Monday, 23 December 2013

The EnD of My MaStER JoURnEy....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..

Pada 12 Disember 2013, saya mendapat email dari GSO menyatakan bahawa thesis saya telah diluluskan di peringkat senat..ini menandakan tamat lah sebuah perjuangan yang penuh dengan onak & duri, air mata serta penat lelah selama 3 tahun..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kepada Ilahi yang memudahkan segala urusan dan sentiasa memberi kekuatan kepada insan yang bernama hamba ini..


Tamatnya pengajian Master ini tidak menamatkan rasa cinta pada ilmu dan semangat serta cita-cita untuk menyambung ke peringkat PhD..tetapi terasa diri ini perlu berfikir semasak-masaknya sebelum menyambung ke peringkat yang seterusnya..


Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga yang sentiasa banyak membantu serta memberi sokongan di kala diri ini jatuh & bangun semula. Tanpa sokongan & doa kalian, tak mungkin dapat saya kecapi semua ini.

Terima kasih jugak kepada supervisor, Prof. Dzolkhifli Omar..yang tidak jemu mencurah ilmunya serta sentiasa membantu dan memberikan kepercayaan kepada diri ini..

Kepada semua sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dan yang tak jemu memberi sokongan..

Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian..


Wednesday, 18 December 2013

Penghujung Tahun 2013..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T..dengan nikmat Iman & Islam serta nyawa yang dipinjamkan dapat diri ini meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini..

Alhamdulillah baru je habiskan post Seoul Korea Summer 2013: Day 6 Part 2. Minta maaf sangat lambat untuk habiskan post tersebut..Sahabat-sahabat boleh click link kat atas untuk terus ke post tersebut..

Alhamdulillah banyak perkara berlaku dalam tempoh & tahun ini..Alhamdulillah baru dapat tahu thesis telah diluluskan di peringkat senat..InshaAllah akan bergraduat pada tahun hadapan jika tiada sebarang halangan.. tolong doakan saya ye sahabat-sahabat pembaca.. 

InshaAllah hujung bulan ini, jika tiada aral saya akan dijemput menjadi tetamu Allah..mudah-mudahan dipermudahkan perjalanan kami sekeluarga menunaikan umrah..doakan saya & keluarga selamat pergi & kembali..InshaAllah saya akan kongsikan pengalaman pertama saya setelah pulang nanti..

 Masjidil Haram

Masjid Nabawi..

Saya doakan sahabat semua sentiasa dalam lindungan-NYA..A'amin