Saturday, 30 August 2014

CeRiTA SeMaLaM..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Pencipta Langit & Bumi serta seisinya..masih lagi dipinjamkan nyawa untuk bernafas di atas muka bumi ini..

Agak lama tak update blog tapi tiba-tiba harini terasa nak update and kongsi cerita sedikit..

Janji nak update pasal pengalaman menunaikan umrah.. terpaksa ditangguh sementara waktu disebabkan kekangan masa..

Alhamdulillah semasa bulan Ramadhan yang lepas saya telah mendapat panggilan interview kerja..bukan satu tapi dua dan ianya dua hari berturut-turut..Alhamdulillah, pada 9 dan 10 Ramadhan bersamaan 7 dan 8 Ogos 2014, saya mendapat panggilan interview. Pada awalnya, saya menerima message di handphone mengatakan saya berjaya melayakkan diri ke peringkat interview RISDA (Rubber Industry Smallholders Development Authority) untuk jawatan pegawai pertanian pada 8hb Ogos 2014 pada pukul 2.30pm di Ibu Pejabat RISDA di Kuala Lumpur. Kemudian pada keesokan harinya sekali lagi saya mendapat panggilan telefon dari MPOB (Malaysian Palm Oil Board) untuk jawatan Pegawai Penyelidik yang akan diadakan pada 7hb Ogos 2014 pada pukul 9am.

What can I say? Termenung sebentar..Alhamdulillah kedua-dua interview tidak pada hari yang sama..Jauh di sudut hati, saya sangat bersyukur kepada Allah kerana mendapat rezeki ini..walaupun hanya untuk interview dan tak pasti lagi sama ada saya terpilih atau tidak..Saya hanya ada 3 hari sahaja untuk prepare for the interview..both were in different field, one is on oil palm and another one is on rubber..So masa inila nak minta tolong adik-adik junior supply notes sebab notes dulu semua dah kena banjir..

 7hb Ogos 2014:

Awal-awal pagi saya dah gerak dari rumah dan Alhamdulillah sampai di Ibu Pejabat MPOB lebih kurang jam 8.30am. Interview akan diadakan di tingkat 3 Bangunan Pentadbiran..Naik je atas kebanyakan calon dah sedia menunggu untuk ditemuduga..Seramai 17 calon akan ditemuduga dan saya adalah calon yang ke-9 yang akan ditemuduga..Lebih kurang jam 11.50am saya dipanggil masuk..

Guess what??

Ada lebih kurang 11-13 orang penemuduga duduk di hadapan saya..and you're sitting alone in front of them..Masa tu Allah je yang tahu macam mana perasaan saya..dan perasaan gemuruh tiba-tiba melanda..It's remembered me back on my VIVA VOCE..

I begin with introduce myself and my study background..then..

One of the interviewer asked me?..Ok explain on your honour degree project? Ya Allah..itu je yang terdetik kat dalam hati..seriously when we are nervous all the things in our mind are wipe out..that's what happened to me..sampai dia tanya Order for DBM (Plutella xylostella) pun I can't give the correct answer..

Then the interviewer give the answer..Lepidoptera.. do you know that..I just nodded..

Then after all the hard time inside there, I just went out from the room after about 15-20 minutes..Bila dah keluar, semua yang tengah tunggu giliran tanya macam mana, saya just cakap ok tapi hakikatnya sangat teruk..malu sangat sebab soalan yang simple pun takleh nak jawab..so memang tawakkal dan tak letak harapan pun untuk dapat keje kat situ..disebabkan keesokan ada satu lagi interview, I've to cheer up myself dan saya yakin dengan rezeki Allah..

Sampai rumah semua tanya dan saya memang sedih sangat masa tu dan cakap takde rezeki rasanya nak dapat keje kat situ sebab mostly soalan takleh jawab..So balik umah terus study pasal getah pula sebab nak interview esok..

8hb Ogos 2014:

Lebih kurang jam 10am kami gerak dari rumah..Kenapa kami?? Sebab saya bawak ayah and adik saya ikut sekali masa pergi interview RISDA..disebabkan tak tahu jalan..so terpaksa la bawa mereka sekali untuk tunjuk jalan..Alhamdulillah sampai sana lebih kurang jam 12pm..selepas menempuh jem yang sangat teruk..sampai sakit kepala..

