Wednesday, 8 February 2017

Seoul Korea Winter 2017: Day 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum w.b.t dan apa khabar semua..
......................................................................
Date: 17 January 2017
Venue: Yongpyong Ski Resort
            Sheep Farm (Cheese Making)
            Strawberry Farm (Four Season Farm)
            Dongdaemun (Doota)
         
Breakfast: Yongpyung Ski Resort Hotel
Lunch: Seafood Restaurant, Yongpyoung
Dinner: Indian Halal Food, Dongdaemun

Morning YongPyong..❤๐Ÿ’•๐Ÿ’•
Pagi ni kami dikejutkan dengan morning call pada jam 6am..harini kami diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 7am. Semua members diminta bersiap pakai baju ski dan bawak semua equipment bersama masa breakfast. Disebabkan pagi tu agak kelam kabut, masa turun lobi lupa nak bawak turun kamera dan snow slidder. So ingat pas breakfast nanti nak naik balik amik dekat bilik.

Pagi tu pas semua dah turun,kami bergerak ke cafe hotel untuk breakfast. Di cafe hotel ni tak semua makanan boleh makan sebab cam biasa ada makanan yang tidak halal dan sebagainya. So saya makan cereal n roti je.

Lepas dah breakfast, kami semua berkumpul di hall luar cafe hotel dan Andy briefing berkenaan aktiviti pada pagi tersebut. Untuk yang pilih aktiviti 1, mereka akan follow Andy. Sape yang pilih aktiviti 2 akan follow Kuma. Kat area YongPyong ski resort ni ada cable car untuk naik ke puncak namanya Golden Peak. Bayaran return ticket untuk naik ke atas adalah 14,000₩ sahaja. Kami diberi masa sehingga 11.30 am dan diminta berkumpul di lobi hotel jam 11.30 am untuk check out hotel.


Plan awal tadi kan nak amik snow slidder dan kamera. Malangnya kami semua akan terus gerak ke cable car station selepas breakfast dan tiket dibeli oleh Kuma..so tak dapat nak amik kamera dan snow slidder..huk3..

SubhanAllah..cantiknya pemandangan sepanjang nak sampai ke Golden Peak. Perjalanan dari base station ke Golden Peak lebih kurang 15 minit juga. Rasanya lagi panjang dari trek cable car Langkawi. Masa nak sampai ke Golden Peak..dia punya cerun tu hampir 90°. Kejung perut jap..hahaha..

Ni satu lagi film site untuk winter sonata dan Goblin..kalau uolls tengok mesti akan excited cam saya..hahaha..

Alhamdulillah sampai gak kat puncak Golden Peak ..masyaAllah cantiknya ciptaan Allah..tak terukir dengan kata2..anda lihat jela gambar yang diambil kat atas ni.

Lebih kurang jam 11am, kami turun setelah puas bergambar dan main snow kat atas Golden Peak untuk bersiap-siap untuk balik. Memandangkan beg semua tak kemas lagi, kami amik keputusan balik awal sikit kat hotel.

Kul 11.30 am semua berkumpul di lobi hotel dan kami pulangkan semula beg yang berisi kasut, suit dan snow slidder. Wakil dari kedai ski semalam akan datang untuk ambil semua equipment dan suit tersebut.

Kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu sheep farm untuk belajar buat cheese..yummy! Perjalanan ke sheep farm lebih kurang 30 minit dari ski resort. Kami disambut dengan mesra oleh pemilik ladang tersebut. Sifu yang akan mengajar kami cara2 membuat cheese adalah Unni dalam gambar dibawah..nama tak tahu..huk3..


Kami dibahagikan mengikut group. Setiap meja disediakan dengan peralatan dan bahan2 untuk membuat cheese. Susu yang digunakan untuk membuat cheese pada hari ini merupakan high quality milk.

Sebelum memulakan kelas membuat cheese, Unni membuat penerangan secara ringkas cara2 membuat cheese yang paling pantas iaitu hanya 15 minit sahaja. Setelah selesai taklimat ringkas, kami diminta membuat cheese bersama-sama mengikut arahan yang diberikan oleh Unni.


Tadaa...camni rupa cheese yang dah siap..amazing..cantik sangat hiasan kat atas cheese tu..sayang plak nak makan..

