah elok je kami decide nak ambik teksi, ada teksi lalu dan ahjussi tu tak kisah kami nak bawak barang banyak..Dalam teksi, masing-masing tengok jam..kesian kat ahjussi tu terpaksa bawak laju & langgar hadlaju sebab kitaorang..huhu..kamsahamnida ahjussi..

Lebih kurang pukul 3.00 pm kami sampai di airport. Saya & Mira pergi kaunter check-in dan Alhamdulillah kami sempat sampai tepat pada masanya..Pas check-in barang semua, kami terus masuk dan tunggu kat termina menunggul. Sampai kat terminal menunggu kami cari Prayer room. Untuk pengetahuan anda, di Terminal ada disediakan Prayer Room yang terletak di tingkat satu..Kalau tak tau anda boleh tanya kat kaunter pertanyaan kat situ..

So macam biasa, before gi solat kami ambik wudu' kat toilet. Tapi kali ni agak kagum dengan teknologi toilet kat Incheon International Airport ni..kat tempat duduk toilet ni dibalut dengan  plastik..dan anda nampak tak button warna "MERAH"  yang ada arrow tu. Bila kita tekan, automatik dia akan tukar dengan plastik baru..canggih betul..

Toilet seat wrapping with plastic


Lepas solat jama' taqdim, kami terus ke terminal gate. Penerbangan ke Malaysia delay lebih kurang 20 minit. So ingat nak pergi cari air tapi tak jadi sebab orang semua dah sibuk beratur..So tunggu jela..Lebih kurang pukul 4.44 pm kami dibenarkan menaiki kapal terbang..huhuhu..sedih dah nak balik..
View inside flight before depart..Annyong Seoul!..till we meet again..InshaAllah..

Tepat pukul 5 pm kami berlepas ke Kuala Lumpur..Untuk perjalanan balik ni kami just order Chicken sandwich sebab kononnya nak jimat la..tapi last-last beli nasi jugak sebab lapar..haha..Chicken sandwich simpan bawak balik umah..heheh. So this is my meal:


Chicken green curry (10, 000 won) + teh tarik! Yummy!!

Sepanjang perjalanan balik, kami terpaksa menghadapi 'turbulence' yang sangat teruk sampai rasa nak muntah..sebab asyik bergoncang..dalam hati ni Allah je tahu..semoga selamat sampai..Ni antara pemandangan sbelum 'turbulence' yang teruk..SubhanAllah sangat cantik..sebab dah nak sunset..





Alhamdulillah tepat jam 11.30 pm kami selamat mendarat..Sampai je kami terus pergi ambik beg then solat di LCCT sebelum balik umah..Lebih kurang pukul 12am, along sampai. Kami sampai umah lebih kurang pukul 1 am. Good to be at home..

Tamatlah pengembaraan kami ke bumi Sonata di musim panas..InshaAllah jika ada rezeki akan ke sana lagi..^_^.

3 comments:

  1. salam, boleh saya tau macam mana cara nak contact travel agent yang saudari guna masa melancong ke korea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..sebenarnya saya menggunakan khidmat travel ni melalui Jom Melancong (https://www.facebook.com/TourGuideTravel) tapi saya cadangkan terus direct kepada student yang jadi tourguide kat sana..ni saya senaraikan link ke FB tourguide yang biasa saya dan kawan-kawan saya ikut..Syafiqah boleh survey harga tengok yang mana yang ok ye:
      Seoul Red CAt- https://www.facebook.com/seoulredcatmuslimtravel
      Muslim Tour in Korea-https://www.facebook.com/Muslimtourtokorea
      Idham Othman-https://www.facebook.com/mibo91?fref=ts (ini tourguide saya masa Korea 2013, student kat sana tapi sekarang dah tamat belajar tapi cubala contact)
      Korea budget travel-https://www.facebook.com/pages/Korea-Budget-Travel/146191652108252

      Delete
    2. Sorry lambat reply..harap dapat membantu..

      Delete