Sampai je saya terus naik atas dan kebetulan ada pegawai bertugas kat meja pendaftaran.. jadi saya terus daftar dan kemudian isi borang yang berkenaan. Sementara nak tunggu interview sesi petang, saya tunggu di surau..sambil-sambil tu buat revision sikit pasal getah. 

Selepas solat zohor, saya terus naik atas dan serahkan semua dokumen yang berkenaan kepada pegawai bertugas..Saya termasuk dalam kumpulan ketiga yang akan ditemuduga..setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang calon..so memang kena fight dan menonjol masa interview..

Lebih kurang jam 4.30pm kumpulan kami dipanggil masuk..Kami adalah kumpulan terakhir pada sesi tersebut..Alhamdulillah interview berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah kali ini saya lebih yakin berbanding interview sebelum ini..

19hb Ogos 2014

Semasa solat zohor saya mendapat panggilan telefon dari pihak MPOB..tapi disebabkan semasa panggilan masuk saya sedang solat Zohor, jadi adik saya menjawab panggilan tersebut..Pihak MPOB mengatakan mereka akan menghubungi saya semula..Seusai solat zohor, saya terus menghubungi pihak MPOB..terasa getaran dalam hati sama ada berita baik atau tidak..

Saya bertanya kepada staf yang menghubungi saya tadi dan beliau mengatakan SAYA TELAH BERJAYA dan terpilih dalam interview MPOB yang lalu untuk jawatan pegawai penyelidik..Masa tu hanya Allah sahaja tau..mengalir air mata..syukur Alhamdulillah..siapa sangka jawatan yang saya langsung tak meletak harapan disebabkan prestasi interview yang tak berapa baik tapi saya terpilih..Sesungguhnya yakinlah bahawa rezeki itu semuanya Allah yang tentukan..

Saya diminta untuk mengambil borang tawaran dan seterusnya melakukan medical checkup dan beberapa urusan lain hanya dalam masa 5 hari..Saya diminta untuk melapor diri pada 25hb Ogos 2014..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya melapor diri di Ibu Pejabat MPOB pada 25hb Ogos 2014.

Itulah serba sedikit pengalaman yang saya lalui..untuk sahabat-sahabat di luar sana. Jangan pernah berputus asa.. Yakin dengan janji Allah..Janji Allah itu pasti..

Please pray for me..Semoga alam pekerjaan ini membuka satu lagi episod baru dalam kehidupan saya ini.. Semoga saya dapat menghadapi apa jua cabaran yang bakal dihadapi di masa hadapan..

Please pray for our brothers and sisters in Palestine, Gaza, Syria, Egypt and all over the world..Together we stand strong..

Selamat Hari Merdeka Yang ke-57..
Happy Malaysia Independence Day to All Malaysian...
Semoga kita bebas dari penjajahan fizikal & mental..
Hidup bersatu padu..walaupun kita berlainan bangsa & agama..
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
ALLAHUAKBAR! 







Wednesday, 18 June 2014

UmRaH 2013/2014..PArt 2.."Ku SambuT PanGGiLaN-MU Ya ALLAH"..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Sambungan..

______________________________________________________________________

Date: 28 Disember 2013

Alhamdulillah kami dibenarkan menaiki kapal terbang tepat jam 4pm. Terdapat beberapa kumpulan jemaah umrah dari agensi yang berlainan turut menaiki penerbangan yang sama. Keadaan di dalam ruang kapal terbang agak kelam-kabut kerana masing-masing ingin duduk bersama keluarga masing-masing. Disebabkan ada penumpang yang tidak duduk di tempat yang telah ditetapkan, akhirnya saya tidak mempunyai tempat duduk. Seat saya telah diambil oleh seorang makcik. Dek kerana malas hendak serabut, akhirnya saya pasrah dan meminta pramugari yang bertugas untuk mencarikan seat kosong yang masih ada. Alhamdulillah setelah beberapa minit mencari akhirnya terdapat satu seat kosong dan syukur ianya adalah di sebelah seorang makcik. Walaupun agak terpisah jauh ke belakang, tetapi saya telah memesan kepada makcik saya untuk mengingatkan saya apabila menghampiri 'Miqat' untuk berniat ihram.

Alhamdulillah tepat jam 5 pm kapal terbang MH180 sedia untuk berlepas..Dengan lafaz Bismillah.. kami selamat berada di ruang udara..Perjalanan ke Jeddah mengambil masa selama lebih kurang 8 jam.. Satu jangka masa yang agak panjang..lebih lama dari pengalaman sebelum ini ke Bumi Sonata..