Setiap meja dibekalkan dengan corn chip, strawberry jam & jeju orange juice. Nak makan cheese ni pun ada caranya.


Mula2 potong cheese tadi jadi bentuk cube,amik 2 keping corn chip letak cheese+jam dan kepit cam sandwich tu..tadaa..camni rupa yang dah siap..

Wow..rasanya ..sedap dan unik..sape sangka makan cheese dengan strawberry jam sangat sedap..kalu nk tau rasa camne kena join trip MTB la..~wink2~

Perut dah kenyang, kami dibenarkan masa untuk solat di ruang kelas tadi sebelum bergerak ke destinasi seterusnya..yang mencabarnya nak amik wuduk kat toilet..air tahap beku..huhuhu..nangis..

Dah selesai solat, kami terus bergerak cari luncheon di restoran berhampiran dengan Sheep Farm tadi..lebih kurang 15 minit sahaja. Menu luncheon kami harini adalah sup taugeh dan ikan bakar mackerel. Nampak simpel tapi sup taugeh tu serius sedap..yummy!!


Selesai luncheon, kami bergerak ke next destination kami iaitu Strawberry Farm (Four Season Farm) yang terletak di Seoul. Perjalanan dari YongPyong ke Seoul mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih tapi disebabkan traffic congestion yang agak teruk kat highway on the way ke Seoul, lebih kurang 3 jam lebih baru sampai.

On the way nak ke Seoul, semua ambik peluang untuk tidur setelah penat ber'ski' dan menjelajah kawasan ski YongPyong dan membuat cheese. Disebabkan perjalanan agak lama, Ahjushi bas stop kat R&R bagi sape2 yang nak ke toilet..

Lebih kurang jam 4.30 pm kami sampai di Strawberry Farm. Kami disambut dengan secawan strawberi segar yang baru dipetik dari ladang.. Masya-Allah nikmat sangat..buah strawberi Korea ni.. takleh jumpa kat mana-mana sebab buah dia sangat besar dan manis..Kalau anda ke Korea pada musim sejuk, perkara yang mesti ada dalam wishlist anda mestilah rasa buah strawberi Korea..Kalau tak percaya cuba tengok gambar kat bawah ni..jangan terliur ok..hehe


Kami juga dihidangkan dengan buah Pear dan Apple Korea..sedap..tapi takleh mengatasi kesedapan buah strawberi..Untuk makluman anda, kebanyakan ladang-ladang strawberi ada menyediakan perkhidmatan untuk hantar ke airport semasa hari anda pulang ke Malaysia..jadi tak perlu risau buah yang dibawa tu rosak atau tidak segar sebab mereka akan petik dan packing pada hari anda bertolak balik tu,,Jadi dapatlah buat buah tangan untuk family dan sahabat handai..
Harga satu bekas = 13,000₩, 1 box = 4 bekas = 50,000₩



Lebih kurang jam 5.10 pm kami bergerak ke bas untuk ke destinasi seterusnya iaitu Dongdaemun..misi mengempiskan dompet..haha..Keadaan langit sudah semakin gelap menandakan akan memasuki waktu maghrib bila-bila masa sahaja. Perjalanan dari Strawberry Farm ke Dongdaemun mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.

Lebih kurang jam 5.30 pm kami sampai di area Dongdaemun iaitu Doota Mall. Kat sini anda boleh dapatkan pelbagai fesyen terkini pakaian, kasut dan cenderahati..So time for shopping & kosongkan duit poket..hehehe..Kami diberi masa sehingga 6.30 pm dan diminta berkumpul untuk dinner di restaurant Halal India di area Dongdaemun.

Kami dibawa oleh Andy ke tingkat 3 untuk membeli souvenir di Doota Mall..seriously Doota Mall pun dah berubah..Seingat saya dulu ada beberapa kedai souvenir kat aras tu tapi masa pergi tu hanya tinggal 1 kedai je..yang lain semua kedai2 stall kecil kat luar..the other part dah jadi cafe..hu3.

So masa kat kedai souvenir tu target nak beli souvenir yang tak dapat kat Namdaemun..sebab kalau compare harga Namdaemun lagi murah kalau jumpa kedai yang saya pernah pergi sebelum ni.. So amik peluang ni borong sudu yang mak dan along pesan sebab dah alang2 naik bas..kalau nak hangkut jalan kaki nangis gak la..berat..huhuhu.. ni antara barang souvenir yang ada kat kedai ni..untuk makluman anda semua pekerja kedai ni termasuk owner dia boleh berbahasa Indon..so tak perlu risau..kagum plak kan dengar dorang cakap melayu..hehehe..

