Wednesday, 18 June 2014

UmRaH 2013/2014..PArt 2.."Ku SambuT PanGGiLaN-MU Ya ALLAH"..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Sambungan..

______________________________________________________________________

Date: 28 Disember 2013

Alhamdulillah kami dibenarkan menaiki kapal terbang tepat jam 4pm. Terdapat beberapa kumpulan jemaah umrah dari agensi yang berlainan turut menaiki penerbangan yang sama. Keadaan di dalam ruang kapal terbang agak kelam-kabut kerana masing-masing ingin duduk bersama keluarga masing-masing. Disebabkan ada penumpang yang tidak duduk di tempat yang telah ditetapkan, akhirnya saya tidak mempunyai tempat duduk. Seat saya telah diambil oleh seorang makcik. Dek kerana malas hendak serabut, akhirnya saya pasrah dan meminta pramugari yang bertugas untuk mencarikan seat kosong yang masih ada. Alhamdulillah setelah beberapa minit mencari akhirnya terdapat satu seat kosong dan syukur ianya adalah di sebelah seorang makcik. Walaupun agak terpisah jauh ke belakang, tetapi saya telah memesan kepada makcik saya untuk mengingatkan saya apabila menghampiri 'Miqat' untuk berniat ihram.

Alhamdulillah tepat jam 5 pm kapal terbang MH180 sedia untuk berlepas..Dengan lafaz Bismillah.. kami selamat berada di ruang udara..Perjalanan ke Jeddah mengambil masa selama lebih kurang 8 jam.. Satu jangka masa yang agak panjang..lebih lama dari pengalaman sebelum ini ke Bumi Sonata..

Sebaik kapal terbang berada dalam keadaan stabil, pramugari mula menghidangkan menu pertama kami..Perut sememangnya sangat lapar kerana kami telah berkumpul sejak pukul 12 tengah hari lagi. Terdapat beberapa pilihan menu yang diberikan antaranya kambing, western food dan nasi briyani & ayam kurma. Semestinya saya memilih nasi briyani dan ayam kurma kerana tidak berminat dengan menu kambing. Tetapi kebanyakannya memilih menu kambing.

Hidangan pertama yang dihidangkan sebaik kami berlepas..

Setelah perut kenyang, maka tibalah masanya untuk melelapkan mata..tapi ntah kenapa mata ini tidak boleh lelap..jauh di sudut hati ada rasa takut untuk sampai di bumi Haramain..terasa diri ini penuh dengan dosa.."Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosaku..permudahkan urusan kami sekeluarga..Aamin" 

Langit di luar kian berubah ke warna kemerah-merahan..menandakan matahari sudah mahu melabuhkan tirainya..SubhanAllah indahnya ciptaan-Mu Ya Rabb..

Pemandangan matahari terbenam ..

Bagi memenuhi masa yang terluang, saya keluarkan buku panduan umrah..saja nak buat revision before sampai..kemudian sambil dengan rakaman suara semasa kursus di Andalusia yang saya rakam setiap kali ke kursus..bila dengar senang sikit nak masuk daripada baca kan..

Lebih kurang 4 jam kemudian, pengumuman kedua diumumkan oleh ketua pramugari bahawa makan malam akan dihidangkan sebentar lagi..rasanya baru je makan..perut pun still kenyang lagi.. tapi rezeki jangan ditolak..he3..macam biasa untuk dinner pun menu kambing still compulsory..so sape yang makan kambing memang untung la..nasib la tak makan kambing,,

 Hidangan kedua yang dihidangkan selepas 4 jam kami berlepas..

Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):
#Qarnul Manaazil - lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah.
# Bir Ali (sisebut juga sebagai Zulhulaifah)- lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Makkah.

Oleh kerana kami terus ke Makkah kami berniat miqat di Qarnul Manaazil. Biasanya pilot akan umumkan bahawa kita akan melepasi sempadan Miqat..jadi jangan risau..kalau tertidur boleh pesan pada pramugari untuk kejutkan once dah sampai Miqat. Once dah niat ihram, maka mulalah kita terikat dengan larangan-larangan dalam ihram..

Alhamdulillah, lebih kurang jam 12.30 pagi waktu Malaysia dan 7.30 malam waktu Arab Saudi, kami selamat mendarat di Jeddah International Airport. Sebaik turun dari kapal terbang kami menaiki bas ke terminal airport..tapi disebabkan opah menggunakan kerusi roda adik terpaksa menunggu giliran yang terakhir untuk menaiki kenderaan khas yang akan membawa mereka terus ke terminal airport. Kami yang lain menaiki bas ke terminal untuk checkout di imigresen..