Sebaik kapal terbang berada dalam keadaan stabil, pramugari mula menghidangkan menu pertama kami..Perut sememangnya sangat lapar kerana kami telah berkumpul sejak pukul 12 tengah hari lagi. Terdapat beberapa pilihan menu yang diberikan antaranya kambing, western food dan nasi briyani & ayam kurma. Semestinya saya memilih nasi briyani dan ayam kurma kerana tidak berminat dengan menu kambing. Tetapi kebanyakannya memilih menu kambing.

Hidangan pertama yang dihidangkan sebaik kami berlepas..

Setelah perut kenyang, maka tibalah masanya untuk melelapkan mata..tapi ntah kenapa mata ini tidak boleh lelap..jauh di sudut hati ada rasa takut untuk sampai di bumi Haramain..terasa diri ini penuh dengan dosa.."Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosaku..permudahkan urusan kami sekeluarga..Aamin" 

Langit di luar kian berubah ke warna kemerah-merahan..menandakan matahari sudah mahu melabuhkan tirainya..SubhanAllah indahnya ciptaan-Mu Ya Rabb..

Pemandangan matahari terbenam ..

Bagi memenuhi masa yang terluang, saya keluarkan buku panduan umrah..saja nak buat revision before sampai..kemudian sambil dengan rakaman suara semasa kursus di Andalusia yang saya rakam setiap kali ke kursus..bila dengar senang sikit nak masuk daripada baca kan..

Lebih kurang 4 jam kemudian, pengumuman kedua diumumkan oleh ketua pramugari bahawa makan malam akan dihidangkan sebentar lagi..rasanya baru je makan..perut pun still kenyang lagi.. tapi rezeki jangan ditolak..he3..macam biasa untuk dinner pun menu kambing still compulsory..so sape yang makan kambing memang untung la..nasib la tak makan kambing,,

 Hidangan kedua yang dihidangkan selepas 4 jam kami berlepas..

Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):
#Qarnul Manaazil - lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah.
# Bir Ali (sisebut juga sebagai Zulhulaifah)- lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Makkah.

Oleh kerana kami terus ke Makkah kami berniat miqat di Qarnul Manaazil. Biasanya pilot akan umumkan bahawa kita akan melepasi sempadan Miqat..jadi jangan risau..kalau tertidur boleh pesan pada pramugari untuk kejutkan once dah sampai Miqat. Once dah niat ihram, maka mulalah kita terikat dengan larangan-larangan dalam ihram..

Alhamdulillah, lebih kurang jam 12.30 pagi waktu Malaysia dan 7.30 malam waktu Arab Saudi, kami selamat mendarat di Jeddah International Airport. Sebaik turun dari kapal terbang kami menaiki bas ke terminal airport..tapi disebabkan opah menggunakan kerusi roda adik terpaksa menunggu giliran yang terakhir untuk menaiki kenderaan khas yang akan membawa mereka terus ke terminal airport. Kami yang lain menaiki bas ke terminal untuk checkout di imigresen..

Sampai di terminal terkejut saya sebab orang tersangat ramai..rasanya Jeddah Airport ni antara airport yang tersibuk di dunia..Manusia dari seluruh pelosok dunia datang ke sini untuk satu tujuan dan akidah yang sama..Allahu.. sangat teruja..

Alhamdulillah urusan di imigresen semuanya lancar bagi kami walaupun pegawai yang bertugas agak garang. Setiap keluarga mestilah beratur bersama mahram masing-masing. Yang penting mahram akan berdiri di kedudukan terakhir pada setiap barisan keluarga masing-masing.. 

Jeddah International Airport 

Jeddah International Airport 

Setelah keluar dari imigresen,kami mula mencari beg masing-masing..beg kami telah diturunkan oleh staf yang bertugas di airport..Setelah semua telah berkumpul, kami mula bergerak ke bas. Disebabkan hanya keluarga kami sahaja yang mempunyai warga emas, maka pergerakan kami agak perlahan berbanding  jemaah yang lain. Kami segera naik bas yang disediakan. Sebaik naik ke bas, makanan diedarkan untuk mengisi perut yang agak lapar.

Kami bergerak ke sebuah masjid untuk menunaikan solat maghrib..Usai solat maghrib kami meneruskan perjalanan memasuki Makkah al-Mukarramah..Mutawwif kami, Ustaz Khairuddin mengetuai laungan talbiah kami sepanjang perjalanan kami memasuki kawasan tanah haram..Kami diusulkan untuk beristighfar dan banyakkan bacaan talbiah..Tatkala bacaan talbiah meluncur keluar dari mulut ini, terasa titisan panas membasahi pipi..