Tengah survey souvenir jumpa plak garfu panjang ..comel kot..so borong la garfu tu buat set sekali dengan sudu..tak dapat kat tempat lain..harga souvenir kat sini seperti berikut:

๐ŸŒŸset sudu or garfu (5 pcs) =5000₩
๐ŸŒŸpencil case 1 pcs= 2000₩
๐ŸŒŸwallet 1 pcs = 2000-5000₩ (bergantung pada jenis)
๐ŸŒŸteddy bear key chain = 18,000 ₩
(Ni je souvenir yang beli kat sini..yang lain tak tengok la plak harga)

Kalau ada yang minat kpop pun boleh la cari  kat sini jugak..macam-macam ada. Dari kalender, poskad, key chain, notebook & macam-macam lagi..Korang kalau masuk kedai tu lambat la keluar..tapi sebab sesak sangat sekejap jela saya masuk..


Lepas masing-masing dah penuh tangan dengan souvenir, tengok jam ada masa lebih kurang 30 min lagi. So kami berempat pusing cuci mata setiap tingkat..kalau dulu tak sempat nak pusing habis..so amik peluang ni jelajah setiap pelosok Doota Mall ni..Doota Mall ni ada 5 tingkat dan 1 underground.. kitaorang dok asyik sangat jalan sampai tak jumpa pintu keluar tempat berkumpul kami..disebabkan masa dah tak banyak tanya la staff korean kat situ..mula2 tanya 'exit door'.staf tu tak faham..dah tu cakap 'out'..hah nasib dia faham..hahaha..

Marathon sat kami ke pintu keluar..nasib ramai lagi yang tak sampai..haih..semput akak sat.. Sementara tunggu semua berkumpul, kami bergambar sat kat luar Doota Mall.. weee~~ada bunga lampu-lampu tu cantik la plak..Bergambar sakan la kitaorang kat luar tu...


Lepas semua dah berkumpul, kami bergerak ke Halal Indian Reastaurant yang terletak lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari Doota Mall. Otw nk ke sana cuci mata je sepanjang jalan tu..banyak winter coat, sweater & t-shirt jual sepanjang jalan. Murah sangat..harga mampu milik..dah tu siap jumpa soft toy yang beli kat Doota Mall tadi harga 10,000₩ tapi kat tepi2 tu jual 8,000₩ jek.. adus..sakit ati kite..huhu..


Lebih kurang 10 minit berjalan kaki di dalam kesejukan malam tu, sampai la kami kat kedai tu. Kedai tu kat aras 2. Ada lif kat tingkat 1 untuk ke tingkat seterusnya. Hurm ni la Indian Halal Restaurant..


Makanan dah terhidang..tapi semua dok pandang satu sama lain..keciknya portion makanan dia..semua lapar kot tak makan dari lepas lunch tadi..haha.. rupanya boleh tambah sampai korang takleh nak sumbat dah..hehe..terbaik..Menu malam ni ialah nasi briyani ayam tandori with salad. Roti naan with mutton curry..huh terbaik bak hang..roti naan dia lembut betul dengan kari kambing yang lembut dan pekat & masam2 sikit..


Lepas dah kenyang, kami semua akan check in Rex Hotel. Kami akan stay di hotel ini selama 2 hari..so tak perlu nak angkut beg turun esok..yeay..penat tau asyik nak kena angkut beg..dah la berat..huhuhu.. Untuk makluman semua, hotel ni sangat strategik lokasi dia..nak ke Namdaemun dan Myeondong hanya 10 minit jalan kaki je..so saya suggest sape-sape nak senang boleh stay hotel area Rex Hotel ni. Ada lagi beberapa hotel dekat dengan area ni.

Lepas check-in, kami bersihkan diri dan solat jama' maghrib dan isya' siap-siap. Plan asal nak keluar tapi tak larat dah sebab badan penat dek kerana perjalanan jauh dari YongPyong..so malam tu just rehatkan badan dan tidur awal..tomorrow kena prepare kaki sebab banyak tempat nak pergi..

Nite uolls..๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด

No comments:

Post a Comment