Sampai di terminal terkejut saya sebab orang tersangat ramai..rasanya Jeddah Airport ni antara airport yang tersibuk di dunia..Manusia dari seluruh pelosok dunia datang ke sini untuk satu tujuan dan akidah yang sama..Allahu.. sangat teruja..

Alhamdulillah urusan di imigresen semuanya lancar bagi kami walaupun pegawai yang bertugas agak garang. Setiap keluarga mestilah beratur bersama mahram masing-masing. Yang penting mahram akan berdiri di kedudukan terakhir pada setiap barisan keluarga masing-masing.. 

Jeddah International Airport 

Jeddah International Airport 

Setelah keluar dari imigresen,kami mula mencari beg masing-masing..beg kami telah diturunkan oleh staf yang bertugas di airport..Setelah semua telah berkumpul, kami mula bergerak ke bas. Disebabkan hanya keluarga kami sahaja yang mempunyai warga emas, maka pergerakan kami agak perlahan berbanding  jemaah yang lain. Kami segera naik bas yang disediakan. Sebaik naik ke bas, makanan diedarkan untuk mengisi perut yang agak lapar.

Kami bergerak ke sebuah masjid untuk menunaikan solat maghrib..Usai solat maghrib kami meneruskan perjalanan memasuki Makkah al-Mukarramah..Mutawwif kami, Ustaz Khairuddin mengetuai laungan talbiah kami sepanjang perjalanan kami memasuki kawasan tanah haram..Kami diusulkan untuk beristighfar dan banyakkan bacaan talbiah..Tatkala bacaan talbiah meluncur keluar dari mulut ini, terasa titisan panas membasahi pipi..

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
“Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, Aku datang memenuhi panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji, nikmat dan segenap kekuasaan milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu”
Allahu..setinggi kesyukuran ku panjatkan kepada-Mu kerana memilih diri ini sebagai tetamu di bumi Haramain ini..tidak ku sangka akhirnya aku dijemput menjadi tetamu-MU..Bas yang kami naiki laju meluncur melalui sempadan Jeddah dan Makkah..perjalanan dari Jeddah mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai..Dari jauh cahaya lampu dan Nur yang terpancar dari MasjidilHaram menyinari kawasan sekelilingnya..Laju air mataku meluncur jatuh..seperti tidak percaya yang diri ini telah sampai disini.

Beg yang telah diturunkan dari bas untuk dihantar ke bilik
Hera Hotel..tempat penginapan kami
Kami terus ke hotel untuk check-in hotel dan meletakkan barang. Kami diminta untuk berkumpul di lobi pada pukul 10.30 malam untuk melakukan umrah bersama-sama tunjuk ajar dari Mutawwif..

________________________________________________________________________

To be continued...





Tuesday, 17 June 2014

UmRaH 2013/2014..PArt 1..PerSediaaN MenuNaiKaN UmrAH..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah harini bersamaan 19 Syaaban 1435H..Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk terus bernafas di atas muka bumi- MU Ya Rahman Ya Rahim..

InsyaAllah setelah lama memeram memori menunaikan umrah, InshaAllah harini nak mula mencatat sedikit sebanyak pengalaman semasa berada di bumi yang penuh barakah dan ketenangan; Makkah Al-Mukarramah & Madinah al-Munawwarah..

................................................................................................................................................
Date: 28 Disember 2013

Alhamdulillah harini kami akan berlepas ke bumi Makkah untuk menunaikan ibadah umrah. InshaAllah saya dan lima orang ahli keluarga saya yang lain iaitu mak, abah, adik dan termasuk Opah & makcik akan berangkat ke airport pada pukul 10am kerana penerbangan kami dijangka berlepas pada pukul 3pm waktu Malaysia.

Mengimbas semula memori perancangan yang agak tiba-tiba..siapa sangka hari yang ditunggu-tunggu telah tiba..plan untuk menunaikan umrah ini agak tidak dirancang.. Ini kerana kami bertiga baru saja pulang bercuti dari Korea bulan Ogos dan tiba-tiba saja mak menyatakan hasrat untuk menunaikan umrah pada hujung tahun tersebut..Pada pandangan saya ia hanyalah cadangan semata dan bukan sesuatu yang serius..