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
“Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji, nikmat dan segenap kekuasaan milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu”
Allahu..setinggi kesyukuran ku panjatkan kepada-Mu kerana memilih diri ini sebagai tetamu di bumi Haramain ini..tidak ku sangka akhirnya aku dijemput menjadi tetamu-MU..Bas yang kami naiki laju meluncur melalui sempadan Jeddah dan Makkah..perjalanan dari Jeddah mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai..Dari jauh cahaya lampu dan Nur yang terpancar dari MasjidilHaram menyinari kawasan sekelilingnya..Laju air mataku meluncur jatuh..seperti tidak percaya yang diri ini telah sampai disini.

Beg yang telah diturunkan dari bas untuk dihantar ke bilik
Hera Hotel..tempat penginapan kami
Kami terus ke hotel untuk check-in hotel dan meletakkan barang. Kami diminta untuk berkumpul di lobi pada pukul 10.30 malam untuk melakukan umrah bersama-sama tunjuk ajar dari Mutawwif..

________________________________________________________________________

To be continued...





Tuesday, 17 June 2014

UmRaH 2013/2014..PArt 1..PerSediaaN MenuNaiKaN UmrAH..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah harini bersamaan 19 Syaaban 1435H..Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk terus bernafas di atas muka bumi- MU Ya Rahman Ya Rahim..

InsyaAllah setelah lama memeram memori menunaikan umrah, InshaAllah harini nak mula mencatat sedikit sebanyak pengalaman semasa berada di bumi yang penuh barakah dan ketenangan; Makkah Al-Mukarramah & Madinah al-Munawwarah..

................................................................................................................................................
Date: 28 Disember 2013

Alhamdulillah harini kami akan berlepas ke bumi Makkah untuk menunaikan ibadah umrah. InshaAllah saya dan lima orang ahli keluarga saya yang lain iaitu mak, abah, adik dan termasuk Opah & makcik akan berangkat ke airport pada pukul 10am kerana penerbangan kami dijangka berlepas pada pukul 3pm waktu Malaysia.

Mengimbas semula memori perancangan yang agak tiba-tiba..siapa sangka hari yang ditunggu-tunggu telah tiba..plan untuk menunaikan umrah ini agak tidak dirancang.. Ini kerana kami bertiga baru saja pulang bercuti dari Korea bulan Ogos dan tiba-tiba saja mak menyatakan hasrat untuk menunaikan umrah pada hujung tahun tersebut..Pada pandangan saya ia hanyalah cadangan semata dan bukan sesuatu yang serius..

Pada bulan September, mak & abah telah ke agensi Andalusia di Bangi untuk mendaftar pakej umrah dan Alhamdulillah ada kekosongan pada bulan Disember iaitu 2 minggu selepas visa umrah dibuka kembali oleh kerajaan Arab Saudi..Disebabkan kekangan masa saya untuk setelkan thesis dan submit thesis, saya agak kekurangan masa untuk membaca buku panduan yang diberi.. Alhamdulillah sempat saya mengikuti kursus umrah yang diadakan oleh pihak Andalusia setiap hari Sabtu & Ahad. Saya berpeluang untuk mengikuti kelas sebanyak 4 kali..Alhamdulillah input yang diperolehi sangat banyak untuk mengisi lopong-lopong yang masih ada untuk ilmu umrah ini.

Alhamdulillah pada 12 Disember 2013 saya mendapat panggilan dari pihak GSO UPM bahawa thesis saya telah diluluskan oleh senat..Alhamdulillah, satu lagi berita gembira..So saya setelkan semua urusan dengan GSO sebelum berangkat so nanti takdela serabut..Seminggu sebelum berangkat kami ke klinik berdekatan untuk mendapatkan suntikan vaksin meningitis (RM130 per suntikan) untuk mengelakkan sebarang jangkitan semasa di sana nanti. Alhamdulillah visa kami juga telah diluluskan oleh pihak duta Arab Saudi...

Pakej Andalusia..

