Tuesday, 7 February 2017

Seoul Korea Winter 2017: Day 1 Part 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum w.b.t dan apa khabar semua..

......................................................................
Date: 16 January 2017
Venue: Petite France
            Nami Island
            Yongpyung Ski Resort

Breakfast: Nasi lemak Pak Nasir (Airasia)
Lunch: The Fish restaurant (seafood near MBC and SBS building)
Dinner: Namiok restaurant (Dakgalbi near Nami Island)

Destinasi seterusnya adalah Nami Island..lebih kurang 15 minit dari Petite France. Plan awal teringin nak naik zip-line tapi sampai je sana tiba-tiba berubah fikiran..ha3..tengok dari bawah..mak ai..tingginya..ha3..tapi InshaAllah one fine day I'll try it.. Harga untuk zip-line & return ferry ticket adalah 38,000 won sahaja.. Jika amik return ticket naik ferry sahaja hanya 10,000 won.



Sampai sana kami amik group photo, then Andy bawak kami semua pergi solat..Seriously after 4 years, banyak betul perubahan..susunan bangunan yang lebih teratur, kedai halal food yang semakin banyak, stall hotteok pun dah upgrade jadi cafe. Paling terharu tempat solat dah diasingkan untuk lelaki dan perempuan siap ada tempat wuduk lagi..tahniah diucapkan kepada korea tourism..wah rasa cam baru setahun je tak datang tapi rupanya dah lama..hikhik~~♧♧♧

So pas solat pe lagi..bersuka ria amik gambar sambil makan hotteok dan kopi susu..hah ni favourite drink saya yang terbaru..not banana uyu anymore..cappe uyu is the best..serius sedap..kalau uolls pergi Korea jangan lupa rasa pastu tapau bawak balik Malaysia banyak2..jangan jadi cam saya nyesal tak bawak balik banyak~~huhuhu



Kat Nami ni banyak aktiviti yang anda semua boleh buat, antaranya ada servis sewa basikal, naik train pusing seluruh Nami atau naik trem. Semuanya ada disini untuk anda menikmati keindahan Pulau Nami dengan pelbagai cara..so enjoy your time..kkk..

Ni antara gambar yang sempat diambil masa kat Nami..tak berapa banyak sebab dok enjoy makan hotteok dengan cappe uyu..hahaha~~♡♡♡~~




Dalam jam 5.30pm kami dah kena kumpul untuk naik feri. Masing2 semua dah lapor kan..so kami bergerak ke next restaurant called Namiok restaurant. The only halal restaurant served chicken..so menu makan malam kami adalah Dakgalbi..means stir-fried chicken..


Serving untuk 4 orang sangatla banyak..eh lupa plak nak introduce pe sebenarnya Dakgalbi ni bagi yang baru 1st time dengar..Dakgalbi ni adalah hidangan yang terdiri daripada campuran ayam yang telah diperap, cabbagee, leek, sweet potato, teok (rice cake) & marinate sauce. Caranya masak semua sekali..then last sekali bila semua dah masak dan sebati masuk nasi..kira cam nasi goreng ayam la..he3..tapi korean style..sedap weh..camno nak kurus nih..huhuhu


Ok pas semua dah kenyang, meh la kita ke toilet semula memandangkan perjalanan ke Yong Pyong Ski Resort mengambil masa selama 2 jam dan takde tempat perhentian ye sepanjang perjalanan..so kami gerak dari Namiok restaurant jam 6 pm dan sepanjang perjalanan semua tidur termasuk la Andy..Ahjusshi driver je la yang berjaga drive sorang-sorang..

Alhamdulillah kami tiba di area YongPyong jam 8.30pm. Sebelum ke hotel, kami dibawa ke kedai menjual dan sewa equipment ski memandangkan semua nak menjelajah area ski esok..so ada 2 pilihan..


Aktiviti 1: belajar main ski dengan Andy..so kena sewa ski suit, googles, dan digalakkan membeli gloves.

Aktiviti 2: free&easy sekitar ski resort..so digalakkan sewa ski suit,boots dan beli gloves so takde la basah kalau nak main snow..

Harga seperti di bawah:
Ski suit (baju&seluar): 15,000₩
Boots: 10,000₩
Ski boots&equipment: 45,000₩
Googles: 10,000₩
Gloves: 10,000-30,000₩
Snow slidded: 10,000₩

Sape2 yang dah plan nak main ski tu prepare la duit siap2..so senang nanti tak lari bujet..

Lebih kurang 1 jam 30 min kami semua baru settle urusan di kedai tersebut..mengeluh jugak ahjushi tu..

Then, kami terus ke hotel penginapan kami di YongPyong Ski Resort. Perjalanan lebih kurang 30 minit dari kedai tadi. Kami tiba di perkarangan hotel jam 9.30pm. So masing2 angkut barang masing2..dah macam sardin dah bas kami..hahaha..dengan kasut boots, snow slidder dan ski suit masing2.


Andy dan Tasya agihkan kunci bilik masing2. Sebelum naik saya dan adik pergi singgah hotel mart tapau banana uyu, buah oranges dan biskut brownies..tapi brownies ni bukan pakai sapu je.kami dah check dalam website jajan2 yang boleh kita makan..

Pas naik je bilik letak barang, kami terus turun semula..semangat katakan nak main snow..masa kami turun jam dah 10.45pm. Singgah mart dulu beli mineral water pastu terus pergi amik gambar..


Wah..tiada kata yang terungkap..hanya asap je keluar dari mulut..hahaha..jangan marah..serius SubhanAllah cantik sangat..feeling cam cite 'Goblin' sangat kan..YongPyong merupakan salah satu tempat yang diadakan pengambaran cite 'Goblin'~~wink wink~~so sape yang tengok cite tu tahap excited dia lebih cikit..



Lepas dah puas berposing sana sini dan tak tahan sangat sebab sejuk sangat bak Andy inform tadi -17°C..so kembali la kami ke teratak di tingkat 3..so malam tu pas mandi & solat, letak kepala je kat bantal selamat la berlayar ke alam mimpi..lena sampai morning call baru terjaga..nitez uolls..

Ok penat dah menaip meleret-leret camni..kita sambung untuk Winter Korea Seoul Day 2 Part 1..nantikan..

p/s: maafla kalau penat scroll sampai bawah..ni pun dah cut 80%..hahaha..

No comments:

Post a Comment