Pada bulan September, mak & abah telah ke agensi Andalusia di Bangi untuk mendaftar pakej umrah dan Alhamdulillah ada kekosongan pada bulan Disember iaitu 2 minggu selepas visa umrah dibuka kembali oleh kerajaan Arab Saudi..Disebabkan kekangan masa saya untuk setelkan thesis dan submit thesis, saya agak kekurangan masa untuk membaca buku panduan yang diberi.. Alhamdulillah sempat saya mengikuti kursus umrah yang diadakan oleh pihak Andalusia setiap hari Sabtu & Ahad. Saya berpeluang untuk mengikuti kelas sebanyak 4 kali..Alhamdulillah input yang diperolehi sangat banyak untuk mengisi lopong-lopong yang masih ada untuk ilmu umrah ini.

Alhamdulillah pada 12 Disember 2013 saya mendapat panggilan dari pihak GSO UPM bahawa thesis saya telah diluluskan oleh senat..Alhamdulillah, satu lagi berita gembira..So saya setelkan semua urusan dengan GSO sebelum berangkat so nanti takdela serabut..Seminggu sebelum berangkat kami ke klinik berdekatan untuk mendapatkan suntikan vaksin meningitis (RM130 per suntikan) untuk mengelakkan sebarang jangkitan semasa di sana nanti. Alhamdulillah visa kami juga telah diluluskan oleh pihak duta Arab Saudi...

Pakej Andalusia..

Jam menunjukkan pukul 10am..semua saudara mara dah berkumpul..Kami semua dan siap mandi sunat Ihram sebab InshaAllah kami akan terus ke bumi Makkah untuk menunanikan umrah. So bila dah mandi sunat ihram, bagi yang lelaki kena pakai kain Ihram siap-siap so bila dah sampai di Miqat (tempat berniat ihram) boleh terus niat je dan secara automatik terikat dengan 13 PL (Pantang Larang). Bagi yang ke Madinah anda tak perlu mandi sunat ihram dan boleh pakai baju biasa sahaja bagi lelaki..Lepas dah bersiap, tiba-tiba sayu rasa dalam hati..rasa takut pun ada gembira tu memangla kan..takut nak pergi sana dengan diri yang banyak dosa dan lemah ini..Semoga ibadahku diterima- NYA..Aamin..

Bergambar sebelum berangkat ke KLIA

AyahNgah melaungkan azan menandakan keberangkatan kami ke airport..Alhamdulillah beg semua dah masuk dalam kereta. Kami bertolak ke KLIA..InshaAllah kami akan menaiki penerbangan MAS. Sampai di KLIA kami mencari-cari kelibat mutawif dan agent Andalusia serta mendaftarkan nama untuk check-in barang dan dapatkan tag nama serta pasport dan tiket. Pihak Andalusia memberi taklimat perjalanan kami dan mutawif kami, Ustaz Khairuddin membacakan doa. Kami diminta berkumpul di pintu pelepasan pada pukul 2pm. 

Beg para jemaah Andalusia

Mendengar taklimat..

Saya diuji dengan dugaan pertama masa kat airport. Kami ada mohon wheelchair untuk Opah tapi masa sampai wheelchair takde dan jam dah menunjukkan pukul 1pm. Jadi saya meminta pihak Andalusia memaklumkan pada staff airport untuk menyediakan perkhidmatan wheelchair..Disebabkan kekangan masa, saya meminta mak, abah & makcik ke surau terlebih dahulu untuk menunaikan solat kerana kami perlu berkumpul pada pukul 2pm. Jadi saya & adik menunggu bersama Opah in case takde wheelchair kami akan memimpin Opah..Agak lama juga menunggu akhirnya kami mendapat wheelchair, then terus ke surau untuk solat..Alhamdulillah kami tiba di tempat menunggu tepat pada masanya malah lebih awal dari yang lain..


  Bergambar bersama ahli keluarga

Penerbangan kami delay selama setengah jam kerana masalah teknikal..Alhamdulillah tepat jam 4pm kami berlepas ke Jeddah..Perjalanan mengambil masa selama 8 jam..Masa yang agak lama untuk berada dalam flight..Sebelum ni paling lama pun 6 jam..huk3..Semoga perjalanan kami selamat semuanya..Aamin..


 Waiting area before departure..




InshaAllah saya akan sambung pada post yang akan datang..