Jam menunjukkan pukul 10am..semua saudara mara dah berkumpul..Kami semua dan siap mandi sunat Ihram sebab InshaAllah kami akan terus ke bumi Makkah untuk menunanikan umrah. So bila dah mandi sunat ihram, bagi yang lelaki kena pakai kain Ihram siap-siap so bila dah sampai di Miqat (tempat berniat ihram) boleh terus niat je dan secara automatik terikat dengan 13 PL (Pantang Larang). Bagi yang ke Madinah anda tak perlu mandi sunat ihram dan boleh pakai baju biasa sahaja bagi lelaki..Lepas dah bersiap, tiba-tiba sayu rasa dalam hati..rasa takut pun ada gembira tu memangla kan..takut nak pergi sana dengan diri yang banyak dosa dan lemah ini..Semoga ibadahku diterima- NYA..Aamin..

Bergambar sebelum berangkat ke KLIA

AyahNgah melaungkan azan menandakan keberangkatan kami ke airport..Alhamdulillah beg semua dah masuk dalam kereta. Kami bertolak ke KLIA..InshaAllah kami akan menaiki penerbangan MAS. Sampai di KLIA kami mencari-cari kelibat mutawif dan agent Andalusia serta mendaftarkan nama untuk check-in barang dan dapatkan tag nama serta pasport dan tiket. Pihak Andalusia memberi taklimat perjalanan kami dan mutawif kami, Ustaz Khairuddin membacakan doa. Kami diminta berkumpul di pintu pelepasan pada pukul 2pm. 

Beg para jemaah Andalusia

Mendengar taklimat..

Saya diuji dengan dugaan pertama masa kat airport. Kami ada mohon wheelchair untuk Opah tapi masa sampai wheelchair takde dan jam dah menunjukkan pukul 1pm. Jadi saya meminta pihak Andalusia memaklumkan pada staff airport untuk menyediakan perkhidmatan wheelchair..Disebabkan kekangan masa, saya meminta mak, abah & makcik ke surau terlebih dahulu untuk menunaikan solat kerana kami perlu berkumpul pada pukul 2pm. Jadi saya & adik menunggu bersama Opah in case takde wheelchair kami akan memimpin Opah..Agak lama juga menunggu akhirnya kami mendapat wheelchair, then terus ke surau untuk solat..Alhamdulillah kami tiba di tempat menunggu tepat pada masanya malah lebih awal dari yang lain..


  Bergambar bersama ahli keluarga

Penerbangan kami delay selama setengah jam kerana masalah teknikal..Alhamdulillah tepat jam 4pm kami berlepas ke Jeddah..Perjalanan mengambil masa selama 8 jam..Masa yang agak lama untuk berada dalam flight..Sebelum ni paling lama pun 6 jam..huk3..Semoga perjalanan kami selamat semuanya..Aamin..


 Waiting area before departure..




InshaAllah saya akan sambung pada post yang akan datang..

Friday, 23 May 2014

EPiSoD KeHIduPAN BaRu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum w.b.t..

Lama tak menjengah ke blog ni..dah berhabuk dah..Last update hujung tahun lepas..huk3..

Alhamdulillah dah habis master..tapi soalan seterusnya orang akan tanya kerja apa? Rezeki setiap orang berbeza-beza jadi yakinlah dengan ketentuan Allah.. DIA telah aturkan yang terbaik untuk setiap hamba-NYA..same goes to me..After 5 month finished my master I still don't get any jobs, so I just do a part time job and work as RA in my previous faculty. Before working as RA, I got a job as clerk in one of contractor Enterprise company but it didn't last long..only 1 month..the reason?? because I can't doing all the accounting and 'kira-kira'..bab-bab tender boleh lagi..he3..balik rumah je stress sebab pening nak belajar benda baru..huk3.

InshaAllah keinginan untuk sambung belajar tu masih berkobar-kobar cuma menunggu masa dan peluang yang sesuai.. doakan saya mendapat peluang untuk memenuhi cita-cita yang dah lama terpendam..InshaAllah kalau ada masa nanti nak update pengalaman masa menunaikan umrah awal bulan Januari haritu.. sememangnya pengalaman dan kenangan yang sangat indah..InshaAllah ada rezeki nak pergi lagi..Betul la kata orang, sekali dah sampai sana memang sentiasa terkenang-kenang..

InshaAllah Ramadhan akan menjelma tak lama lagi..rindunya pada Ramadhan..Sempena bulan Rejab ni jom gandakan amalan dan berpuasa sunat sebagai persediaan menyambut ketibaan Ramadhan..JOm Amalkan Doa ini:



Jom doakan saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Mesir, Afghanistan serta negara-negara islam yang ditindas untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka semoga di dalam Lindungan-NYA..Aamin.